Sulu@Lahad Datu - Moro..silakan masuk gelanggang..!
" Moro..Silakan masuk gelanggang, biar kamu jadi mayat gelandangan di Sabah "
[TMI] KUALA LUMPUR, 5 Mac — Ribuan penduduk Tausug atau lebih dikenali sebagai Sulu telah belayar ke Sabah untuk membantu sahabat militan Filipina mereka itu berikutan serangan besar-besaran pasukan keselamatan Malaysia sejak pagi tadi, lapor The Philippine Inquirer hari ini.
Dakwaan yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Habib Hashim Mudjahab, itu bercanggah dengan laporan kebanyakan media yang pihak berkuasa Malaysia dan Filipina yang menghalang laluan masuk ke Lahad Datu, di mana militan berkenaan berkubu.
“Kami tidak mampu menghalang orang-orang kami. Kami sedih, dan ramai orang kami, termasuk mereka yang bukan pejuang, pergi ke Sabah untuk membantu tentera sultan,” kata Mudjahab dipetik akhbar tersebut.
" Sangat silap besarlah apabila bangsa Moro pula mau/merancang/berniat datang serang Sabah. Tahukah bahawa musuh puluhan tahun mereka yakni pihak Manila akan ikut senang hati; sama ada mereka membunuh tentera Malaysia atau mereka terbunuh, kedua-duanya tidak merugikan pihak Manila. Jadi tidak payahlah lagi Manila memerangi bangsa Moro kerana "tugas' itu seolah-olah sudah dilaksanakan oleh pihak Malaysia pula.
Dipihak Malaysia saya syorkan, sementara "ops sulu" diteruskan, perlu ada usaha utk memberi kefahaman kpd bangsa Moro atau pihak MNLF/MILF dll tentang risiko, kerugian dan impak besar yg akan terjadi. Dan meminta pihak Filipina turut mengawal sempadan agar rakyat mereka tidak menyerang negara kita. Ini tanggungjawab Felipina juga. Melainkan jika Manila tidak mengiktiraf bangsa sulu atau moro atau selatan felipina sebagai rakyat atau negara mereka. Bagi seluruh rakyat negara ini, mari terus bersatu, berdoa dan membijaksanakan akal. Kawal emosi dan fahami yg tersurat dan tersirat." - Bung Adi
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
0 comments:
Post a Comment