PANAS BERAPI - Nak rasa bonus 24 bulan, jadilah 'kapitalis' !
radens albanjari -
Tidak perlu dilolong-lolongkan. Dasar kapitalis tidak pernah memberi 'muka' kepada golongan buruh@pekerja bawahan. Maka dari itu, sekiranya tidak mahu ditindas mindas oleh para bangsawan durjana, hindarkan dari berurusan terus dengan kapitalis. Jangan berkawan dengan kapitalis, jangan bertransaksi dengan kapitalis, jangan senyum sama kapitalis, hatta jika boleh jangan cium jika benar pasangan kamu itu juga dari warga kapitalis. Ringkas kata, jangan..jangan...jangan..!
Jika CEO Maybank dapat imbuhan 24 bulan bonus, dan kuli-kuli di belakang kaunter tak dapat bonus, jangan jerit kuat-kuat. Dah itu kerjaya yang dipilih bersama kapitalis. Terima sajalah. Ingat ! Kapitalis tidak suka kepada golongan buruh@kuli jadi kaya. Lagi miskin pekerja, lagi kaya kapitalis.
Maka dari itu, ingat..pada PRU13 ini, kita UBAH, dan berani berubah - tidak akan undi BN. Mengapa ? Tanya sama itu orang yang suka mudah lupa, dia boleh jawab. Eletrik sekarang pun sudah dikonker oleh kapitalis, 'macam-macam ada..' pun sudah dihurung kapitalis, air pun depa bagi sama kapitalis, cuba korang cakap ? Apa lagi yang belum di'kapitalis'kan ?
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube) berpendirian, RHB Capital Bhd sepatutnya membuat rundingan dengan CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) bagi menjalankan penggabungan atau pengambilalihan kepentingan.
Setiausaha agung Nube, J Solomon berpandangan bahawa langkah itu lebih baik kerana sebelum ini berlaku banyak pertikaian berhubung layanan oleh Malayan Banking Bhd (Maybank) ke atas pekerjanya.
"Apa yang kita faham, sekiranya penggabungan dilakukan dengan (firma) seperti Maybank, lebih banyak kesan yang akan dialami kakitangannya," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Bank Negara yang membenarkan RHB Capital menjalankan rundingan dengan CIMB dan Maybank bagi tujuan tersebut.
Solomon juga mendakwa, Maybank mempunyai rekod kakitangan berpendapatan rendah berbanding CIMB yang tetap membayar bonus kepada kakitangan dalam kumpulan sama.
"CEO (ketua pegawai operasi Maybank) dapat (bayaran) 24 bulan sebagai bonus prestasi untuk dua tahun berturut-turut (sedangkan) ada anggota saya yang bekerja 30 tahun belum dapat satu bulan pun bonus prestasi," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Sekiranya penggabungan atau pengambilalihan kepentingan itu berjalan, pekerja berkenaan tidak boleh diberhentikan, kata Solomon lagi.
Katanya, prosedur ke atas yang gembira dengan jaminan yang diberikan oleh kepada pekerja Hong Leong Bank Bhd dan juga Eon Capital Bhd sebelum ini.
"Mereka akan hantar surat tawaran pekerjaan kepada semua pekerja yang terlibat. Itu jaminan mereka," katanya Solomon lagi.
Beliau menjangka, kakitangan berkenaan akan menerima tawaran tersebut selewat-lewatnya pada Julai.
"Sebab itulah, siapa yang mengambil alih (RHB Capital) sangat penting. Kalau mereka ada rekod yang baik dalam menguruskan kakitangan, kita tidak ada bantahan," katanya lagi.
Penggabungan berkenaan akan melibatkan pembayaran kepada Abu Dhabi Commercial Bank yang menjual 25 peratus kepentingannya dalam RHB Capital. (sumber:MKini)
0 comments:
Post a Comment