PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Bloggers@Sarawak : N.15 - Politik kek Lapis dan Sarawak !

Sewa kereta boleh tahan mahal. RM300 sewa sehari Proton Saga BLM yang ada masalah "Power Window" (mileage tak sampai 50,000 km) adalah harga "biasa" dalam mana-mana "Musim Perayaan Pilihanraya".

Malam semalam gua cuma lepak-lepak dekat Kuching Waterfront sambil sembang-sembang dengan orang tempatan yang ada dekat sana... macam-macam hal... cerita Kek Lapis Sarawak paling menarik.

Nak buat Kek Lapis Sarawak perlukan kesabaran yang tinggi. bancuhan mau bagus, rasa kena sedap, tukang bakar kena kreatif dan paling penting nak kena tau, masa yang kita perlukan untuk masak Kek Lapis Sarawak ialah sekurang-kurangnya 4 jam. patutla harganya mahal.

Kek Lapis Sarawak dengan Politik Sarawak ada persamaan. 2-2 unik. macam mana susahnya nak buat Kek Lapis Sarawak, macam tu jugaklah susahnya nak paham Politik rakyat Sarawak. hanya anak Sarawak sahaja yang paham Politik rakyat Sarawak yang unik.

Ramai orang tempatan yang gua jumpa cukup-cukup menyampah dekat Pehin. semua survey yang gua jumpa sangat-sangat tahu akan kekayaan anak beranak Rambut Putih. harta anak beranak di sebut 1 persatu. setakat ni tak de lagi yang tak tahu kekayaan yang dikumpul oleh si rambut Putih.

Benci Taib Mahmud, Sayang BN, Sokong Pakatan Rakyat. itu yang gua dapat dalam survey gua semalam. jumlah survey gua dari petang semalam sampai tengah malam berjumlah hampir 100 orang. peringkat umur sama rata dari warga tua hingga para pemuda harapan bangsa.

Malangnya yang dah daftar sebagai pengundi tak sampai 50 orang. ramai anak muda dari bandar dah daftar sebagai pengundi tapi tak dapat mengundi sebab gerak kerja SPR yang sangat efektif. pendaftaran setahun lepas sampai hari ni tak setel-setel. nak kena gerakkan BERSIH 2.0 cepat-cepat kalau nak berubah.

Agak mengejutkan bila aku dapat tahu (dari survey rambang) bahawa sokongan kepada PAS di Muara Tuang agak membanggakan. itu yang aku dapat dari mulut penduduk Muara Tuang sendiri. rupanya kebanyakan penduduk Muara Tuang bekerja di Bandar Kuching dalam pelbagai sektor. sektor buruh paling ramai.

Masalah paling utama yang diutarakan ialah masalah Tanah Adat. agaknya kesungguhan Pakatan Rakyat dalam menangani kes-kes Tanah Adat di Sarawak berjaya menarik sokongan rakyat tempatan yang kebanyakannya mempunyai masalah ini.

Dalam sembang gua dengan sorang warga emas dari Muara Tuang, gua dapat tahu, geran Hakmilik Tanah lebih mudah didapati dan diluluskan ketika zaman penjajahan Inggeris di Sarawak dulu. paling lama 5 bulan dan paling cepat 3 bulan penjajah Inggeris akan keluarkan gerak Hakmilik Tanah pada pemohon yang layak.

Bila Inggeris kena halau, paling cepat nak dapat Geran Tanah ialah sebulan bagi Kroni Ketua Menteri & bagi yang bukan kroni pula kelulusan akan diberikan tak tau bila. nampaknya KERAjaan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" sangat mesra rakyat dan sangat-sangat prihatin pada rakyat 1Malaysia.

Walau bagaimanapun, ramai yang tak serik untuk mengundi BN.

Rata-rata penduduk faham banyak perkara dan penyelewengan yang dilakukan oleh BN tapi mereka macam tak diberi pilihan untuk buat perubahan.

Sejak dari dulu dah ditanam dalam kepala bahawa Pilihanraya adalah medan untuk menunjukkan sokongan kepada "Kerajaan" padahal Pilihanraya ialah medan untuk kita memilih parti mana yang akan menerajui Kerajaan.

Mengundi selain dari BN sama macam mengkhianati Kerajaan.

Kalau di Semenanjung Malaysia, pengundi akan mengundi parti selain dari BN jika tak puas hati pada BN dan ahli parti komponen BN pun biasa mengundi parti lawan sebagai tanda protes kalau tak puas hati dengan BN. dekat Sarawak pulak berbeza keadaannya.

Bila penduduk tak puas hati dengan BN, mereka tidak akan keluar mengundi. walaupun tak keluar mengundi, mereka tetap menyokong parti lawan BN... macam mana caranya gua tak paham. mungkin sokong dalam hati.

Memang pening bila kita tau politik Sarawak. orang Sarawak agak terbuka dalam hal politik. tak macam dekat Semenanjung yang dekat setengah-setengah tempat, nak bercakap soal politik pun kena menyorok.

Gua pergi ke Pasar Satok dan cuba sembang pasal politik dengan peniaga dekat sana dan gua agak terkejut bila peniaga-peniaga dekat Pasar Satok boleh sembang hal politik macam jual ikan. tak de nak sorok-sorok pandang kiri kanan. ada jugak yang selamba je pakai baju BN dengan tengkolok dari bendera PKR.

Bila ada geng lalu dia boleh jerit "Hidup BN - Re4maC...!!!" lepas tu yang lain-lain sambut sekuat-kuat hati. aku yang tengok jadi makin pening.

Pening macam tengah belajar nak buat Kek Lapis Sarawak.

Macam mana nak gaul agenda Perjuangan Pakatan Rakyat biar jadi sesuai dengan kehendak rakyat Sarawak yang unik seterusnya menarik sokongan rakyat Sarawak untuk keluar mengundi Pakatan Rakyat, bukan sekadar "memberi sokongan".


Kuching | Topeng Perak



(*) Wak - Bualan yang mantap yang dibual bersama di meja kopi 'murah' lewat malam tadi, lalu diterjemahkan oleh Topeng Perak itu adalah gambaran benar yang sedang berlaku di Sarawak.

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |