Blogger@Sarawak : SEMASA - Keputusan Penuh PRN Sarawak
BN : 55
DAP : 12
PKR : 3
PAS : 0
BEBAS : 1
Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih kesemua lima di Kuching. Kira-kira 9 malam tadi, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan BN telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.
SNIPPETS - PAS@Sarawak : Sekadar Ulasan :
Bacaan terakhir di malam final untuk PAS memperolehi satu anjakan baru dari pengundi Iban dilihat gagal. Aljibranya PAS belum berupaya menterjemahkan sokongan Iban secara total. Biarpun PAS sudah mampu mendapat undi dari Iban, namun ia belum mampu menewaskan penguasaan PBB yang dilihat mendominasi dari sudut sokongan untuk BN.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, usaha harus berterusan dan dilipatgandakan dan hasrat itu wajar dimulakan dari sekarang. Ini melihat penerimaan yang baik dari siri-siri kempen singkat PAS dimana ia sangat berhasil, cuma 'enak'nya belum benar-benar menusuk ke kalbu pengundi. InsyaAllah ! Di masa hadapan PAS pasti mampu menawan Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang mahupun di Tanjung Datu. Biarpun nampak sukar namun usaha yang beristiqamah mampu membuahkan hasil yang baik.
Selepas ini, banyak kerja-kerja lagi yang perlu diteruskan walaupun pilihanraya sudah berakhir. Kita lihat bagaimana DAP menawan kawasan Kuching. Mampus kapunden Barisan Nasional di Kuching. Usaha usaha tanpa kenal penat lelah telah membuahkan hasil yang lumayan kepada DAP.
Post mortem kekalahan PAS perlu diteruskan, ambil pandangan petugas dengan telus dan adil, yang tak hadir bertugas di Sarawak juga boleh jua beri pandangan, dan pandangan itu janganlah pula dilihat bodoh dan bangang.
Aku harap sangat post mortem dibentangkan oleh orang-orang yang mengambil pandangan sebenar masyarakat di Sarawak. Dan yang perlu duduk disitu adalah orang yang hadir di sini bukan duduk didepan PC dan juga tidak kepada orang yang hanya memberi pandangan bodoh dan bangang. Ini kerana banyak post mortem dihadiri oleh orang yang tak bertugas dan tidak hadir dalam kempen.
Apa yang mereka tahu hanya melemparkan ayat ayat bodoh dan bangang. Terima pandangan orang PAS di Sarawak, dan itulah gambaran betul yang akan menunjukkan keadaan sebenar. [FZT]
April 16, 2011 at 9:52 PM
orang serawak dah lama lali dgn beer BN, bukan senang nak buat majik ni, masih dgn otak letak BN, letak tunggul balak sebagai calon pun BN menang. PR pulak terutamanya PAS akan beralasan macam biasa "demokrasi pincang dan berat sebelah, semua jentera kerajaan dipergunakan,media memfitnah,bla.bla.bla....terus balik rumah tidur dgn bini 1 atau ke2..tunggu PRU13..
April 16, 2011 at 10:17 PM
Tahniah pada Pakatan Rakyat kerana berjaya menambah kerusi di DUN Sarawak. Itu cukup memadai.
Tahniah dan terima kasih kepada bloger-bloger pakatan yang bertungkus lumus, siang malam berkempen secara online, cara perang saraf, dan bermacam-macam cara lagi.
Terima kasih yang tak terhingga kepada bloger-bloger yang berjuang hingga ke Sarawak. Penat lelah tuan-tuan setakat ini tak mampu dinilai dengan wang ringgit.
Pengorbanan tuan-tuan sangat besar.Boleh menambah banyak kerusi buat masa ini sudah memadai. Tugas kita akan diteruskan lima tahun lagi, dengan janji merebut lebih banyak kerusi. Mungkin untuk menafikan majoriti dua pertiga. Segalanya mungkin kalau pilihanraya itu telus mulus.
Ok kita akan berblog untuk PRU 13 pula. Selamat maju jaya.
April 16, 2011 at 10:36 PM
Geram betul dgn orang Beladin di Beting Maro. Cuba tenangkan hamba yg kecewa ini wak banjar....
April 16, 2011 at 10:40 PM
mazwandi - sabarrrrr..! Esok boleh borong terubuk masin di Sebuyau. Wakaka..!
April 16, 2011 at 10:42 PM
Syabas untuk PAKATAN RAKYAT...ada peningkatan!!
April 16, 2011 at 11:06 PM
Pas kalah semua kerusi ditandingi ada Hikmah tu. Allah nak suruh Pas kaji sedalam2 Kenal kelemahan diri n perlu reform. Kalau menang semua takut besar kepala pulak nanti Ada yg Akan kata oh Pas boleh bergerak sendiri...
X perlu PR lagi...
April 16, 2011 at 11:17 PM
sudah-sudah la, dah kalah jangan nak salahkan orang lain, orang sarawak tau, pas hanya jadi barua dap je..
April 17, 2011 at 3:07 AM
tahniah utk bn.
takziah utk dayak.. lepas ni kalau tanah kena rembat tak payah laa susah susah nak melalak.