Suapan Pagi - Kerana "Hitam dan Hijau" - fikiranku jadi gelandangan !
Sejak dulu, sejak dia berkelana di Sri Langka..aku suka bangat akan karya-karyanya. Dan karyanya ini kali sangat menyentuh hati. karya tentang 'bingungnya dia tentang PRU13' ini. Katanya, 
Aku nak kata apa? Aku ni bukan siapa2. Aku cuma rakyat marhein..surirumah yang sibuk besarkan 3 orang khalifah Allah.
Darah
 aku biru. Begitu juga mak ayah aku dan kaum kerabatku.Si hijau aku 
tentang! Tapi minta maaf, aku tidak cukup jumud seperti kebanyakkan 
biru.
Aku
 setuju hudud. Sebab aku islam. Islam agama yg menyelimut tubuhku sebaik 
saja aku menjengah dunia. Ajaran islam, makanan rohaniku. Aku usahakan 
penuhi perintah Rabb. 5 waktu, puasa, dan cuba patuhi segala yg lain 
walaupun banyak cacat tempangnya amalanku. Ampunkan aku ya allah! 
Dan....hudud hukum Allah. Siapa aku nak pertikaikan realistik atau tidak
 hukum itu??
Aku
 pertikai dakwat kekal, selepas jariku dicalit. Bukan selepas tengok fb kawan2
 yang mengundi awal. Susah sesuatu benda yang aku rasakan merepek nak 
pengaruhi aku. Bila dicalit, aku terkejut ! Darah aku berderau. Apa ini? 
Meleleh, selekeh di tangan? Darah aku berderau sebab apa? Sebab aku 
takut yang perkara yang dikecohkan oleh si hijau ada depan mata aku.
Untuk
 pengetahuan, ketika pilihanraya umum tahun 2010 di Sri lanka, aku 
berada di sana dan dapat menyaksikan  rupa dakwat kekal sebelum Malaysia
 guna pakai. Komposisi dakwat kekal sepatutnya standard.
Aku
 cuma bercakap tentang fakta. Tetapi, lembu biru cop aku sebagai 
pembangkang. Oh, baru aku tau, kat Malaysia, kita kena angguk sahaja. Aku
 bercakap atas dasar sebagai rakyat yang membayar cukai. Ada juga cuba 
buat sarkastik otak senteng, kalo tak puas hati lepas ni, potong je jari, 
baru kekal. Hai, itu bukan solusi. 
Aku
 cuma pertikai sebab aku membayar cukai, dan duit itu dibazirkan membeli
 perkara yang pada aku tidak berkualiti. Sebagai pembayar cukai, aku 
rasa tertipu. Sarkastik bodoh, suruh aku jadi pembekal dakwat yang 
diimport dari Sri lanka. Aku ketawa kecil. Bukan sebab sarkastik bodoh 
itu menjadi, tapi aku terfikir kalau dia main game what's my IQ, mesti 
tak lepas lepas waima stage ke 3 pun. Itu juga bukan solusi.
Hujung
 hujung bila dah terdesak tak ada point, tanya berapa tax aku bayar. Pada
 aku, jumlah tak penting. Yang penting ialah pemahaman apa itu tax atau 
cukai. Cukai adalah duit yang diamanahkan oleh rakyat untuk menggerakkan
 kerajaan. Jadi semua rakyat malaysia patut tahu ke mana wang pergi.kalau
 bab cukai rakyat tak payah ambil tahu, apa guna bentang bajet negara 
tiap2 tahun. Perkara ini tak semestinya org yg belajar ekonomi sahaja yang
 perlu ambil tahu. 
Yang belajar kejuruteraan, perubatan, dan seluruh 
rakyat Malaysia patut tahu. Ini asas. Takda sapa suruh kau buat 
calculation makro, mikroekonomi yang rumit. Berdasarkan jawapan2 kau di 
atas tadi pun aku yakin kau tak mampu buat jawab soalan pertama subjek 
microeconomy diploma part. 2 Uitm. Pathetic.
Masalah si biru. Bila
 cuba bersuara, tiba2 dicop pembangkang. Kalah pengikut Mahendra 
Rajapaksa aih. Tak boleh tegur dah ke? Tak boleh argue? Maksum 
barangkali. Kalau 30 juzuk dalam kepala semua pemimpin di Malaysia, 
insyallah aku tunduk. Sebab aku sedar diri. Tapi kalau tak, kau sama macam
 aku.
Tiba2
 isu kaum yg direpekkan. Untuk keluarga yang mempunyai kaum cina macam 
keluarga aku, macamna? Tolonglah. Pernah buat karangan UPSR? Sila ulas 
ikut tajuk. Aku tak bercakap pasal parti. Aku bercakap sebagai rakyat 
malaysia.dan..tolong...tolong....bezakan kerajaan malaysia dan parti. 
Jangan malukan parti atas kedangkalan ilmu sendiri.
Bila
 tengok parti hijau semakin ramai ulama dan intelektual, aku pandang diri 
aku. Erkk? Aku tersalah buat pilihan ke? Hum....kalau macam ni jawapan2 yang 
aku dapat dari penyokong parti aku, itu sangatlah kasihan dan kebodohan. Sangat menunjukkan 
kita di lembah kehancuran, suatu pengagungan kebodohoan yang 
memalukan. Kita keji bila tengok  parti sebelah sana berhujah 
fakta, makin aku di sempadan.
Barisan Nasional, cubalah raih undi aku untuk pilihanraya berikutnya. Sebelum ini, undi aku tak perlu dirayu, aku rela hati memangkah kamu. Untuk kesekian kalinya, tolonglah...cubalah raih undi aku. Aku pula merayu !
Barisan Nasional, cubalah raih undi aku untuk pilihanraya berikutnya. Sebelum ini, undi aku tak perlu dirayu, aku rela hati memangkah kamu. Untuk kesekian kalinya, tolonglah...cubalah raih undi aku. Aku pula merayu !
Untuk
 melancarkan penghadaman tulisan aku (aku risau, sistem pencernaan lembu
 ni lain sikit) aku cuma kupas 2 point sahaja. Hudud dan dakwat. Yang 
lain2 malas. Makan banyak2 lagi susah nak cerna. - 
Sekian terima kasih.
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "




 



0 comments:
Post a Comment