UPDATE : Prestasi Sumbangan Dana Bloggers Misi ke Sarawak. PAS Penang prihatin !
Sasaran Tabung ke Sarawak : RM7,500.00
5 April 2011 : Group 1 diterbangkan ke Sarawak
4 April 2011 (6 pm) :
4 April 2011 (6 am) :
3 April 2011 (6 pm) : RM5,109.60 (- RM2,390.40*)
3 April 2011 (6 am) : RM4,529.10 (- RM2,970.90*)
2 April 2011 : RM4,299.10 (- RM3,200.90)
(*) - Jumlah yang masih diperlukan (-RM)
Senarai Nama-nama bloggers peringkat 1 ke Sarawak pada 5 April ini :
1. albanjari (albanjari online)
2. Mat Saman Kati ( Ureka.asia)
3. Ciberboron (HBG)
4. Ban Jir (Kijang59)
5. Poy Lee Teck (Jurufoto)
5 blogger diatas, morning flight KUL-KCH (Penerbangan FireFly) manakala 2 blogger lagi akan menaiki penerbangan AirAsia dari Penang ke Kuching.
" Aku hampir menitiskan airmata, apabila melihat sambutan dan sokongan kpd Tabung Dana Bloggers ke Sarawak bukan saja hadir dlm bentuk tunai wang ringgit, malah kopi, kurma, kerepek ubi, milo, biskut mayat, apa sajaa..hebatnya kesanggupan jemaah yg mahu melihat kemenangan islam dibumi Sarawak melalui PAS bersama misi besar bloggers ini, kesanggupan untuk infakkan apa saja kerana Allah..sangat2 menyentuh hati ! ALLAHU AKBAR!! - wak albanjari
Hari ini Misi Blogger PAS/Pakatan Rakyat ke Sarawak menerima tajaan baju korporat daripada hamba Allah yang tidak mahu dinamakan sebanyak 16 helai yang dianggarkan bernilai lebih RM900 dengan siap ditulis logo Sarawak 4 Change dengan tekapan 4 logo parti yang bergabung didalam Pakatan Rakyat. dibahagian belakang. Setiap seorang blogger akan menerima baju ini ketika di lapangan terbang 5 April ini, InsyaAllah. Terima kasih tuan yang budiman.
Ini adalah baju rasmi yang akan dipakai oleh blogger-blogger yang dipilih bagi memikul amanah rakyat Malaysia untuk membantu jentera pilihanraya negeri di sana kelak. Sesuatu yang wak langsung tak terfikir akan bantuan Allah swt. kepada misi murni ini. Maha Besar Allah.
Hari ini juga, pihak kami turut menerima sumbangan Kopi Pra-Campuran Susu Kambing Asli dengan Ekstrak Madu dan dibacakan bersama 30 juz ayat-ayat suci al-Quran daripada Q-Har Entertainment.
Bungkusan kopi ini akan dibawa ke Sarawak. Terima kasih kepada bos Q-Har Entertainment diatas sumbangan kopi tersebut.
Kelmarin, wak juga menerima sumbangan zakat tunai daripada kakitangan-kakitangan syarikat telekomunikasi, yang tidak mahu dinamakan sebagai sumbangan misi besar ke Sarawak. Alhamdulillah. Dengan baki waktu tinggal 2 hari daripada jadual penerbangan pada 5 April, diharapkan sasaran Tabung ini akan mampu mencapai RM7,500 bagi memenuhi kos misi jihad blogger-blogger PAS/Pakatan Rakyat ke Sarawak. InsyaAllah.
Juga terima kasih dan penghargaan kepada Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Saudara Zulkefly Ishak yang turut menyumbangkan RM500 pada petang tadi di George Town untuk Tabung Dana Bloggers ke Sarawak. Sumbangan diterima oleh Tn. Hj. Anuar bin Hashim bagi pihak Tabung Dana.
Jumlah terkini sumbangan sehingga jam 6 petang tadi adalah sebanyak RM4,299.10 sen, dan masih memerlukan lebih kurang RM3,200 daripada sumbangan/infaq fi sabilillah yang baru.
Sekali lagi wak menyeru dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar agar dipermudahkan segala urusan ini bagi kami para bloggers dalam misi membantu PAS Sarawak dan jentera Pakatan Rakyat khususnya disana dengan menemukan insan-insan penderma yang berhati mulia dan pemurah, para-para dermawan yang dihormati, ngo-ngo, badan amal, kelab penyokong PAS dan lain-lainnya agar dapat menyumbangkan sedikit sumbangan tunai sebagai sokongan misi bloggers ke Sarawak.
Dan kepada sahabat yang tidak berupaya menyumbangkan material dan tunai, iringkan misi kami ini dengan doa kepada Allah swt. untuk kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di sana. Jazakallahu khairan khatira.
(*) Semua penderma-penderma, penyumbang ke Tabung Dana, nama-nama dan pertubuhan yang diwakili akan dipaparkan di blog ini dengan izin, sedikit masa lagi, dan kepada mereka-mereka yang tidak mahu dinamakan, sumbangan itu akan dikumpulkan dibawah tajuk infaq fi sabilillah rakyat Malaysia, sebagai menghargai sokongan dan prihatin kepada kempen Dana yang dilancarkan pada 30 Mac lalu. Terima kasih wak ucapkan bagi pihak bloggers.
April 2, 2011 at 11:04 PM
inilah janji janji allah yang benar tak ada sebarang mungkir. yakin dan percaya allah pasti menghantar bantuan. janji janji allah benar sepanjang zaman,
April 2, 2011 at 11:05 PM
sesungguhnya janji janji allah sentiasa benar dan tepat dan tiada berlaku kemungkiran. yakin dan percaya allah pasti memberikan bantuan yang tak pernah terganbar dan amat jauh dari pemikiran manusia. takbirrr...
April 3, 2011 at 1:27 AM
Sesungguhnya setiap pekerjaan kamu kearah memertabatkan islam akan mendapat ganjaran diakhirat kelak dan sesungguhnya Parti Allah itulah yang menang,insyAllah..Hancurr Umnoo..
April 3, 2011 at 7:39 PM
semoga berjaya
April 3, 2011 at 9:19 PM
jalan ini bukan sahaja akan dilalui oleh kita, bahkan jalan ini akan disertai oleh manusia yang mempunyai hati.