PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Gadis 'jambatan' yang cantik lagi seksi !

Oleh : radens albanjari | 31 Dis


Mari teka siapa gadis ini. Tentunya bukan dari baka Morocco atau Maghribi. Agak-agak siapa 'bisa' meneka dengan tepat. Jika anda gagal menekanya, jangan pula dibakar 'jambatan'...yaa ! bakar saja 'anu' kamu yg buas itu. Brengsekkkk..!!



(*) Waduhhh..bisa bikin 'kajong' inikk ! Sumber foto http://sabahkini.net

Garuda Menangis !

Oleh : radens albanjari | 29 Dis

Malam ini tenang saja. Bumi negara tersalut dingin. Yang panas lagi bahang tertumpu di Bung Karno. Benar panas bahangnya bisa melondeh dada anaknya Perez. Namun bisa tahan Malaysia itu utoh saja. Biarkan saja gunong-gunong dan bukit-bukit 'berdosa' terus ghairah menafsu pemain negara. Lakonan syaitan yang dungu.

Kini Malaysia dipuncak. Jaya gemilang, darsa anak bumi yang kental jiwa. Bertahan dan menyerang itu sekadar muslihat. Lalu Indon tuntas jiwa melihat GAGAL diambang mata yang berkaca. Dada muluk anaknya Perez jadi cemprottt...! Jadi kempesssss...!

Tahniah untuk kamu ! Wira harimau yang bisa membawa cerita indah sekuat hasrat rakyat menakluk Putrajaya. Hebat kamu !


Pandir Garuda di toko bilangnya, " acara bangatt..dan kecewanya juaa bangattt...! Nampaknya 'dada' si Julia Perez tidak banyak membantu. malah laknat Tuhan itu juga diburu. Loloss !


Kini detik itu harus dipungut kuat setiap warga muda. Ambil semangat juang di Bung Karno buat melenyap darsa bongkak kemaruk kuasa sang penguasa. Ayuh kibarkan semangat, kita rai gemilang jaya buat pemain negara, lenyapkan pandir penguasa dengan usaha, tunjukkan derita kecewa seusai sombongnya dada anak Perez yg makin kempesss. Oh ! jangan lupa..jeritkan jua..jahanam Umno ! Kita langkah gagah ke Putrajaya.


Morocco vs. Maghribi !

Sejak 2-3 minggu ni mana laki ngko bedah ? Jarang benor dah aku nampak! Ada..tp sibuk sikit katanya, bukak 'meniaga' tmpt baru, tapi bukan di sini! 

Di mana bedah? Di Morocco ! 

Bedah..! Morocco ker Maghribi ? 

Morocco katanya! Bukan Maghribi? 

Bukan..semlm dia FB saya dari Morocco! Oh! Bukan apa bedah..kalo Morocco tu o.k ler, jangan di Maghribi! Meniaga apa bedah? Apa lagi, market ' madu' kawla dia tu ler..! Madu ??

Umno bagus dimata 'makcik' orang kampung !

Oleh : radens albanjari | 11 Dis


Sedih aku tengok makcik tua di kedai runcit pagi tadi. Mengomel toya wajah dia marahkan si apek kedai runcit pasal dia beli gula dah mahal. Makcik tu kata baru jer minggu lepas dia beli gula, tapi pasal apa dia beli hari ni dah naik 2 kupang sekilo. Dari raut wajah dan pakaiannya, aku tahu makcik ni orang kampung. Lagi sedih bila aku tengok, terkulat-kulat makcik tu kena sindir dengan si 'Apek' - "jangan marah saya, tanya itu kerajaan, dia yg kasi naik..apa nak marah waa..! Wa jual gula saja..! lagi kalau macikkk tak puas hati..undi punya jam..angkat lain cap, jangan pangkah itu kati punya cap..! "

Makcik tu tak puashati, dia tetap cakap, kerajaan manyak bagus sama dia..! Itu Umno pun bagus..banyak bantu sama dia..! Makcik tak percaya..! itulah hakikatnya yg Apek cina kena terima, tahan ler telinga kena maki..pasai harga gula dah naik..! Naik kerana kerajaan BN sangat bagus di mata 'makcik' orang kampung.

Cilaka punya Umno - BN. Pasal kebaikan kamu menaikkan baranglah, 'makcik' akan pangkah lagi 'kati' sampai makcik mamposs !! Betoi kaa ?? Umno terus bagus dimata orang kampung..tunggu PRU13..!

Oleh : Ustaz Idris Ahmad
Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kenyataan amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sebagai usaha untuk mengalih isu kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember 2010.

Beliau cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga. Perlu diingatkan bahawa semua barang niaga dibawa dengan kenderaan memakai minyak bukan dengan air liur.

Nampaknya kerajaan resah pada hari ini akibat tidak bijak urus khazanah negara yang melimpah ruah sehingga rakyat derita dengan kenaikan harga barang yang melambung. Alangkah baiknya jika kerajaan Malaysia ini orang yang bijak dan telus. Sepatutnya pemimpin BN perlu belajar daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang bijak urus dan cuba untuk mengagihkan harta negeri kepada rakyat. Kebijaksanaan pimpinan PAS di Kelantan yang mampu bertahan sampai 20 tahun walau pun dengan kekangan dan tekanan dariapda pusat. Kelantan tidaklah banyak hasil, tetapi mampu mengurus dengan baik dan teratur. Ketika negeri yang di bawah pentadbiran BN menghadapi masalah kewangan, Alhamdulillah Kelantan selamat daripada malapetaka buruk ini.

Pihak kerajaan perlu mengambil ingatan daripada pemimpin Pakatan Rakyat, apabila minyak naik maka semua perkara akan naik. Selepas ini tarif elektrik akan naik pula. Senang sungguh menjadi pemimpin BN yang mentadbir negara. Jikalau wang tidak ada jalan keluarnya dengan membebankan rakyat dengan menaikkan tol, letrik, minyak, saman ekor dan apa sahaja yang boleh menjadi wang untuk kambus gaung yang begitu dalam kerana boros dan tidak bijak mengurus.

Blogger Umno tuduh orang berzina macam makan nasi !

Oleh : radens albanjari | 12 Dis


Fitnah jahat berantai-rantai diulang tulis di blog penyokong UMNO. Hoi si dungu..! Ketika menulis ada kamu bawakan 4 saksi yang syar'ie bagi membenarkan karangan fitnah kamu itu ? Tak ada..?? Kepada macai-macai dan pencacai UMNO yang dungu, ayuh lontarkan dimana hebatnya hujah kamu menuduh seorang islam lain BERZINA tanpa membawa 4 saksi yang dipercayai ? Debatkan ia di SINI atau http://www.facebook.com/topic.php?uid=111200875613894&topic=8 Ada berani ?




(Part 1) Bloggers - Suara mereka suara MASSA !

Oleh : radens albanjari | 11 Dis

Blogger itu suara anak muda. Pengaruh mereka besar. Bukan suara tin kosong. Suara mereka suara MASSA untuk mendokong perubahan kepada Malaysia yang lebih baik. Bukan dipinggirkan ! Dan juga bukan seperti daun kari..! Jika ada pimpinan berani menyanggah bahawa peranan blogger itu kecil dan hanya dicelah gigi yang ronggak. Wak cabar di sini untuk dihujah buktikan. Benarkah demikian ? Di era pemerintahan PR Perak, satu masa lalu, boleh satu exco kerajaan (tak perlu sebut nama) memperlekehkan peranan blogger PR. Dengan membawa hujah sinis, berapa kerat sangat rakyat baca internet dan buka internet. Nasib baik tak sebut depan aku, kalau tidak mau ku tampar si pukang(bekas exco PR) tu hidup-hidup.


Tak sampai 6 bulan hujah beku lagi bodoh itu dilampiaskan oleh exco dunggu itu ke muka bloggers PR Perak, Kerajaan Pakatan Perak RUNTUH. Pada masa itu, media apa yg boleh diharapkan untuk mencetus dan mengalirkan berita peristiwa yang berlaku ? Mahu diharapkan kepada Utusan dan Berita Hairan ? Hari-hari, siang malam PR digodam dan dicelapakkan oleh media mainstream dan pimpinan PR dihinakan semahu-mahunya oleh mereka. Padan muka !

Jam 1.30pm. Hari tu hari jumaat. Berlaku pada bulan februari, lewat 2 tahun yg lalu. Apabila aku menerima panggilan terus dari MSK untuk datang ke Ipoh..dan minta kumpulkan beberapa lagi sahabat blogger yang boleh ikut, aku jadi terpana ! Sehelai sepinggan aku turun ke Ipoh bersama Cenangau. Bawa kereta laju nak mampus. Nasib baik tak mampus ! 1 jam bro..! Dan tiba di rumah rasmi Nizar ketika itu...dan terus dikerah untuk berkurung di bilik belakang rumah rasmi yg dikawal ketat oleh Unit AMAL. 5 hari tak mandi, tak tidur, tak salin baju dan seluar..! Blogger-blogger inilah yang berkerja keras siang dan malam menyampaikan maklumat terus dari pusat operasi buat tatapan seluruh rakyat Malaysia dan dunia melalui blog.

Bro..ingat syiokk ker tak mandi, tak salin baju 5 hari. Bau dah macam bau longkang.! Nasib baik Dugong Darat sudi bagi aku baju free, baju adik dia untuk aku salin dan pakai.,gedebeh..gedebeh lah..apa nak aku kesah..kalau tidak 2 minggu aku pakai baju dan seluar yg sama. Kerja gila ! Dan kisah2 yang tragis lagi hebat itu telah banyak dituliskan di blog-blog bagaimana muktahir dan pantas nya berita dan peristiwa disampaikan oleh blogger-blogger dalam menguruskan sumber pemberitaan telus lagi benar dari situasi dan tempat kejadian.



Di bilik (baca saja ia sebetulnya MARKAS BLOGGER PR) dimana semua sidang media pimpinan teritnggi parti, negeri juga turut diadakan, dan disitu jugalah berkumpulnya nama-nama blogger seperti Ciberboron, Mat Saman Kati, Wak albanjari, Cenangau daun kari, Ummi Hani, Dugong Darat, Sya Reformis(Ketua Srikandi Keadilan), ManjungMari, dan Perisik Rakyat. Memikul tanggunjawab dan amanah penuh aggresif. Tapi itu semua cerita lama. 

Dan KINI, Bloggers pro-pakatan Rakyat semakin lesu. Cyberboron terus hilang. Ummi Anni sudah berhenti menulis. Sya-Reformis mungkin sudah terlalu sibuk. Blog Albanjari sudah hilang dan digantikan dengan Albanjarionline. Perisik Rakyat juga sudah slow. Perak Express dah mati, dan digantikan pula dengan Ureka.asia.

Sejak 2 bulan lalu. Ureka juga dah mula slow..MSK pun dah war-warkan dia mahu bercuti tak tahu sampai bila, dan hotnya Ureka itu pun sekejap-sekejap saja, bila fokusnya tentang pemilihan PKR dan isu perebutan untuk kuasa politik ini semakin lama sudah semakin membosankan.

Hakikatnya sekarang, semua orang (baca rakyat) kini menumpukan kepada janji-janji politik, tapi semakin kurang yang memberikan tumpuan kepada pelaksanaan janji. Baik pada PRU12 mahupun di PRK yang melahun banyaknya, semua pihak menabur janji. Sana janji sini juga janji, tapi sedar atau tidak janji-janji yang ditabur semasa PRU 12 dulu pun masih banyak yang tertunggak. Dan kini PRU13 pula hampir menjelang tiba. Tak lama dah ! Mungkin kurang 6 bulan dari sekarang. 

Bagus ! Apabila Presiden Sekretariat PAS Perak lepaskan jawatan. Cubitan kuat dari Wak albanjari. Sudah ada yang melihat dengan mata dan berfikir dengan otak bahawa ia bukan perkara yang sengaja dibuat atau ditampilkan suka-suka. Jika tidak dicubit kuat begitu, mana mungkin Harakahdaily akan keluarkan cerita betapa perlunya peranan blogger itu digembleng.

1 Harapan. Ubah Sekarang ! Bukan sahaja rakyat yang perlu dimomokkan untuk berubah, pimpinan , bloggers juga wajar sama untuk berubah dan berani berubah.

Kepada bloggers, adakah kita akan hanya terus memblog….atau mengambil inisiatif untuk melakukan sesuatu? Apa yang patut dibuat? Apakah kita hanya menunggu dari ‘pemimpin’ untuk berbuat sesuatu? Adakah kita akan terus mengkritik “pemimpin” kerana tidak melakukan apa-apa? Ataupun terus mengampu ‘pemimpin’ untuk mencapai matlamat diri sendiri ?
Tepuk dada tanya hati..! Hati tidak bisa untuk berbohong.

Keduanya, Apakah blogger perlu terus menjadi ‘party-centric’ atau pun ‘leader-centric’? Persoalan ini timbul kerana kebanyakan blog-blog pro-Pakatan Rakyat setiap hari bercakap tentang apa yang kerajaan BN-UMNO dan PR buat ataupun mengulas tentang apa yang pemimpin BN/PR buat. Tetapi tidak banyak yang bercakap tentang permasalahan rakyat ataupun inisiatif untuk memperkasakan rakyat. Bersambung..

(*) sumber bahan diolah dari idealisme Ureka.asia/MSK dan diri sendiri.

HOT - Jika blogger pro PR pusing 360 darjah ?

Oleh : radens albanjari | 9 Dis
Mengapa MSK (Mat Saman Kati) tidak lagi rancak menulis ? Kemana perginya 'Singa' Ciberboron ? Radenjowo ? Pak KaraMu ? MRK albanjari ? Blogger AB albanjary yang hujah-hujahnya umpama halilintar membakar iblis ? Kemana pula Ajijoi ? Blogger AlHussyen ? Sendiri Mau Ingat ? Budak Ipoh Timor yang setiap tulisannya bisa buat Hamidah meroyan ? Cenangau daun kari ? Ummi Hani Nasution ? Dugong Darat ? dan banyak lagi nama-nama hebat yang pernah bertahta dihati rakyat satu masa dahulu.

Tulisan-tulisan berbisa mereka dirindui pembaca. Kupasan-kupasan hebat mereka kini semakin sukar dicari. Kemana mereka ? Dimana mereka ? Ada siapa yang tahu ? Jika dizaman jatuhnya kerajaan rakyat Perak ketangan perampas paling korup, nama2 itu galir meniti disetiap warga untuk mencicip rata berita terkini dari blog..namun jangan ada yg terlupa, banyak blog2 mereka juga sudah tumbuh belukar tidak lagi diendah penulisnya, tidak juga yg hilang terus dari alam maya, rujuk kepada blog albrangi dan politikbanjar(albanjari online versi asal).

Baru-baru ini, wak albanjari telah menemui Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkaitan status dan atur duduk perkara, apakah pemimpin PR sekarang masih perlukan khidmat mereka-mereka ini untuk melanyak BN ? Jika masih perlukan blogger PR..hargailah blogger dengan baik. Blogger bukan minta wang, balak atau pasir.. Tak jatuh airmuka pemimpin PR pun jika sekali sekala bawa blogger-blogger duduk minum-minum kopi di warung  atau dimana saja..bertanya khabar dan berita.


Tidak mustahil, jika berlaku fenomena tiba-tiba blogger Pro Pakatan Rakyat beralih 'kiblat' dan pusing 360 darjah dengan hentam PR balik, andai hal ini berlaku di kemuncak PRU13..boleh mampuih !! ketika itu nak disalahkan siapa pula ? Setuju dengan apa yang blogger Milo Suam tulis yang juga turut dipaparkan di blog Cina Islam kelmarin.


Oleh : Milo Suam
Saya tertarik dengan satu posting dari blogger milosuam berkaitan dengan kedudukan dan prestasi blogger pro pakatan dan blogger pro kerajaan yang memerlukan penilaian dan tindakan segera dari semua pihak. Berikut adalah tulisannya yang diterbitkan kembali untuk tatapan pembaca blog cinaislam.

Merujuk kepada laporan Utusan Malaysia 28 Nov lalu, top 100 blog politik Malaysia berdasarkan Alexa rangking, menunjukkan senarai blogger mesra kerajaan / pro kerajaan, mendominasi kedudukan teratas blog-blog yang sering dikunjungi oleh pembaca (memiliki traffic yang tinggi).

Kalau dilihat senarai ini menggambarkan blogger mesra kerajaan kini berjaya mendominasi senario media baru di dalam melancarkan serangan cyber dan propaganda dari kedua-dua pihak. Apa yang jelas, prestasi blogger pakatan rakyat kini semakin menurun.

Menyedari kepentingan media baru yang menjadi penyumbang kepada kekalahan Barisan Nasional pada PRU yang lalu, blogger pro kerajaan tampak bersungguh-sungguh untuk melakukan serangan balas bagi pihak kerajaan.

Senarai kedudukan blog-blog politik ini menggambarkan betapa tersusunnya koordinasi blogger-blogger yang pro kerajaan. Apa yang jelas, mereka sering kali mengadakan pertemuan, forum, diskusi, secara bersua muka di dalam merancang serangan demi serangan kepada kerajaan pakatan rakyat.

Justeru itu pergerakkan mereka dilihat lebih teratur dan sistematik berbanding blogger pakatan rakyat yang kebanyakkannya terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan yang menulis tanpa koordinasi yang sistematik.

Nampaknya sudah sampai masa blogger pakatan rakyat merapatkan saff, mengatur strategi secara berjamaah untuk melakukan perang cyber yang lebih tersusun dan berkesan terhadap blogger-blogger mesra-kerajaan.

Bagi pemimpin-pemimpin pakatan rakyat, anda sedar bukan betapa pentingnya media baru hari ini? Betapa berkesannya serangan blogger-blogger mesra-pakatan didalam mendedahkan ketirisan kerajaan dan menjawab serangan serta fitnah blogger-blogger dari blogger pro kerajaan?

Bukankah anda sedia maklum sumbangan besar kemenangan Pakatan Rakyat merampas beberapa buah negeri pada PRU lalu? Tidak nampakkah bagaimana blogger pakatan menyampaikan maklumat kepada rakyat? Mengapa senjata tajam ini dibiarkan tumpul?

Maklumat yang baik, tepat, dan benar sekiranya tidak dibaca akan hanya menjadi maklumat yang tidak berguna. ReJaM© menyeru kepada pemimpin pakatan rakyat memikirkan jalan untuk koordinasi yang lebih baik merebut kembali dominasi media baru oleh blogger-blogger kerajaan. (Cina Islam)

Kami tidak kalah di dalam mengumpul maklumat serta membuat pendedahan, namun kami hanyalah terdiri daripada orang perseorangan yang kurang teratur hasil kerjanya, mana nak cari maklumat? Mana nak menulis blog? Mana nak menjawab serangan? Mana nak melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri?

Bukan wang ringgit yang dipinta, namun tindakan tertentu di dalam menyusun atur blogger-blogger sukarelawan ini.

Khir Toyo : Macam koboi Rodeo hambat lembu jantan !

Oleh : radens albanjari | 7 Dis



Sebagai rakyat kita jangan terpana dengan wayang kulit mainan UMNO ni. Jangan anda lupa ketika krisis MB Terengganu. Apabila Derih Jusoh disingkirkan kerana derhaka kepada Sultan Terengganu, lalu Mat Said hendak ditabalkan sebagai MB Terengganu. 

Fuhhh!!! SPRM menghambat Mat Said macam koboi Rodeo menghambat lembu jantan. Mat Said tak berani tidur kat rumah kerana takut ditahan BPR masa tu. Hari esok beliau handak menerima watikah dari pihak istana. Kalau ditahan, tamat le riwayat Mat Said selaku gedebe UMNO. Rupanya jengkal beliau lebih panjang dari jengkal Derih Jusoh. Kini Mat Said selesa bersemayam di Banglo mewahnya di Kijal.

Posted by Saiful 
Berkokoklah hulubalang UMNO dengan mendakwa bahawa kerajaan tidak memilih bulu. SPRM juga mendakwa Khir Toyo meskipun beliau adalah pemimpin UMNO. Inilah lawak bodoh UMNO-BN. Khususnya para bloggers dan media pengampu UMNO. Sememangnya UMNO nak mendakwa ni semestinya memilih bulu. SPRM hanya pak angguk aje. Itu pasal kena tunggu lama. Kes penjualan tanah tersebut telah berlaku tahun 2004. Kenapa sekarang? Pilih bulu le tu.

Masa tu Datuk Khir Toyo adalah bulu merak. Bulu yang wangi lagi bertatahkan emas. Selaku MB Selangor menjadi kesayangan UMNO. SPRM haram tak boleh sentuh. Tetapi kini, Khir Toyo dah jadi bulu ketiak UMNO, dah le busuk, hangit lagi. Meskipun pipinya dan wajahnya dah gebu melecun, tapi politik beliau dah mula gelunsur. Bak pernah duduk dikemuncak bukit. sekarang ni dah berguling turun. Ini berlaku selepas PR berjaya menumbangkan BN di Selangor dan Khir Toyo hanya layak menjadi ketua pembangkang sahaja. Apatah lagi krisis dalaman negeri Selangor makin memuncak apabila perebutan antara team Datuk Khir Toyo dan Datuk Noh Omar. Tu tak masuk lagi Team Satim Diman. Masing-masing ada fail masing-masing. Peteh memeteh ni kerja UMNO. SPRM sentiasa berlampu kuning. Cuma tunggu green-light sahaja.. nak dakwa bila. Tunggu signal aje dari dewa-dewa diatas kayangan. Hah sekarang masa yang tepat!

Kini Datuk Khir Toyo dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan rasuah melibatkan dua lot tanah dan istana mewah beliau yang pernah kontreversi dahulunya kerana melibatkan pembinaan ala bali yang dikatakan mencecah nilaian RM20j. Kita tengoklah jengkal siapa yang lebih panjang. Nyawa siapa yang lepas. Siapa yang ternobat sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor nanti.

Sebagai rakyat kita jangan terpana dengan wayang kulit mainan UMNO ni. Jangan anda lupa ketika krisis MB Terengganu. Apabila Derih Jusoh disingkirkan kerana derhaka kepada Sultan Terengganu, lalu Mat Said hendak ditabalkan sebagai MB Terengganu. Fuhhh!!! SPRM menghambat Mat Said macam koboi Rodeo menghambat lembu jantan. Mat Said tak berani tidur kat rumah kerana takut ditahan BPR masa tu. Hari esok beliau handak menerima watikah dari pihak istana. Kalau ditahan, tamat le riwayat Mat Said selaku gedebe UMNO. Rupanya jengkal beliau lebih panjang dari jengkal Derih Jusoh. Kini Mat Said selesa bersemayam di Banglo mewahnya di Kijal.

Pada 22 Mac tahun 2008, ketika kemelut memuncak, TV3 telah menyiarkan berita, ADUN Kijal yang disebut-sebut akan dilantik sebagai MB, disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR). Buletin Utama TV3 melaporkan, seorang ahli politik Terengganu sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek iaitu:-

1. Projek Roller Coaster di Kemaman pada 1995
2. Projek Pembinaan Dewan Besar Seri Amar Chukai, Kemaman pada 2007
3. Projek Mercu Tanda Daerah Kemaman di Bandar Chukai pada 2006
4. Projek Tambun Tanah di Kijal pada 2008 (3 kes)

Bayangkan Pembinaan Mercu Tanda Kemaman sejemput tu aje diberi kepada syarikat kroni dengan harga RM 3,996,928.00 pada 13 November, 2005 dan kini sudah sekian lama rosak tak terpakai. Buat malu orang Kemaman aje. Air tak memancut lagi, batang tiang dah tak bertukar warna, batu globe mat said pun dah tak berpusing dan skrin tanpa tulisan, dah jadi hitam legam…  dah expired. Ibarat dah mandul pe!!!

Kini setelah Datuk Ahmad Said masih lagi duduk ditampuk empuk MB Terengganu timbul pula pelbagai isu penyelewengan baru. Isu wang ehsan yang tak kesudahan yang disalah-gunakan untuk kepentingan UMNO-BN di Terengganu. Isu penyelwengan RM300j untuk membangunkan pulau-pulau di Tasik Kenyir dengan mewujudkan Pulau Burung, Pulau Rama-rama, Taman Orkid dan Pulau Herba dan sebagainya. Isu penyelwengan dan anugerah balak kepada golongan kroni dan orang istana tertentu dan bermacam-macam lagi. Tapia pa SPRM peduli??? Datuk Mat Said kini bak bulu merak bersalut emas.

Beberapa ketika dulu berbunyi jugak isu SPRM nak menyiasat Datu Idris Jusoh selepas pelucutan beliau dari tampuk MB Terengganu. Antara penyelewengan yang dilaporkan termasuklah tuntutan VO (Variation Order) Masjid Kristal yang asalnya RM80 juta menjadi RM200 juta lebih. Juga turut didakwa adalah tuntutan VO stadium dari RM180 juta menjadi hampir RM300 juta. Semua wang tuntutan ini difahamkan telah diselewengkan untuk pribadi disebalik kononnya untuk “Political Fund” yang diletakkan atas nama proksi dan kroni. Siasatan kes projek Taman Tamadun Islam dan penganjuran Piala Monsun di Pulau Duyung, juga turut didakwa berlaku penyelewengan.

Bayangkan bukan sedikit royalti Petronas yang telah membuat bayaran sebanyak RM7.3 bilion kepada negeri Terengganu itu sejak empat tahun selepas Umno kembali memerintah Terengganu. Tetapi kemana duit itu ghuyub? Sekarang sudah 2 tahun pulak Mat Said jadi MB. Entah kemana fail dah hilang.

Habis apa SPRM buat? Buat apa lagi kalau duk tengah pilih bulu le tu. Agak-agak Mana dia bulu merak, mana dia bulu ketiak? Tapi kalau pimpinan PR yang dikatakan ada terlibat dengan rasuah, tak bertangga dikejarnya… yelahh… bulu ari-ari. Cepat le pergi chek!!! (dipetik dari Blog Pemuda Cheh)


Terima kasih Polis di'RAJA'..!

Oleh : radens albanjari | 6 Dis



Tahniah kepada Polis di'RAJA'kan oleh UMNO kerana sampai hati koyakkan baju rakyat, tendang rakyat, sepak rakyat, sembur rakyat dgn air asid, heret rakyat, tahan rakyat, pukul rakyat..Sesungguhnya kamu memang Polis yang di'RAJA'kan..! Syabas buat semua polis-polis. Tindakan polis melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air meriam dan memukul rakyat yang hadir pada perhimpunan anjuran kerajaan negeri Selangor semalam terus dibidas oleh pelbagai pihak.

Suara Rakyat Malaysia dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor membidas kezaliman yang ditunjukkan pihak berkuasa ke atas 15,000 orang yang hadir di Masjid Negara semalam.

Ahli parlimen Klang, Charles Santiago adalah antara mangsa yang diheret dan ditendang oleh beberapa anggota polis apabila beliau cuba membantu seorang warga emas.

Ketika kejadian itu, Charles melihat seorang wanita dipukul dan bajunya koyak-rabak akibat kekasaran polis.

Operasi polis semalam menyaksikan kira-kira 48 orang ditahan, dan empat meriam air dikerah ke beberapa lokasi di ibu negara.

Ketumbukan polis mengangkat senjata dan merempuh 1,000 orang awam yang berarak di Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Mereka menjadi sasaran polis walaupun berhimpun secara aman untuk mengiringi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menyampaikan memorandum kepada Istana Negara untuk memohon supaya hak menguruskan air dikembalikan kepada rakyat.

Tanpa sebarang provokasi, tiba-tiba ribuan orang diserang oleh pasukan polis persekutuan, menyebabkan ramai yang cedera.

" Seorang wanita berhampiran saya sedang menangis tetapi polis terus memukul orang, merobek baju, dan mereka benar-benar di luar kawalan.

" Wanita di sebelah saya dipukul, wanita tua juga dipukul, baju dirobek. Mereka pukul untuk apa? Adakah ini arahan Ketua Polis Negara yang baru?," katanya lagi.

Ketika ditanya media apakah penganjur telah mendapat permit menganjurkan perarakan itu, Pengarah Eksekutif EMPOWER, Maria Chin berkata rakyat telah dikhianati kerajaan Malaysia.

" Saya tidak fikir isunya tentang permit. Pertamanya kita punya hak untuk berada di sana. Mereka telah memberi kita lampu hijau kepada kita. Mereka benarkan kita menyerahkan memorandum ke Istana Negara. Tetapi apabila mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata, mereka sebenarnya memungkiri janji mereka. Rakyat sebenarnya memberi kepercayaan kepada polis," ujar Maria.

Sementara itu, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) berpandangan pihak berkuasa telah dengan sengaja melanggar undang-undang.

" Jika kita lihat dalam Bersih, hakim memutuskan Bersih adalah perhimpunan aman. Ini bermakna 48 yang ditahan polis itu telah ditangkap sewenang-wenangnya," ujar wakil SUARAM, Woon Hui.

Di sidang media yang sama, ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, polis jelas berniat jahat dalam cubaan terdesak untuk untuk menyuraikan perhimpunan itu.

" Pihak PDRM mengizinkan empat kereta, menteri besar dan exco diiring polis ke istana. Jelas mereka mempunyai niat jahat, kerana belum pun kereta kami melepasi kawasan selamat itu, pihak FRU telah menembak ke arah kami. Menteri besar, exco dan saya sendiri terperangkap dalam asap gas pemedih mata dalam kereta kami," ujar Dr. Dzul.(blog paspb)


Siapa sanggup jadi monyet 'pukang' ?

Oleh : radens albanjari | 6 Dis

Musykhil..! Ini reheasal ker demo ? Demo macam kat bawah tu..la ngok ?



Dibawah ini baru demo..Demo rakyat oleh rakyat untuk rakyat. Bukan demo pukang oleh pukang untuk pukang.. !!


Kata saksi mata, kisah pukang bikin demo tak ubah macam rehearsal kugiran jom heboh tv3. Kata saksi mata, pukang-pukang demo sambil kenyang perot kena suap. Apa barang beb ! Kata saksi mata lagi, blogger UMNO yang bangang lapor itu demo UMNO..kah..kah..kah ! Bodoh macam Gomo, itu bukan demo UMNO..itu demo pukang-pukang..!

Tiada sambutan dan syok sendiri sahaja. Kenapa hanya 150 orang (versi Berita Hairan la). Katanya GAPS ni adalah gabungan lebih 50 NGO termasuk Majlis Belia Selangor, Perkasa Selangor, Gerakan Belia 4B Selangor, GPMS Selangor, Kesatuaan Pelajar Melayu Selangor termasuk persatuan-persatuan dari kaum Cina dan India di negeri itu. WOW!!! Tak boleh ke mengatasi atau seramai demontrasi bantah penswastaan air anjuran Pakatan Rakyat? (rakyat marhaen blog)

Apabila kerajaan BN tipu rakyat ! Hukumnya HARUSSS..!

Oleh : radens albanjari | 5 Dis

"..APABILA KERAJAAN BERBOHONG DAN RAKYAT DITIPU HIDUP-HIDUP. Ada satu perkara ingin ku perkatakan, jika ada pilihanraya..anda semua gunalah kuasa undi yang anda ada, dan undilah siapa saja, tapi jangan undi UMNO dan BN.."

Tidak ada apa-apa yang perlu direnungi dan diperbincangkan lagi. Sudah tiba masanya untuk seluruh anak bangsa ini bangun dan berkata TIDAK kepada Barisan Nasional terutamanya UMNO.

Sudah puluhan tahun anak bangsa ini ditipu, diperdaya dan diperbodohkan oleh Barisan Nasional terutamanya UMNO. GANYANG BN DAN UMNO PRU13 INI..! Itulah sumpah rakyat, sumpah keramat..!



(1) Benarkah sokongan rakyat kepada PR merudum ? [Intro]

Oleh : radens albanjari | 5 Dis

Merujuk kepada hasil dapatan kajian* muktahir november 2010, tahap sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat menunjukkan penurunan yang teruk. Ia membimbangkan. 


25% dan itulah peratusan angka yang terpaksa dihadam oleh pimpinan tertinggi PR sekarang bila dirujuk kepada tahap sokongan rakyat kepada PR kini. Mengapa berlaku seteruk itu ? [*kajian ini dilakukan oleh group inteligent yg tidak dapat dipublishkan disini]

Merujuk kepada petunjuk 25%, Apakah rakyat sudah memiliki keyakinan yang padu kepada bahtera BN itu jauh lebih baik daripada Pakatan Rakyat? Banyak persoalan yang wajar dijawab apabila peratusan yang 'menakutkan' itu dipaparkan di blog ini. Kita tinggalkan sebentar 'bimbang' itu, dan kita sorot kembali janji-janji kita(PR) lewat PRU12 yang lalu.

Gugup ? Nanti dulu. Apakah tidak tersirna diingatan rakyat tentang hasrat rakyat pada meledaknya tsunami perubahan 2008 ? APA YANG RAKYAT NAK? Hasrat rakyat 2008 jelas menoktahkan bahwa :

[..] Kita tak nak satu kerajaan yang menipu kita dengan memutar-belitkan fakta seperti BN. Kita tak nak satu kerajaan yang menyelindungkan fakta daripada pengetahuan kita seperti BN. Kita tak nak satu kerajaan yang guna duit sewenang-wenangnya seperti BN. Kita tak nak satu kerajaan yang bersifat tidak adil dalam pengadilannya seperti BN. Kita tak nak satu kerajaan yang asyik memeras ugut dengan ISA seperti BN. Kita tak nak satu kerajaan yang tidak adil dalam memberikan kebajikan kepada rakyat seperti BN. Kita tak nak satu kerajaan yang hanya ingin mengkayakan kroni secara rasuah seperti BN. Kita tak nak satu kerajaan yang sombong dengan rakyatnya seperti BN. [.]1

Pada PRU12 2008, hasrat rakyat hanya memfokuskan kepada perkataan “seperti BN”, "macam BN", manakala isi di tengah setiap ayatnya di atas hanyalah bersifat ‘harapan’. Namun, tsunami menggunakan ungkapan ‘seperti BN’ "macam BN" mungkin sudah tidak releven lagi kini, maka wajarlah isi-isi ayat yang akan menjadi fokus rakyat buat buah tempur pada pilihanraya umum yang akan datang dimodifikasi dalam keadaan yang segera.

GANYANG BN, MARTABATKAN KETUANAN RAKYAT, dan bla..bla..bla mungkin bisa menimbulkan semula kebencian total rakyat kepada suasana sekarang yang menimbulkan resah hati rakyat dengan menyisihkan terus ayat-ayat "seperti BN" "macam BN" itu agar dicelapukkan terus dari minda yang ada untuk menolak BN pada PRU yang akan datang tidak lama lagi. Sebelum itu, check kembali apa betul ke empat kerajaan negeri PR bersifat kerajaan berkebajikan? Betul ke empat kerajaan negeri PR bersifat ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ yang diwar-warkan oleh BN?



Juga betul ke empat kerajaan negeri PR ini bersih daripada rasuah dan telus dalam pentadbirannya? Betul ke keadaan ekonomi empat kerajaan negeri PR ini sudah bertambah baik daripada zaman pra-2008?

Betul ke empat kerajaan negeri PR adil dalam mengagihkan pertolongan kepada rakyat? Betul ke empat kerajaan negeri PR tidak mengamalkan unsur kronisme dalam penganugerahan projek kerajaan?

Realitinya, semua persoalan di atas sukar dijawab dan diterangkan untuk para pengundi yang tidak mengikuti perkembangan politik. Yang terasa keadaan bertambah baik, akan terus memberikan undi kepada PR, yang terasa sebaliknya akan memberikan undi kepada BN.




Namun, adakah kita perasan bahawa hanya empat negeri PR sahaja diberikan fokus oleh media arus perdana yang dikuasai Umno dan Barisan Nasional?



Tanyalah sekitar kita, kebanyakan kita lebih tahu mengenai masalah yang berlaku di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan daripada negeri-negeri lain di bawah kekuasaan Umno-BN. Kebaikan yang berlaku di empat negeri PR pula jarang ditonjolkan, namun sedarkah kita, Umno-BN juga tidak dapat menonjolkan apa-apa kebaikan daripada negeri-negeri yang dikuasai mereka kerana sememangnya pentadbiran mereka lebih teruk.


Kesimpulannya:

1. Empat negeri PR – masalah dibesarkan, kebaikan dipadamkan.
2.Sembilan negeri BN – masalah dipadamkan, kebaikan … tiada yang boleh dilaporkan.

Disini, saya sangat kagum dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan PR di Pulau Pinang. Dimana usaha-usaha dibalik tabir mereka telah berupaya menukarkan perkara di atas dengan menubuhkan satu badan media PR sebagai penyalur berita kepada semua laman-laman dan akhbar-akhbar alternatif melalui penerbitan Buletin Mutiara yang didokongi sepenuhnya oleh mantan SU akhbar MB Perak yang lalu. Gerak kerja yang sangat tersusun dan sistematik itu begitu berkesan dengan penglibatan langsung blogger-blogger dan penulis-penulis baru yang wujudkan dari kawasan dan cabang menyalurkan bahan dan sumber sebagai rujukan rakyat di Pulau Pinang.


Diantara tugasan besar badan media PR itu adalah:

1. Empat negeri PR – kebaikan dibesarkan, masalah dilaporkan.
2. Sembilan negeri BN – kebaikan… (bak kata di atas tiada), masalah dilaporkan dan ia automatik akan menjadi besar kerana tiada kebaikan yang dapat dilaporkan.


Selain itu, perbandingan prestasi antara negeri-negeri PR yang setaraf dengan negeri-negeri BN dari sudut ekonomi diolah dengan baik untuk menyedarkan rakyat tentang keberkesanan pentadbiran PR.
Sebagai contoh, prestasi negeri Selangor dibandingkan dengan negeri Johor, dari tahun 2007 sehingga 2010 untuk rakyat menilai sejauh mana prestasi pentadbiran ala PR dan BN.



Begitu juga dengan Kedah, boleh dibandingkan dengan negeri Pahang, Kelantan dengan Terengganu, dan Pulau Pinang dengan Melaka dan Negeri Sembilan. Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak pula, perbandingan prestasi untuk empat tahun yang lepas sudah mencukupi.


Berita-berita dan info-info sebegini, selain dihantar ke media-media yang sanggup menyiarkannya, perlu juga dimuat dalam bentuk ‘presentation’ untuk kegunaan ceramah dan penyebaran maklumat melalui CD, dan kertas A4.


Bagi memastikan badan media ini berjaya, empat negeri PR mesti bersedia untuk menyumbangkan dana untuk memacu perkembangan badan media ini kerana masa sudah semakin suntuk untuk PR menyediakan diri sebelum tibanya pilihan raya umum ke 13 yang hanya menanti masa dan semua ini perlu dilakukan dengan bijak dan pantas, kerana pilihanraya umum akan diadakan bila-bila masa dari bulan Mac depan sehinggalah penangguhan pemilihan Umno tamat tempohnya.


Isu-isu yang perlu dijawab dengan sepakat bagi mematahkan serangan BN 



Selain menubuhkan badan media untuk menyebarkan berita positif negeri-negeri PR, semua pemimpin tertinggi perlu menyediakan jawapan yang sepakat dan menyakinkan mengenai beberapa isu di bawah yang akan digunakan Umno/ BN untuk menyerang PR.


Walaupun ada antara isu-isu di bawah sudah dijawab kerana melibatkan kepentingan parti masing-masing, namun ia tetap perlu dijawab kerana rakyat perlu tahu apakah jawapan sebenar daripada ketiga-tiga parti politik PR.



Serangan dari Umno:



1. PAS dan PKR menjual maruah dan kedudukan istimewa Melayu dengan menghumban konsep Ketuanan Melayu ciptaan Umno.
2. PAS kuda DAP di Perak, dan di Penang.
3. Melayu hilang kuasa jika PR berkuasa.
4. PAS menggadai prinsip Islam untuk politik – membolehkan orang bukan Islam membaca Quran, memasuki masjid dan sebagainya.
5. Kredibiliti pemilihan parti PKR. Bagaimana nak jawab serangan Umno – ‘jika anda kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) teruk, pemilihan PKR lagilah teruk’?
6. Isu-isu mengenai Datuk Zaid Ibrahim.
7. Fobia DAP terhadap negara Islam dan kenyataan Karpal ‘langkah mayat sahaja dahulu’.
8. Orang Melayu di Penang dianiaya, tanah Balik Pulau, Komtar dan peniaga bazaar Ramadhan dan sebagainya.
9. Isu pasir di Selangor.
10. Isu air di Selangor – mengapa nak syarikat konsesi di bawah kerajaan negeri?
11. Isu kerajaan perpaduan untuk mengorat PAS untuk bersama Umno.
12. Isu timbalan perdana menteri.
13. Isu PKNS dan Yayasan Selangor.
14. Isu Tan Sri Khalid tidak disukai ahli-ahli parti sendiri.
15. Isu diskaun kepada rumah RM 500,000 ke atas yang dicadang DAP.
16. Isu liwat.


Serangan dari MCA, MIC dan sebagainya:



1. Negara Islam yang dimainkan untuk takutkan orang bukan Islam dan lagakan DAP dan PAS.
Bagaimana DAP harus menjawab untuk tidak nampak ‘fobia’ terhadap negara Islam, dan bagaimanakah PAS harus mengupas isu ini supaya tidak menyusahkan DAP untuk menjawab?
2. Prestasi kerajaan Kedah – apa sumbangan negeri kepada pembangunan kehidupan pelbagai kaum? Isu tanah Melayu dan isu perumahan yang sering dibangkitkan oleh Gerakan?
3. Isu biasiswa negeri Selangor – mengapa tidak cukup penglibatan dari semua kaum? Punca?
4. Perak – walaupun DAP mempunyai paling ramai Adun, namun ia tetap mendokong calon PAS jadi Menteri Besar kerana ia senyap-senyap akan menyokong negara Islam cadangan PAS sekiranya berkuasa kelak.
5. DAP kuda PAS.
6. Isu Kampung Buah Pala Penang.

Serangan yang ditimbulkan sendiri



1. PAS tetap dokong negara Islam, secara berperingkat – DAP tetap menyokong dasar sekular – bagaimana pula hujah dari segi perlembagaan?
2. Isu dalaman parti PKR, pemilihan PKR dan pemimpin yang bakal melompat ke parti Datuk Zaid Ibrahim.
3. DAP lebih menonjol dalam memperjuangkan isu-isu orang Cina dari segi biasiswa, penerimaan bantuan dan politik.
4. Pemimpin yang timbulkan polemik apabila tersilap kata semasa memberikan temuramah kepada media… peratusan akan meningkat apabila pilihanraya makin dekat kerana lebih ramai yang ingin ditemuramah untuk menonjolkan diri.
5. Prestasi teruk Adun dan Ahli Parlimen.
6. Perbalahan pembahagian kerusi.
7. Ketuanan Islam, Ketuanan Melayu dan Ketuanan Rakyat.


Semua isu di atas perlu diberikan jawapan yang sepakat, menyakinkan dan boleh terpalit seluruhnya kepada muka Umno-BN dan dalam erti kata lain, jawapan yang bersifat ‘bertahan sambil menyerang.’

(*) sebahagian sumber diolah semula dari catatan Li Fook Gao/Harakahdaily



Artikel akan menyusul : 

(2) Benarkah sokongan rakyat kepada PR merudum ? [1 Analisa]

(1) HOT ISU - Peranan Blogger PR dan strategi Media Baru semakin tumpul ?

tunggu paparan berapi albanjari di blog sedikit masa lagi ..InsyaAllah.

HOT ! (1) Malaysia malu Islam sebagai agama rasmi ?

Oleh : radens albanjari | 3 Dis


Memalukan ! Mana pemimpin UMNO yang julang kata ISLAM itu agama utama untuk negara? Retorik sungguh mereka yang bermuka-muka. Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam ditipu dan dibohongi. Orang kampung jangan diharaplah..terus-terusan di tipu UMNO dulu kini dan selamanya. Tunggu dulu..baca sampai habis apa yg mahu dipaparkan di sini. Jangan baca sekerat2 macam ulama' UMNO. Jangan pula sekadar menjadi zamry yang hanya mengusung kitab kamus Dewan, tapi tidak mengerti tentang apa itu 'ancak'. 

2 hari lalu di Sidang DUN Perak, bukan main garang Adun2 UMNO memekik dan memetik fakta bahawa hebatya kerajaan Malaysia dibawah tunjang parti UMNO dan BN membina masjid dan surau. Apa orang PAS buat..yellek katanya. Hal ini dimuntahkan kerana menyaingi hujah Nizar berkaitan peruntukan RM10 juta bagi pembangunan masjid dan surau, adakah bajet sebanyak itu sekadar untuk mencantikkan/kosmetik sahaja ? Pengisian nya bagaimana pula ? UMNO gagal menjawabnya. Sekadar pusing sana dan pusing sini. Tidak ubah seperti kera bunting yang masih gian nak berlaki.

Rakyat islam Malaysia wajar untuk tahu bahawa sangat jelek perilaku mereka-mereka yang bekerja dibawah Kementerian Pelancongan Negara berhubung apa yang berlaku di Malaysia Pavillion Shanghai. Lihat sahaja apa yg berlaku di Shanghai World Expo 2010 baru-baru ini. Jangan fikir jika expo itu beribu batu jauh dari Malaysia, tidak ada siapa yang tahu kerja-kerja biadap Kementerian ? Catatan Kembara Dr. Maza ada jawabnya. Baca apa yang diluahkan beliau. 

Rupanya Kementerian Pelancongan malu untuk merujuk ISLAM itu agama besar di Malaysia. Buang ribuan juta RM bina masjid cantik-cantik, tapi sekadar retorik untuk kesinambungan kuasa politik buat mengaburi mata rakyat didalam negara melihat hebatnya pemimpin UMNO membangunkan dan memartabatkan islam dinegara ini, namun tidak ubah seperti macam sampah saja ! Di dalam ratusan masjid yg banyak dan cantik, boleh hanya 2 GEREJA dipamerkan di Pavilion Malaysia yang maha hebat kosnya sehingga dimakumkan sejumlah RM20 juta hangus begitu saja..membinanya? 

"..saya rasa, jika saya tidak tahu tentang Malaysia, saya datang ke Malaysia Pavilion di Shanghai World Expo 2010, saya mungkin akan mengagak bahawa agama Kristian adalah agama majoriti rakyat Malaysia. Tempat-tempat ibadat yang di paparkan hanyalah dua buah gereja. Itu pun bangunan binaan tinggalan penjajah Portugis, bukan binaan rakyat Malaysia.." Dr. Maza

Kita tunggu apa Kementerian Pelancongan Negara mahu jawab ! Atau menteri mereka juga sama 'penakut'nya seperti Adun-Adun UMNO di Perak yang hanya pandai pusing fakta sana-sini. Itu pun jika menterinya cukup berani...seberani Soi Lek ber tut..tut satu masa dahulu.



PERKASA ? Mana hebatnya NGO ini yang bukan main gila memainkan sentimen Islam itu melayu, dan melayu itu Islam ? Apakah senario yang berlaku di Pavilion Malaysia berkaitan soal agama untuk Malaysia ini tidak penting ? Jangan terlalu berpilih-pilih memilih isu. Jangan juga sekadar kuat berkokok di reban sendiri !

Untuk lebih memahami isu dan usul yang dibaakan oleh blog ini, bacalah dengan lidah yang fosih dan terang apa yang dicatatkan oleh Dr. Maza ketika kembaranya di Shanghai lewat bulan lalu.

 " Makan ubi makan laksa, dalam hati ada dosa, Ingat wahai rakyat jelata..PRU 13 kita undi PASTI-kan undi itu bukan untuk BN/UMNO lagi.." Ganyang UMNO, Ganyang BN, PRU 13 kita MARA bersama undi RAKYAT ke PUTRAJAYA. Takbir Allahu Akbar !!

Catatan Kembara Dr. MAZA

Rencana ini ditulis ketika saya berada di Shanghai dan menuju ke Xian dan Beijing. Pada 21hb September 2010 lalu, saya menyertai satu rombongan VVIP melawat Shanghai World Expo 2010. Satu expo yang teramat besar bermula dari Mei sehingga Oktober 2010. Hampir 200 negara menyertainya. Kos keseluruhan expo ini mungkin puluhan billion ringgit.

Setiap negara membina astaka atau pavilion mereka sendiri untuk memperkenalkan negara mereka kepada dunia. Setiap negara membelanjakan puluhan, bahkan ratusan juta untuk itu. Saya difahamkan, Malaysia sendiri membelanjakan tidak kurang dari RM 20 juta untuk membina Malaysia Pavilion di expo tersebut.

Di sebabkan terlalu luas kawasan expo ini, jika anda melawatnya, dalam sehari anda mungkin hanya dapat melawat sekitar belasan astaka sahaja. Terlalu luas dan terlalu ramai pengunjungnya. Target 70 juta pelawat ke expo tersebut mungkin tercapai dengan mudahnya. Bayangkan 70 juta pengunjung, melebihi dua kali penduduk Malaysia.

Tinjauan
Terlebih dahulu, walaupun saya datang menyertai rombongan VVIP, tulisan saya ini hanya mewakili pemerhatian saya secara peribadi. Secara umumnya, saya rasa rakyat Malaysia tahu bahawa pandangan-pandangan sebelum –insya Allah- bebas dari unsur perkauman dan fanatik. Saya berusaha bersikap adil, itulah titah agama yang luhur. Maka saya harap rencana ini dibaca dengan semangat kenegaraan dan hakikat sebuah negara bernama Malaysia.

Pertamanya, saya mengucapkan jutaan terima kasih yang teramat sangat kepada pihak Kementerian Pelancongan Malaysia yang menyambut kedatangan rombongan kami dengan penuh layanan mesra. Budi baik amat dikenang. Saya juga rasa patut berterima kasih atas usaha kementerian berkenaan memperkenalkan Malaysia di expo berprestij tersebut.

Atas usaha pihak kosulat Malaysia di Shanghai dan Kementerian Pelancongan, kami mendapat layanan istimewa di setiap pavilion negara-negara yang kami lawati. Alhamdulillah, dan terima kasih!

Islam. 
Namun, atas hak sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sedikit ingin memberikan pandangan peribadi di sini. Ada beberapa gambaran yang saya rasa kurang kemas dalam expo tersebut. Saya tidak pasti ia berlaku secara sengaja, atau tidak sengaja. Bagi saya, sebagai rakyat Malaysia kita wajar mengakui beberapa hakikat negara kita. Antaranya, kita berbilang agama dan bangsa. Islam adalah agama rasmi dan mempunyai penganut yang paling besar. Agama-agama lain juga wujud secara aman. Orang melayu adalah majoriti terbesar. Kaum-kaum lain juga hidup secara aman. Kita semua sepatutnya berusaha ke arah kedamaian dan keharmonian. Jika kita ingin menceritakan negara kita ini kepada dunia, inilah hakikatnya. Ia bukan soal perkauman atau fanatik agama, tetapi itulah realiti negara kita. Tiada cacatnya menceritakan realiti itu kepada dunia.

Namun saya rasa, jika saya tidak tahu tentang Malaysia, saya datang ke Malaysia Pavilion di Shanghai World Expo 2010, saya mungkin akan mengagak bahawa agama Kristian adalah agama majoriti rakyat Malaysia. Tempat-tempat ibadat yang di paparkan hanyalah dua buah gereja. Itu pun bangunan binaan tinggalan penjajah Portugis, bukan binaan rakyat Malaysia. Ini seperti gambar yang saya sertakan. Entah berapa banyak masjid dan seni binanya yang cantik, namun tidak ditonjolkan. Lojiknya, tonjollah secara seimbang dengan menggambarkan kepelbagaian agama. Sudah pasti Islam sebagai agama rasmi, tidak boleh dinafikan kedudukannya, kerana itulah realiti kita.

Hanya inilah dua pusat ibadat yang tertonjol di Malaysia Pavilion di Shanghai. Penulis berdiri di hadapan dua gambar tersebut yang terpapar ketika memasuki ke Malaysia Pavilion. Mungkin ada pihak berfikir, menggambarkan Islam sebagai agama yang terbesar di Malaysia kurang menarik bagi masyarakat antarabangsa. Jika itulah fikiran mereka, bererti kita cuba menafikan realiti nagara kita, dan amat tidak adil untuk penganut Islam di Malaysia.

Negara-negara Islam lain tidak menafikan pun hakikat mereka. Bahkan di China sendiri, ada province (wilayah) yang majoriti penganutnya beragama Islam, iaitu Wilayah Ningxia. Dalam expo Shanghai ini, China Pavilion menonjolkan wilayah tersebut dan kehidupan penduduknya. Agama dan budaya mereka. (selanjutnya baca di SINI)

[**] : Apakah benar ? Pavillion Malaysia berharga RM20 juta mahu dijual dengan harga RM1 juta Yuan ? Bazir lagi..! Duit rakyat dicampak ke longkang oleh pukang-pukang senang hati saja...! 




:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |