albanjari - Aku menitiskan airmata melihat sumbangan sebesar ini !
Alhamdulillah, pagi ini Dana Tabung Bloggers misi ke Sarawak telah menerima sumbangan infaq fi sabilillah terbesar sebanyak RM1,000 daripada seorang hamba Allah. Maha Besar Allah yang mempermudahkan segala urusan ini. Pada pagi ini juga jumlah dana meningkat sebanyak RM6,109.60 sen. Alhamdulillah.
Diharapkan lewat petang hari ini, jumlah sasaran yang diharapkan oleh kami, berjaya dikumpul. Pihak kami masih memerlukan RM1,390 daripada sumbangan pembaca dan penyokong Pakatan Rakyat. Kepada yang mahu menyumbang dan kerana Allah atas misi besar ini, bank in sumbangan anda ke akaun dibawah :
MAYBANK :: 158417021317
CIMB BANK :: 02060040624528
Team bloggers pertama akan mula bergerak dari tempat masing-masing mulai jam 4 petang dan berkumpul di KL lewat jam 9 malam ini. Penginapan sementara ditaja oleh ustaz MRK albanjari yang sudi mengosongkan ruang tamunya buat kami bermalam sementara menanti subuh untuk berlepas ke Sarawak awal pagi esok. Insyaallah.
PRESTASI SUMBANGAN TABUNG DANA :
Sasaran Tabung ke Sarawak : RM7,500.00
5 April 2011 : Group 1 diterbangkan ke Sarawak
4 April 2011 (6 pm) :
4 April 2011 (6 am) : RM6,109.60 (- RM1,390.40*)
3 April 2011 (6 pm) : RM5,109.60 (- RM2,390.40)
3 April 2011 (6 am) : RM4,529.10 (- RM2,970.90)
2 April 2011 : RM4,299.10 (- RM3,200.90)
(*) - Jumlah yang masih diperlukan (-RM)
Senarai bloggers PAS/Pakatan Rakyat peringkat (1) ke Sarawak pada pagi 5 April ini :
1. albanjari (albanjari online)
2. Mat Saman Kati ( Ureka.asia)
3. Ciberboron (HBG)
4. Ban Jir (Kijang59)
5. Poy Lee Teck (Jurufoto)
5 blogger diatas, morning flight KUL-KCH (Penerbangan FireFly) manakala 2 blogger lagi akan menaiki penerbangan AirAsia dari Penang ke Kuching.
" Aku hampir menitiskan airmata, apabila melihat sambutan dan sokongan kpd Tabung Dana Bloggers ke Sarawak bukan saja hadir dlm bentuk tunai wang ringgit, malah kopi, kurma, kerepek ubi, milo, biskut mayat, apa sajaa..hebatnya kesanggupan jemaah yg mahu melihat kemenangan islam dibumi Sarawak melalui PAS bersama misi besar bloggers ini, kesanggupan untuk infakkan apa saja kerana Allah..sangat2 menyentuh hati ! ALLAHU AKBAR!! - wak albanjari
April 4, 2011 at 11:16 PM
Wak,
Ini bukan perkara baru dlm PAS atau mana parti yg.bertanding selain dari Kapal Layar,atau Daching.
Zaman dulu Orang tua tua ,berjalan kaki,berkayuh basikal,(Maklum tahun tahun50-60hn)motor x ramai yg.dapat pakai,apa lagi kereta hanya tauke tauke cina/ lombong aje yg.memilikinya)datang bawa Nangka muda,Sayur,Ayam,Pulut,Gula dan ada lah gek Guru Guru Sekolah Kerajaan seludup Susu.,.bagi kat pondok/markas PAS.
Ini kelebihan nya bagi mereka yg.berjuang atas kebenaran dan keikhlasan.,BUKAN kerana harta benda,Pangkat,mau pun semata mata dgn ganjaran dunia.
Ini gua baca dari Rekod (Nota) atok gua ketika pilihanraya di Krian Perak.
Alfatihah buat Allahyarham Ustaz Samad.