PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Kelab Taat Suami - dah jadi bahan lawak !



Mesej Ras Adiba ‘You’re joking right, OWC?’- bantah Kelab Taat Suami
Oleh : Latifah Kasmuri June 13, 2011

Shahrizat Abdul Jalil (dua dari kiri) bercakap sesuatu mengenai beg jenama Sporting Ras kepada Ras Adiba Radzi pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur. – Foto Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Bagi menggambarkan pendirian tidak bersetuju dengan penubuhan Kelab Taat Suami yang dilancarkan awal bulan ini, selebriti Ras Adiba Radzi menggunakan cara tersendiri untuk menyampaikan mesej beliau. Beliau menggunakan slogan ‘You’re joking right, OWC?!’ pada beg kitar semula sebagai tanda tidak bersetuju dengan penubuhan kelab tersebut.

Sebahagian beg itu dipamerkan pada majlis pelancaran beg ‘Sporting Ras’ oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di sini hari ini.

Beg-beg itu bukan untuk dijual. ‘OWC’ merujuk Obedient Woman Club atau Kelab Taat Suami dilancarkan 4 Jun lalu di Rawang.

Ras Adiba, Ketua Pegawai Eksekutif Pro Trading & Production yang mengeluarkan beg ‘Sporting Ras’ berkata, beliau menggunakan slogan ‘You’re joking right, OWC?!’ untuk mempersenda Kelab Taat Suami.

“Bukan semua pasangan suami isteri yang setuju dengan pendirian kelab tersebut. Ramai yang menentang penubuhan kelab itu tetapi mereka (Kelab Taat Suami) langsung tidak ambil kira pendapat semua,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘Bag Ras’ oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di sini hari ini.

Ras Adiba juga berkata mungkin dengan cara itu, kelab tersebut sedar bahawa ramai yang menentang dengan prinsip mereka.

“Bila pengguna memakai beg kitar semula ini, mana tahu kalau-kalau ahli mereka nampak dan sedar,” ujarnya lanjut.

Sebelum ini, Kelab Taat Suami cawangan Malaysia dilancarkan dengan membawa mesej kesediaan isteri untuk patuh dan memenuhi keperluan seks suami masing-masing, sekali gus mengelak mereka daripada berlaku curang ataupun mencari pelacur.

Sejak diperkenalkan di Johor 1 Mei lalu, kelab itu mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia yang mana 50 peratus ahlinya merupakan mereka daripada kalangan kelas atasan dan berminda terbuka serta golongan intelek.

Sementara itu, Shahrizat turut berkata, kelab tersebut langsung tidak mewakili keseluruhan pendapat masyarakat khususnya pasangan berumah tangga.

“Bukan sahaja kaum lelaki tetapi juga wanita membantah kelab tersebut. Ia bukan suara majoriti tetapi hanya suara-suara kecil dalam kelab berkenaan yang melahirkan pendapat,” katanya pada sidang media.

Shahrizat menambah, secara tidak langsung, kelab itu memberi gambaran negatif terhadap peranan wanita di Malaysia.

“Saya berasa terkilan dengan kelab ini. Ia menggambarkan martabat isteri terlalu rendah dan hanya perlu mengikut telunjuk suami semata-mata,” ujar Shahrizat lagi.

Jelas Shahrizat, beliau memandang tinggi wanita Malaysia kerana mereka mempunyai tanggungjawab dan budaya yang elok. Katanya, jangan sesekali kelab berkenaan mencerminkan wanita sedemikian kerana itu perkara salah.

Dalam pada itu, Shahrizat menyokong sepenuhnya keluaran jenama beg ‘Sporting Ras’ yang dikatakan mampu meneroka pasaran luar negara.

“Ini membuktikan Orang Kelainan Upaya juga boleh menjadi usahawan berjaya setanding dengan usahawan-usahawan maju yang sedia ada.

“Mereka juga dilihat boleh berdikari dan mampu mencari rezeki halal sekali gus menukar taraf kehidupan,” katanya lagi.

Syarikat Pro Trading & Production yang bertapak pada 13 jun 1995 telah mula memperkenalkan beg-beg perjalanan termasuk bagasi dan beg untuk keperluan perniagaan.

Selain itu, Ras Adiba berkata, jenama beg ‘Sporting Ras’ telah dipasarkan di enam buah pasar raya seperti ‘Carrefour’ dan di Pertama.

“Terdapat 48 jenis beg yang menggunakan jenama ini, 12 jenis beg sekolah dan lebih 100 beg dan ‘luggages’ untuk Persatuan US polo,” katanya lagi. (sumber : MalaysianInsider)

1 comments:

  1. serenity9260 said...

    kelab baru raja lawak.apply la season depan,knfem menang!!


    Ni best bro!!!
    Gempak Aje:XiaoKang Menjadi Iron Man!!!

    Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |