PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Bloggers@Sarawak : N.15 - PAS menang tanpa bertanding ?

Oleh : albanjari
N.15 Muara Tuang ? Caturan terkini, calon BN bakal menjadi 'lebai malang'. PAS kemungkinan besar menang tanpa bertanding? Keresahan lebih 3 ribu penyokong BN di pusat penamaan calon di sini semakin cemas. Bakal calon mereka yang mahu bertanding, kisahnya mempunyai masalah kerana tidak menyerahkan dokumen perbelanjaannya penyata kewangannya pada pilihanraya yang ditandinginya lewat tahun 2006 yg lalu.

Isunya samada calon lebai malang itu tidak bawa dokumen tersebut ke pusat penamaan calon hari ini, atau dia memang tak buat langsung dokumen itu dan menyerahkannya ke pihak berkuasa tempatan. berita lanjut  akan menyusul..



Oleh MSK : 
Cuaca mulai panas hari ini. Bahang pilihanraya mulai terasa apabila bendera-bendera mulai kelihatan dijalanraya.Sementara team member yang lain membuat liputan hari Penamaan Calon, aku lebih suka meninjau persekitaran setempat. Penamaan Calon PRN Sarawak memberikan petunjuk tentang trend pilihanraya umum nanti. Sudah kelihatan beberapa perkara menarik berlaku.

Hampir 900 borang pencalonan telah dikeluarkan oleh SPR untuk mengisi 71 DUN di Sarawak. Purata 12 borang untuk satu DUN. Mengapa begitu banyak?

Memang kebiasaannya parti politik menyediakan lebih dari satu calon untuk memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku disaat akhir, tetapi dengan jumlah borang pencalonan yang terlalu banyak ini juga menunjukkan akan terdapat ramai calon-calon yang akan bertanding sebagai Calon Bebas.

Dominique Ng dan Soo Lina sudah pun mengesahkan akan bertanding di Padungan dan Batu Lintang. Soo Lina mungkin tidak akan memberikan impak yang tinggi kepada PKR di Batu Lintang, tetapi Padungan yang akan ditandingi oleh Dominique mungkin akan memberikan kesan yang cukup kuat kepada DAP.

Di Balingian, Taib Mahmud akan ditentang oleh sepupunya, Salleh Jaffarudin, calon Bebas yang disokong oleh NGO Movement for Sarawak Change,dan Suriati Abdullah. Pertandingan sebenar adalah diantara Taib dan Salleh.

Di Ba’ Kelalan, Baru Bian dari PKR ditentang oleh Willie Lau. Peluang PKR cukup cerah disini.
Tasik Biru juga menyaksikan perlawanan tiga penjuru antara Frankie Jurem Nyumboi dari SNAP,Datuk John Tenewi Nuek dari PKR dan Datuk Peter Nansian Ngusie dari BN.

Beting Maro memberikan peluang kepada Pas untuk mendapatkan kerusi pertama di Sarawak tetapi terpaksa berdepan dengan adik Taib Mahmud, Ali Mahmud. Walaubagaimanapun kehadiran calon Bebas mungkin akan mengurangkan peluang Pas disini.

Sementara itu, peranan SPR perlu diperhatikan. Setakat ini lebih 50,000 pengundi telah dikesan berpindah tempat mengundi. Lebih meyulitkan, empat DUN yang panas, Pelagus, Katibas, Baleh dan Asa Jaya tidak mempunyai daftar pemilih terkini. (Setakat semalam). - MalaysiaTimes

3 comments:

  1. q-har said...

    Kalau naran kisahnya...bujur lah...Allah dah mula menutup pintu hati dipa...bukan hanyar handak belajar menjadi calon... buleh kelumpanan ... Takbir!!!!

  2. Anonymous said...

    tanda 2 awal berkuburnya ...

  3. pepe81 said...

    insyaallah,.,.,PR tawan malaysia timur,.,aminnnnn

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |