Himpunan Kemarahan Rakyat ! Halalkah,haramkah atau haramjadah ?
Polis hari ini menjelaskan satu perhimpunan yang dirancang pembangkang esok merupakan perhimpunan haram berikutan penganjur tidak membuat sebarang permohonan kepada polis.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata sehubungan itu, polis akan menahan peserta jika perhimpunan itu tetap diadakan.
"Penganjur perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012. Ini kerana tindakan berarak di tempat tertentu tanpa kebenaran bertujuan membangkitkan kemarahan adalah salah di sisi undang-undang," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Beliau menasihatkan penganjur perhimpunan supaya mematuhi undang-undang selain menggunakan saluran betul dengan meminta kebenaran ketua polis daerah berkenaan.
Selain itu, Ismail berkata polis akan bertindak terhadap pemilik laman sosial yang cuba mencetus provokasi bersifat perkauman susulan pilihan raya umum ke-13 bagi mengelak sebarang pergaduhan atau keadaan huru-hara.
"Jangan cuba timbulkan huru-hara dengan menghasut di laman sosial dengan isu perkauman dan provokasi. Polis sentiasa memantau keadaan ini," katanya.
Beliau turut memberi amaran kepada pemilik laman sosial yang cuba membangkitkan kemarahan, termasuk menyebarkan dakwaan berhubung pengundi hantu dan bekalan elektrik terputus ketika proses penjumlahan undi.
"Bila kita siasat, tiada bekalan elektrik terputus seperti yang dilaporkan di laman sosial, seperti (yang dikatakan berlaku) di pusat penjumlahan undi di Bentong. Tindakan ini tidak ubah seperti provokasi," katanya.
Ismail turut menyelar tindakan pihak tertentu yang mendakwa polis terlibat membawa pengundi hantu semasa PRU13 dan menegaskan tuduhan itu tidak berasas serta bertujuan memburukkan imej polis.
"Tuduhan ini amat tidak munasabah, mereka tunjuk gambar di laman sosial, gambar trak polis sahaja... kemudian tuduh polis bawa pengundi hantu, tuduhan ini tidak berasas sama sekali," katanya.
Beliau mengulas gambar sekumpulan individu memakai baju-T hitam, dipercayai pelajar Malaysia di luar negara memegang bendera Malaysia dalam keadaan terbalik yang tersebar luas di laman sosial. " Kita pantau tindakan mereka... kita akan siasat tindakan mereka itu," katanya. - Bernama

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "
May 8, 2013 at 11:16 AM
Aku harap polis jgn berat sebelah......yg aku tahu bercakap berbau perkauman adalah dimulakan oleh UMNO/BN...iaitu Najib dan Mahathir.....malah sebelum pilihanraya pun mereka telah memulakan berkempen dgn bahan kempen perkauman.....sbb kemana aku pergi yg aku dpt dengar....."apa nak jadi ngan melayu bila DAP memerintah"..."DAP nak itu....DAP nak ini".....itu semuanyer kempen yg berbau perkauman.....knp polis tak heret sajer Najib dan mahathir tuuuuuu.....