PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

PANAS - Pok pok lekuk, makan tepi kolam, duit berkepuk, perut besar talam !

Radens albanjari -
Pok pok lekuk, makan tepi kolam, duit berkepuk, perut besar talam ! Apa punya pantun, Terjah jer beb! Apa pun artikel dibawah mungkin kena dengan pantun diatas. Pantun tu pantun baru, sapa pun belum pakai lagi. Nampaknya hanya aku jer pakai !



Kecelaruan pemilihan calun oleh PR dengan UMNO jauh berbeza, macam bumi dengan langit, kerana calun-calun dari UMNO adalah kalangan mereka yang mulanya papa kedana dan apakala mendapat jawatan sebagai YB dan kemungkinan pula akan menjawat jawatan sebagai Menteri, atau pengerusi agensi kelolaan kerajaan maka disinilah mulanya mereka lupa daratan.

Kalau kita perhatikan calun di PRU11-2004, 7 tahun lalu, adakah calon mereka dari kalangan calun yang hebat? calun-calun yang berdedikasi? calun-calun yang bencikan rasuah, calun-calun yang tidak menyalah gunakan kuasa, atau pun mereka adalah dari kalangan calun-calun yang yang seperti " singa kelaparan untuk mengaut laba yang tinggi " ?

Tak susah nak ambil contoh, ambil saja calun Parlimen dari Kg. Milah, tempat lahir tok sidang Kujib. Siapa tidak kenal tok sidang Kujib. Bukankah beliau pernah melakukan jenayah, beliau merancanakan agar adiknya antara orang terkaya di Malaya, beliau juga adalah kalangan pemimpin yang langsung tidak kisah dengan malapetaka yang sedang di hadapi oleh rakyat kesan kenaikan kos hidup dan harga barang yang semakin menaik. Beliau juga berjaya kerana dapat mencipta berbagai-bagai masalah di Malaysia. Permasalahan yang dicipta beliau telah banyak di dedahkan oleh semua pihak.

Kekalahan BN pada 2008 tidak ada kaitan dengan " silap pilih ", sebenarnya memang rakyat sudah mula memberikan isyarat untuk tidak lagi bersama-sama dengan UMNO/BN. Salah laku mereka bukan dari segelintir calun tapi semuanya sudah rosak. Lihat saja berapa ramai calun-calun mereka yang menang dengan majoriti yang mudah. Seorang calun di Perak, di DUN Kubu Gajah cuma menang dengan kurang dari 50 majoritinya.

Mengapa agaknya dato' zahid masih tidak mengaku akan hal itu? Tetapi meletakkan silap dan lemah kerana blogger-blogger bengong kapunden mereka yang katanya memang 'tak boleh nak pakai..",

UMNO perlu mewujudkan “unit tempur siber” yang lebih bersistematik dan mantap bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan pembangkang dalam alam siber. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, unit tempur siber parti ketika ini dilihat tidak memberikan perincian serta penghayatan pada sesuatu isu sehingga gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar.

Malah, katanya, unit berkenaan juga selalu kalah dalam menjawab isu-isu yang dibangkitkan pembangkang dalam media baru itu.Berbanding pembangkang, mereka (unit siber) dikumpulkan dan mengupas isu mengikut tafsiran masing-masing yang kebanyakannya menjurus ke arah membelasah kerajaan.

"Padahal kita ada kumpulan yang lebih besar tetapi mungkin satu unit tempur siber yang bersistematik perlu diwujudkan bagi membalas segala serangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Bentong di sini, hari ini. - Bernama

Itulah yang betul. Biarpun hakikat sebenarnya datangnya dari kelemahan UMNO/BN sendiri apabila ada sebilangan besar calun-calun dari UMNO bersikap egoistik, sombong, bongkak, mata duitan, lebih mementing " berseronok " dan diri sendiri saja dari memberikan tauladan sebagai pemimpin kepada masyarakat yang dipimpin.

Jangan pula penyakit itu ada dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang ramai Adun dan Ahli Parlimennya menang. Jika ada..memang serupa UMNO saja, 2 X 5 !

Seeloknya. kepada semua pemimpin tak kiralah samada di pihak PR mahupun sebelah 'kati', baikilah personal, pertingkat hemah diri dan berikan keyakinan kepada masyarakat sebaik mungkin serta berpegang kepada kata-kata pepatah " ular yang menyusur agar tidakkan hilang bisanya". Setuju ?

sumber : gajahmenta blog diubah semula untuk disesuai papar di blog albanjari online.

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |