Bloggers@Sarawak : PANAS BERAPI - Najib dimalukan di Padungan !
Oleh : albanjari
Hebat dan sangat berterus terang. Hebat kerana bahang perubahan menolak BN semakin terlihat. Wajah Najib tersimpul masam. Juraian ketawanya hilang seketika.
Dan itulah hukuman paling sempurna diberikan untuk BN dan kepada seorang perdana menteri. Kurang ajarkah? Oh..tidak ! Rakyat wajar bertanya begitu kepada beliau. Dan itulah ajaran BN kepada rakyat disetiap pilihanraya. Untuk najib, sekarang apa yang kamu rasa? Tentu tidak seenak ais krim 'Mongolia', opps..Magnolia..sorry salah type itu !
Lihat saja apa yang berlaku di Padungan. Tanya rakyat,
"Mengapa hanya beri ini (bendera 1Malaysia) kepada kami? Kami mahu wang. Ini masa pilihan raya, awak selalu bagi wang masa pilihan raya,"
Apa boleh aku ketawa sekarang? melihat kamu begitu jadi tersipu-sipu menahan malu, bila bajingan kecil menyapa 'keras' priyayi besar negara? Aku juga berhak untuk ketawa. Kerna itu yg terbaik untuk kamu, hingga kamu terus saja segera dibawa beredar oleh hubaya-hubaya jombrotmu yang ramai. Kasihan Najib, nasihatku..., jangan terlalu berdrama dan hipokrit sama orang Padungan yaa..!
(*) Buat SB dan Rais Sudup, sumber itu bukan ciptaan sendiri, aku ambilnya dari SINI. Tolong jangan bikin macam-macam sama bajingan kecil seperti aku di Padungan ini.
Beberapa pekerja parti dari PAS/Pakatan Rakyat bersama rakan-rakan BN di Muara Tuang. Wajah kelat rakan penyokong BN jelas dilihat kecewa kerana RM yang diharapkan, kipas yang dapat. Lalu terbit kata-kata ini, " bah..kamik mahu bikin apa sama ini kipas..?
0 comments:
Post a Comment