PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Memoir seorang pemimpin, biarpun tewas ada kecekalan diwajahnya !

Awal pagi tadi, aku sempat bertemu mantan Adun Titi Serong yang kalah di kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Setelah hampir 2 bulan tidak bertemu, sedikit susut aku lihat pada susuk tubuhnya, aku tahu dia memang kuat kerja lebih-lebih lagi dalam tempoh kempen beliau yang padat setiap hari. Lagi pula cabaran kali ini di Parlimen Kuala Kangsar, begitu mencabar. 

Beliau kalah dengan majoriti 1,082 undi kepada calon BN. Kekalahan dalam majoriti yang paling kecil dibandingkan dengan calon-calon Parlimen lain di seluruh negara. Kata beliau,

Keputusan PRU ke 13 memang mengejutkan banyak pihak, kerana itu pada pagi ini saya gagahkan jasad ini untuk berada dihadapan komputer untuk mencatat sesuatu sebagai tatapan rakan seperjuangan.
Paling kurang agar ia menjadi suatu memori kenangan bersama dan peniup kepada semangat yang masih membara untuk terus menyusun strategi bagi menawan Kuala Kangsar dalam PRU akan datang.

Seawalnya saya banyak menerima panggilan dan sms juga ucapan secara langsung dari para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang melihat peluang terbaik untuk menawan Kula Kangsar bila berlaku pertandingan 3 penjuru. Umumnya mereka melihat itu sesuatu yang sangat menarik dan memberi peluang dan kelebihan.

Dengan kehadiran calon Bebas di Kuala Kangsar, Datuk Kamilia yang sangat dikenali umum di situ, dimana pengaruh beliau yang kuat untuk memecah undi BN disandarkan sebagai bonus bagi PAS mencuri kemenangan sulung, tetapi ianya meleset sama sekali. Undi Kamilia gagal diraih dalam skala yang besar  dan calon Bebas itu hanya memperolehi 447 undi dan kehilangan deposit.

Tetapi andai calon Bebas itu berupaya memperolehi undi melayu khususnya dari wanita dan UMNO sekitar 1,500 undi, kemenangan insyaAllah berpihak kepada Pakatan Rakyat. Dan dibawah catatan beliau di hari pembuangan undi ahad lalu.
Satu Prolog 5.5.2013 - Khalil Idham Lim

Di pagi 5 Mei yang bersejarah saya bergerak dengan 3  kenderaan dari kediaman di Kuala Kangsar ke Pusat pembuangan undi di Kampung Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang untuk menunaikan amanah sebagai pengundi yang masih berdaftar dalam Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong., itulah kampung halaman isteri tercinta. 
Tujuan pertama ialah balik bersarapan di rumah ibu mertua yang letaknya tidak jauh dari SMK Agama Al Falah tempat kami akan mengundi. Di sana saya sempat untuk solat dhuha dan mohon doa restu dari ibu kesayangan supaya diberikan kemenangan yang diharapkan.
Keyakinan di Kuala Kangsar juga berada pada saudara dan rakan seperjuangan di Parit Tok Ngah yang merasakan kemanangan sudah hampir untuk saya di Kuala Kangsar.
Selepas mengundi kami bergegas kembali ke Kuala Kangsar. Di dalam perjalanan talifon berdering dari seorang penyokong kuat dari Taiping yang sangat berhajat untuk memberi sedikit sumbangan, melihat kepada masa yang ada saya gagahkan bersama rombongan keluar dari tol Changkat Jering dan menuju ke Mesjid Daerah Taiping tempat yang dijanji untuk kami bertemu.
Pelukan dari penyokong kuat itu dan anaknya sangat mesra dan erat sekali sambil mereka membisikan kemenangan yang mereka rasakan sudah hampir untuk saya, demikianlah harapan semua pihak.
Sejak dua hari sebelum mengundi sehinggalah di pagi dan sepanjang hari 5 Mei saya dihujani dengan banyak SMS dan panggilan dari rakan seperjuangan seluruh negara mendoakan kejayaan dan kemenangan yang meraka rasakan akan berpihak kepada saya.
Jam 10.00 pagi saya sampai di pusat mengundi yang pertama dari keseluruhan 23 pusat mengundi yang ada dalam Parlimen Kuala Kangsar yang dijadualakan oleh Bilik Operasi untuk saya lawati semuanya.
Dari pusat mengundi yang pertama hinggalah yang terakhir pada jam 5.30 petang di pusat mengundi SMK Sayong, keseluruhannya memberi jawapan dan harapan yang sama betapa mereka merasakan kemenangan sudah hampir untuk saya.
Antara yang menarik dalam lawatan ke 23 pusat mengundi itu saya sempat di ambil rakaman oleh rakan medai elektronik yang menunggu lawatan saya di SMK Clifford. Selain itu saya bertembung dan sempat bersalaman 2 kali dengan calon BN di SK Talang dan Di Pusat mengundi Ulu Piul Manong. Sempat kami bergambar bersama dalam suasana akrab dan disaksikan oleh penyokong kedua belah pihak.
Dengan rasa pasrah dan berserah kepada Allah SWT bila pusat mengundi ditutup sejak jam 5 petang saya dan rombongan balik ke kediaman.Terima kasih kepada segala harapan doa yang kita panjatkan untuk kemenangan Kuala kangsar. Sesungguh ketentuan dari Allah itulah yang sebenarnya dan saya pasrah kepada Nya. Seperti yang saya nukilkan dalam kenyataan saya semalam,:-

"Saya dengan berbesar hati menerima keputusan tersebut dan juga berharap kepada semua penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menerimanya sebagai satu lumrah dalam pertandingan. Sebenarnya perjuangan kita memperjuangkan kebenaran dan agama Allah, itulah kemenangan yang sebenarnya. 
 
Alhamdulillah kita sama-sama bekerja keras untuk P67 Kuala Kangsar, N34 Bukit Chandan dan N35 Manong, namun ketentuan dari Allah wajib kita terima dgn tenang dan sabar, perjuangan mesti kita teruskan, jangan kecewa dan putus asa. "

Selepas berjemaah Maghrib dengan keluarga di kediaman Chandan Puteri saya bergegas ke Bilik Operasi PRU 13 PAS Kuala kangsar yang berada di Bukit Chandan. Walaupun dalam keadaan agak keletihan saya dengan berbaju melayu kuatkan semangat dengan team keselamatan ke sana untuk melihat penjumlahan awal berdasarkan Borang 14 yang dibawa oleh semua petugas UPU PAS.

bersambung..

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |