PRK TENANG : PANAS BERAPI - Wass Up..Wass Up ! Santa Claus sudah tiba !
Minum teh di Pekan Labis pagi ini bersama Tok Ai begitu menyenangkan. Wajahnya sebelum ini ketat dan cuak mula tersisip ke tepi. Malah hirupan tehnya lebih tenang andai dibandingkan dengan kisah juak-juak UMNO yang sudah terbarai kepada beberapa puak di Labis. Tidak lagi tergagap-gagap memegang picu cawan. Hari ini hari ke-3 kempen beliau.
Apabila ditanya peluang beliau dengan Cikgu Mala, beliau berkata, " barang yang baik tidak perlukan kata-kata yang indah..," sambil tersenyum-senyum sendiri dan jelas juga dilihat kepalanya jua bergoyang-goyang, tidak ubah seperti kutu rock yang sedang stim melayan lagu 'Isabela' 20 tahun dulu.
Jika kutu rock nampak la cantiknya dengan kurus melidi, berambut panjang sambil tangan terbuai-buai layan lagu, tapi Tok Ai pagi ini hodoh sungguh ku lihat. Dengan perot yang boroi sampai ke dada, kerusi plastik yang mengalas punggong sudah berbelas kali ber'kriokkk-kriokkkk' menahan beban tubuh Tok Ai yang lebih 90kg itu, betul-betul bikin hati jadi cuak, bila tiba-tiba saja calon 'last minute' ini berubah watak. Disampuk Nyiang Rapik mana pulak pagi-pagi ni ? Bisikku. Atau hatinya jadi girang dan puas kerana di'ratah' berahi oleh Nyiang "Tuty" malam tadi ?
Hahahahaha...! Tiba-tiba Tok Ai ketawa. Dari goyang kepala dah ketawa terbahak-bahak pulak. " Hoi..lu..apa pasal ni..? aku cuba bertanya dengan bahasa yang sopan. " Wass Up..Wass uP..Wass Up bro..! Lu tengok ini sambil menunjukkan skrin henfon Blackberrynya dan disitu tertera..,
+601236X XXXX
Tokai, ini aku. nak bagi tahu, aku dalam perjalanan ke Tenang sekarang. 4 kontena bro..4 kontena ! Bukan kontena kecik der..40 kaki bro ! Wass Up..Wass Up. 1 Kontena ada 760 kotak bro..lu kira laa..berap ribu tin milo, berap ribu pek gula, beras , susu, bawang cabai sekali aku bawak.
Ptuihhh...! Patut ler dia jadi macam ni..! Santa Claus sudah mari rupanya. Warga Tenang..tunggu Santa Claus datang untuk 'sedekah' setiap rumah barangan keperluan dapur. Depa bagi ambik, pangkah tetap PAS.
Berita selanjutnya akan menyusul..
(*) Diterbitkan oleh Agensi Berita ABC: Agensi Berita Choilek Gigi Cap
January 24, 2011 at 8:56 AM
ke ke ke...wak dah lama dah hang tak lepas geram ya wak...ke ke ke ke...dah lama dah cek tak gelak sampai jatuh kerusi ni...