PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

18SX - Antara sedap GRO dan sedap bini sendiri !

Pasal gua ada Liza. Dan gua ada Stacy. Tu pasal sibuk gua mengalahkan perdana menteri ! Bab tipu, bohong ..itu dah jadi wirid gua hari-hari bro ! Sibuk gila gua bro.., mana nak bagi makan zahir, makanana batin lagi..,sudahnya duit teksi gua..habis mcm tu jer. RM20 hinggit jer gua boleh bawa balik. Gua sesal bro..sesal...! Huwaaaa..!! - sesalan pemandu teksi

Pesan radens - Jangan bermain-main dengan nafsu sama GRO, walaupun nampak sedap dipandang, dan diranjang namun sedapnya itu tidak ubah seperti pelangi. Sedap yang sekejap..tetapi sengsara sampai ke mati. Jauhi GRO dan ZINA. Berani Berubah !



KUALA LUMPUR: “Mengapa bila dah terhantuk, baru nak terngadah?” kata Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan, Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah berhubung masalah Ramli Ahmad yang pernah terbabit dengan jerat dan tipu daya GRO.

Menurut Aslah, melalui pengalamannya sejak lebih 30 tahun terbabit dengan perkhidmatan teksi, masalah dihadapi Ramli boleh dikatakan lumrah di kalangan pemandu teksi. Katanya, ramai di kalangan mereka hilang arah tuju hidup akibat terbabit dengan masalah berkenaan sehingga rumah tangga turut porak peranda.

“Peliknya sebilangan pemandu teksi ini, mereka takkan serik. Lihat apa berlaku pada Ramli, dua kali kehilangan teksi dipajak dan sanggup berhutang dengan along, baru nak berhenti.

“Sebenarnya semua itu bergantung kepada niat mereka ketika mencari rezeki. Jika utamakan pendapatan, mereka akan selamat, sebaliknya jika hanya mengejar kepuasan nafsu semata-mata, mereka akan rugi,” katanya.

Aslah berkata, lazimnya pemandu teksi hanya akan ‘selamat’ jika tidak terjebak dengan tiga perkara, iaitu masalah perempuan (GRO), judi dan dadah.

Katanya, jika satu daripada tiga perkara itu melekat pada mana-mana pemandu teksi, kerjaya mereka akan hancur, bahkan bagi yang berkeluarga, ia akan turut menjejaskan rumah tangga.

“Masalah ini timbul sebab mereka bertemu pelbagai jenis manusia saban hari. Saya ada banyak pengalaman bertemu pemandu teksi yang berdepan masalah sebegini.

“Ada pemandu dicari isteri mereka bukan saja disebabkan keluar dengan GRO, bahkan dengan bini orang lain. Yang terbabit dengan judi dan dadah, itu lagi satu masalah besar. “Tiada yang dapat menyelamatkan mereka, melainkan diri sendiri. Saya selalu nasihat pemandu teksi baru, elak tiga perkara terbabit, dan saya jamin hidup mereka pasti tidak akan bermasalah,” katanya. (sumber : H-Metro)

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |