PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Saman sembrono, sokongan albanjari untuk blogger sharpshooter !


Apa yang berlaku keatas blogger sharpshooter juga boleh berlaku kepada semua blogger khususnya blogger-blogger Pakatan Rakyat. Lebih-lebih lagi dalam panas hati kerajaan yang sedang cuba menguatkuasakan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 yang mencakupi dunia internet di Parlimen sedikit masa lagi.

Kerajaan semakin terdesak. Menteri yang bertanggungjawab makin lelah dan semakin kaput. Sebut saja saman itu 'saman sembrono'. Yang kentut.., aku. Tetapi yg kena sepak bontot, pasal apa pulak bontot bini aku ? Mungkin pasal bini aku ini namanya si rubingah mungkin..! Seakan-akan ada kebetulan nama yang sama ituu..barangkali !!

Saranan blogger EDYES wajar diambil peduli. Aku menyokong kukuh hasrat yg cuba dibawanya. Blogger PR harus bersatu hati dan teguh berdiri menentang kezaliman, hatta jika mampu diterjemahkan protes itu ke jalanraya, ayuhhh...kita turun bersama memijak jalanraya bersama-sama.


Salam Maulidur Rasul, Blogger, apalah nasib blogger sharpshooter selepas ini? 

Siapa di antara kita yang mengaku sebagai blogger harus waspada, harus lebih bersedia kerana perlawanan antara menteri dan blogger, inilah presiden kesnya. Kemenangan menteri bakal mengheret mana-mana blogger samada yang menulis mahupun blogger yang cukup rajin menggunakan kaedah 'copy n paste'.

Mengapa agaknya orang yang menulis artikel itu tidak didakwa tetapi orang yang menyalin tampal bakal dihadap ke mahkamah? Kerana walaupun yang menulis itu salah, tetapi yang menyiarkan sesuatu artikel itu akan cuba diterjemahkan sebagai lebih bersalah supaya kerja 'meraka' akan datang jadi jauh lebih mudah.

Saya sekarang berada di rumah Din Binjai pengendali blog sharpshooter, seorang blogger yang bakal di saman. Amizudin Ahmat mempamerkan surat lawyer Shaffee & co, yang diterima lewat minggu lepas menunjukkan fail injuksi dan saman sivil ke atas Din Binjai dari Rais Yatim. 

Beringatlah semua, kalau Din Binjai yang salin dan tampal kenyataan dari harakah tanpa ulasan yang tak sebut nama Rais pun, bakal disaman malu juta-juta. Maka ia bakal menjadi presiden kes yang boleh sentiasa di rujuk dalam mana-mana saman ke atas blogger yang berhaluan Pakatan Rakyat. 

Justeru itu, adakah ribuan blogger pro Pakatan Rakyat hanya akan membiarkan kes ini berjalan seperti angin lalu? Membiarkan blogger sharpshooter terkapai-kapai? Atau sedia untuk bergabung bagi satu perlawanan di antara menteri dan blogger yang akan menentukan nasib semua blogger?

Pilihlah samada untuk bersama berjuang atau mengambil sikap tidak peduli dengan memikirkan nasib masing-masing. Inilah peluang untuk blogger bersatu!! Inilah peluang untuk menghalang sebarang gerakan dari pihak kerajaan untuk mengheret blogger ke dalam kancah akta komunikasi!! 

Bukan tujuan saya menakut-nakutkan rakan blogger lain, tapi inilah hakikat dan satu subjek penting untuk sama-sama kita perjuangkan. Sedarlah bahawa kes saman blogger sharpshooter adalah subjek yang perlu kita lawan dan pertahankan demi nasib semua blogger seangkatan.
Saya menyeru setiap blog memaonkan peranan untuk menyedarkan semua blogger, betapa kita sebenarnya dalam perhitungan hidup mati suatu media yang amat ditagih bagi menyampaikan berita dan kebenaran!!

Pilihan di tangan kita, ayuh blogger bangkit!! Bangkit!! Bangkit dari lamunan!! Bangkit melawan!! 


EDYES @ edyesdotcom | Sebarkan artikel ini !

Jika patut dikumpulkan ribuan blogger, kita kumpulkan bersama. Tapi harus juga ingat, tidak ramai blogger PR ini yg berani merempuh ancaman. Tidak ramai blogger yg berdiri diatas paksi PR berani menonjol muka menghunus genggam penumbuk kepada suara zalim dan celaka. Tidak ramai bro !

Ayuh kita terjemahkan sokongan ini buat sahabat kita, blogger sharpshooter. Bangunkan fesbuk sokongan segera. Kita tulis dan tandakan sokongan kita untuk dia dan para pejuang siber di alam maya ini. Baca artikel terkini Harakah cetak berkaitan apa yang disebut oleh YB Blogger berkaitan media baru.- albanjari


2 comments:

  1. Panglima7 said...

    Alhamdulllah tuan. Sudah dilinkkan rupanya. Ribuan Terima kasih tuan. Panglima Menyokong pandangan untuk kita semua blogger bersama-sama bersatu padu membantu Din Binjai dari penguasa dan menteri yang zalim ini.

  2. Briged Akhdor LR2 said...

    sy brsm wak dlm mempertahankan blogger2 pakatan rakyat dari dikenakan tindakan ..

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |