PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

"dunia ini adalah bala, setan, iblis, yahudi dan nasara.." Bob Lokman

" Kini aku menjadi ahli PAS.." Bob Lokman. Dihadapan lebih 30 ribu anak muda.

Setelah aku melalui takabbur demi takabbur, ujub demi ujub, sum'ah demi sum'ah begitu juga kesenangan demi kesenangan, ketakutan demi ketakutan dan setelah 2 kali menghampiri sempadan kematian, akhirnya aku sedar segala yg aku lalui itu sepatutnya ia berlaku dengan penuh kesedaran bahawasa itu semua DEMI ALLAH.

Maka aku kembali mencari jalan yang benar bermula dengan TAUBAT NASUHA kepada setiap perlakuan yang SYIRIK kepada ALLAH. Betapa terlalu lama aku bertuhankan dunia demi menyelamatkan kehidupan dunia dari soal kelaparan hinggalah kepada kemewahan yang melupakan aku kepada tujuan ALLAH menjadikan manusia dan jin di muka bumi ini.

Mengapa aku terpengaruh untuk mengejar dunia yang memang telah diberitahu oleh Almarhum Ayah semasa aku kecil, bahawa dunia ini adalah bala, setan, iblis, yahudi dan nasara, adalah kerana dunia ini telah dibentuk acuannya oleh mereka yang bernafsu besar untuk menjadi hebat pada mata dunia. 

Bermulanya Malaysia ini dengan nafsu Tunku Abdul Rahman untuk membuktikan bahawa dia boleh melakukan lebih baik dari orang inggeris hinggalah sampai kezaman Mahathir yang bernafsu besar untuk menyatakan kepada bangsa lain di dunia bahawa orang melayu lebih hebat dari mereka. 

Maka aku pun terperangkap didalam kehendak nafsu besar pemimpin yang berbuat sesuatu kerana sesuatu yang aku kurang faham tetapi yang pastinya bukan KERANA ALLAH. 

Disambung pula oleh pemimpin selepasnya dengan niat "kerana mu Malaysia", "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" maka kita telah menyimpang jauh dari kehendak ALLAH menjadikan kita sebagai hambanya yang sepatutnya berbuat sesuatu "KERANA MU ALLAH" & 'ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN". Skrol dan baca seterusnya dibawah..


Assalamualaikum.


ALHAMDULILLAH. Aku amat bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan aku peluang untuk kembali ke ruangan ini setelah 2 tahun aku tercari-cari jawapan untuk sebuah kebenaran. Hampir sekali aku membenarkan kebatilan menjadi sebuah haq dalam aliran pemikiran. Hanya ALLAH yang berkuasa memberikan petunjuk diatas jalannya yang lurus.


Setelah aku melalui takabbur demi takabbur, ujub demi ujub, sum'ah demi sum'ah begitu juga kesenangan demi kesenangan, ketakutan demi ketakutan dan setelah 2 kali menghampiri sempadan kematian, akhirnya aku sedar segala yg aku lalui itu sepatutnya ia berlaku dengan penuh kesedaran bahawasa itu semua DEMI ALLAH.


Maka aku kembali mencari jalan yang benar bermula dengan TAUBAT NASUHA kepada setiap perlakuan yang SYIRIK kepada ALLAH. Betapa terlalu lama aku bertuhankan dunia demi menyelamatkan kehidupan dunia dari soal kelaparan hinggalah kepada kemewahan yang melupakan aku kepada tujuan ALLAH menjadikan manusia dan jin di muka bumi ini.


Mengapa aku terpengaruh untuk mengejar dunia yang memang telah diberitahu oleh Almarhum Ayah semasa aku kecil, bahawa dunia ini adalah bala, setan, iblis, yahudi dan nasara, adalah kerana dunia ini telah dibentuk acuannya oleh mereka yang bernafsu besar untuk menjadi hebat pada mata dunia. Bermulanya Malaysia ini dengan nafsu Tunku Abdul Rahman untuk membuktikan bahawa dia boleh melakukan lebih baik dari orang inggeris hinggalah sampai kezaman Mahathir yang bernafsu besar untuk menyatakan kepada bangsa lain di dunia bahawa orang melayu lebih hebat dari mereka. Maka aku pun terperangkap didalam kehendak nafsu besar pemimpin yang berbuat sesuatu kerana sesuatu yang aku kurang faham tetapi yang pastinya bukan KERANA ALLAH. Disambung pula oleh pemimpin selepasnya dengan niat "kerana mu Malaysia", "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" maka kita telah menyimpang jauh dari kehendak ALLAH menjadikan kita sebagai hambanya yang sepatutnya berbuat sesuatu "KERANA MU ALLAH" & 'ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN".


Kalau dahulu aku bersama-sama membenarkan kemungkaran dan aku berstatuskan munafiq, hari ini ALLAH telah memberikan aku hidayah dan menguasakan aku untuk beriktikad dengan AKIDAH "LA ILA HA ILLALLAH, MUHAMMADURASULULALLAH". Bersama dengan Ahlussunnahwaljamaah aku akan meneruskan sisa perjalanan mencari dan menyampaikan kebenaran kerana aku insaf ramai manusia tidak mahu menjadi jahat, tetapi kerana mahalnya harga nafsu yang perlu dibayar untuk dipuaskan, maka mereka terpaksa memilih jalan yang telah disediakan oleh yahudi dan nasara. Langkah demi langkah aku akan meninggalkan yang haram dan syubhat hingga aku dipertemukan dengan jalan yang benar sebagaimana permohonan aku ketika aku membacakan "IH DINAS SIRA TAL MUSTAQIM" didalam surah ALFATIHAH. Semoga langkah awal ini akan dipermudahkan oleh ALLAH untuk aku mencari teman yang sealiran dan mengajak seramai mungkin umat manusia kembali kepada ALLAH.


Kepada Ibu Bapa, Guru-Guru dan para sahabat, doakan semoga aku sentiasa beristiqamah diatas jalan yang benar dan sentiasa bermujahadah DEMI ALLAH. kepada Umat Malaysia, marilah kita sama-sama mencari perubahan kearah kebenaran dengan menyatakan "TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH" dengan menegah perkara yang boleh menjadikan kita SYIRIK kepada ALLAH.

Sekian dulu sebagai introduction untuk blog ini, hingga bertemu lagi dalam tulisan selepas ini, Assalamualaikum, Takbir- ALLAHUAKBAR.

9 comments:

  1. Anonymous said...

    BODOHNYA BOB LOKMAN NIE... ISLAM ADALAH AGAMA MU..PAS ADALAH PARTI POLITIK... DLM KUBUR MAILAIKAT TAK TANYA ... KAMU PARTI MANA.. DIA TANYA APA AGAMA MU...

  2. TanGisanBerDarahIblis said...

    bdak atas ni lg bodoh...ko tau x islam tu ad-din..ad-din tu cara hdop...so politik dan agama xblh pisahkan...susah klau org xde otak nie...

  3. garagaikareng said...

    Salam anon 4:08, jgnlah begitu mudah kau kata bodoh pada org, tak kira siapa pun, d takuti perkataan itu balik pada mu, utk pengetahuan mu, PAS itu adalah wadah perjuangan, sepertimana UMNO,MCA,DAP,MIC,PKR dll, kamu perlu baca sejarah tertubuhnya PAS, ia adalah serpihan UMNO, apabila UMNO tidak mahu mengikut hukum islam 50 thn lampau, maka para agamawan, telah keluar UMNO dan menubuhkan parti lain sebagai wadah perjuangan, utk membetulkan UMNO yg ditaja oleh british utk mentadbir malaya/malaysia mengikut acuan mereka. malangnya UMNO telah mengkhianati agama, dan hari ini telah terhasillah anak muda yg jauh dari agama, mereka tidak minat dgn pelajaran agama, kalau adapun yg minat tak berapa org, sebaliknya PASlah yg banyak menyampai kuliah agama, dan ahli PAS berduyun-duyun memenuhi ruangan masjid,surau dll. Akhir sekali siapa yg bodoh? macammana nak jawab soalan malaikat tu kalau tak mau belajar agama, nak harap UMNO buat kuliah, alamat tinggal tiang masjid la jawabnya.

  4. benGkanG said...

    dalam kubur memang malaikat tak tanya apa parti mu...tapi akan ditanya siapa imam mu? pasti kita akan jawab Nabi MUHAMMAD SAW..adakah dasar politik UMNO tu dah ikut telunjuk yang dipandu oleh RASULLULLAH?

  5. Anonymous said...

    "BODOHNYA BOB LOKMAN NIE... ISLAM ADALAH AGAMA MU..PAS ADALAH PARTI POLITIK... DLM KUBUR MAILAIKAT TAK TANYA ... KAMU PARTI MANA.. DIA TANYA APA AGAMA MU..."

    Ni satu contoh orang bebal...kalau hari-hari dok makan rasuah, seleweng sana-sini, rogol amah, tipu rakyat, berugama kepala hotak apa macam tu?

  6. Anonymous said...

    " orang yang bertaubat dari dosa-dosanya ( taubat nasuha ) adalah seperti mereka yang tiada dosa ( suci bersih seperti anak yang baru lahir )"maksud dari hadis nabi SAW.

    bob lokman dah bertaubat,moga Allah tunjukkan dia jalan,kita bila lagi.Kitab mendahului dia.Biarpun hidup pernah melaghakan oarang lain,tapi mati dalam dicintai Allah ( moga bob istiqamah )..SubhaNallah..

    pandanglah dengan pandangan agama dan taqwa wahai si pemilik kata-kata ini :
    Anonymous said...
    BODOHNYA BOB LOKMAN NIE... ISLAM ADALAH AGAMA MU..PAS ADALAH PARTI POLITIK... DLM KUBUR MAILAIKAT TAK TANYA ... KAMU PARTI MANA.. DIA TANYA APA AGAMA MU...

  7. Anonymous said...

    " orang yang bertaubat dari dosa-dosanya ( taubat nasuha ) adalah seperti mereka yang tiada dosa ( suci bersih seperti anak yang baru lahir )"maksud dari hadis nabi SAW.

    bob lokman dah bertaubat,moga Allah tunjukkan dia jalan,kita bila lagi.Kitab mendahului dia.Biarpun hidup pernah melaghakan oarang lain,tapi mati dalam dicintai Allah ( moga bob istiqamah )..SubhaNallah..

    pandanglah dengan pandangan agama dan taqwa wahai si pemilik kata-kata ini :
    Anonymous said...
    BODOHNYA BOB LOKMAN NIE... ISLAM ADALAH AGAMA MU..PAS ADALAH PARTI POLITIK... DLM KUBUR MAILAIKAT TAK TANYA ... KAMU PARTI MANA.. DIA TANYA APA AGAMA MU...

  8. mus_KAMI said...

    SUBHANALLAH,,ALLAHHUAKBAR.. :')..mudah2n saya juga beade dsamping Nabi junjungan yg di muliakn sama spti Bob Lokman..Alhamdulillah Ya Allah..jadikn aq spt mereke yg hidup berlandaskn Agam-Mu ya Allah..PASS! Allahuakbar!!!

  9. muhammad said...

    waaa....aku ske sangat.dunia ini mentakdirkan iman dan agama aku padamu wahai bob yang tak berapa hensem...sungguhpun wajah mu tidak ku tatap namun hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku...youre are real...bealive for heaven.save your prayers for the beuties bidadari at heaven bro...youl dont waana miss

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |