PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Sulu@Lahad Datu - UPDATE:Pejuang Moro dikerah ganyang Sabah ?

Celaka punya Moro..! Jika hal ini menjadi betul...Puihhh !!

KUALA LUMPUR, 5 Mac — Pejuang Moro National Liberation Front (MNLF) akan menyertai militan Islam Filipina melawan pihak keselamatan Malaysia di Sabah, lapor akhbar Filipina, Manila Bulletin hari ini.

Akhbar tersebut melaporkan, Hadji Acmad Bayam, bekas ketua propaganda kumpulan pemisah itu, mengatakan MNLF mempunyai senjata tersembunyi di dalam Sabah yang disembunyikan selepas latihan dan yakin pihak berkuasa Malaysia tidak akan menjumpai senjata berkenaan.

Senjata termasuklah G1 dan FAL yang diperbuat oleh Belgium dimana bekas presiden Libya Muammar Gadafi memberikan melalui Malaysia, kata Acmad kepada akhbar tersebut. Acmad dilaporkan tinggal di Sabah selama satu dekad dari 1976 hingga 1986 sebelum menyerah kepada bekas presiden Filipina pada ketika itu, Fidel V Ramos.

UPDATE 4.31PM
Tiada bukti pejuang Moro juga akan serang Sabah
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan bahawa pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mungkin membantu menentang pasukan keselamatan Malaysia yang melancarkan operasi terhadap 'Tentera Diraja Sulu' di Lahad Datu, Sabah.

NONEBercakap dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat di Lahad Datu petang tadi, Zahid berkata perkara itu tidak perlu dilayan kerana tiada bukti mengenainya.

Bekas ketua propaganda MNLF, Hadji Acmad Bayam mendakwadalam laporan media Filipina bahawa bekas komander MNLF yang menetap di Sabah selama beberapa dekad, akan membantu penceroboh Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Acmad juga mendakwa wujudnya simpanan senjata di Sabah yang mereka akan ambil untuk tujuan ini.

Zahid berkata pasukan keselamatan sedang menumpukan pada Kampung Tanduo sekarang, tetapi akan bertindak segera jika terdapat maklumat mengenai pencerobohan lain.

"Jika ada tempat-tempat kita dengar ada pencerobohan, angkatan tentera dan polis sentiasa bersedia," katanya.

Misuari nafi dakwaan

InterAksyon.com, portal berita dalam talian TV5 di Filipina, hari ini memetik MNLF pengasas Nur Misuari sebagai menafikan terbabit dalam percubaan kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah dengan menghantar lebih daripada 200 pengikutnya ke negeri itu.

NONEMisuari, yang mengunjungi Sultant Sulu Jamalul Kiram III di kediamannya Kampung Maharlika di Taguig City, berkata cakap-cakap mengenai penglibatannya "semuanya adalah spekulasi liar".

Sementara Misuari mengakui bahawa sesetengah daripada kalangan penceroboh bersenjata di Sabah adalah "pejuang kebebasan," MNLF, tetapi beliau berkata penglibatan mereka adalah tanpa pengetahuannya.

Pada hari Isnin, Presiden Benigno Aquino mendakwa terdapat "konspirasi" di belakang pencerobohan pengikut kesultanan Sulu dan berikrar untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab.

Bagaimanapun, Aquino mengakui beliau tidak mempunyai bukti yang cukup lagi untuk menyebut nama-nama.

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "

2 comments:

  1. Anonymous said...

    Aku rasa-rasa lah..akan datang rakyat dan pemerintah INDONESIA pulak akan menuntut yang Malaysia ni adalah HAK mereka..atas sebab rakyat mereka ramai disini siap ada ic biru lagi..johor pulak akan dituntut oleh Singapura sebab rakyat Singapura dah beli harta karun dan tanah di JOHOR
    hasil dari penjualan secara Halal oleh UMngok atas alasan Pembangunan( contoh-Tiga Segi Iskandar).ingat tak Pulau yang TERGADAI dekat Johor.alasan sempandan akan dijadikan alasan.JADI RAKYAT MALAYSIA TOLAK UMNO/BN dari sekarang Berok Berok ni MENGADAI Negara kita ni..

  2. Anonymous said...

    Umno babi.......musnahkan org melayu....

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |