PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

TERKINI - Laman web Malaysia terus digodam !

TERKINI (jam 11.30 am)
Godaman Web Malaysia cecah lebih 50 laman. 
[MStar] CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan pada Khamis bahawa terdapat percubaan untuk menggodam beberapa laman web kerajaan termasuk laman webnya, www.skmm.gov.my .

"Mengenai ancaman daripada penggodam tidak dikenali untuk menggodam laman web dengan domain .gov.my , sememangnya terdapat percubaan untuk menggodam laman web kerajaan.

"Serangan itu bermula kira-kira 11.30 malam pada Rabu, 15 Jun. Kami dapat mengesahkan sebanyak 51 laman web berdomain .gov.my digodam dan terdapat gangguan di pelbagai peringkat pada sekurang-kurangnya 41 laman web tersebut.

"Bagaimanapun, kami menjangkakan kerja-kerja pemulihan laman web tersebut secara menyeluruh tidak mengambil masa yang lama kerana kebanyakan laman web sudah pulih daripada serangan penggodam.

"Pemantauan kami mendapati serangan telah mula berkurangan pada pukul 4 pagi Khamis. Menerusi penilaian lanjutan terhadap serangan itu, kami mendapati serangan tersebut mendatangkan impak yang kecil terhadap pengguna Malaysia.

"Pusat Rangkaian Keselamatan SKMM berusaha sepanjang masa untuk menangani serangan itu. Ia akan terus bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan dan pakar keselamatan malah penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk memantau situasi.

"Orang ramai dinasihatkan untuk melaporkan sebarang maklumat mengenai identiti penggodam tersebut kerana tindakan mereka mengganggu perkhidmatan rangkaian ialah kesalahan yang berat dan boleh dihukum di bawah undang-undangm" kata SKMM dalam satu kenyataan di sini, Khamis. Kenyataan itu menambah, serangan penggodam keatas laman web SKMM tidak berjaya. Antara laman web kerajaan yang digodam

  1. Malaysia Official Government Website (DoS / Switched off)
  2. Other Malaysian wesites:
  3. SabahTourism.com - Hacked + leaked
  4. Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia) - Hacked
  5. Tourism Malaysia - Up
  6. UiTM Penang - Hacked
  7. JBiotech - Hacked
  8. Social Welfare Department (Ezi2Care)- Hacked
  9. CIDB - Hacked but back up
  10. Land Public Transport Commision - Hacked but back up
  11. 1Malaysia - DoS / Switched off
  12. ASEANConnect - DoS / Switched off
  13. Malaysian Meteorological Service - DoS / Switched off
  14. Ministry of Education - DoS / Switched off
  15. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia - DoS / Switched off
  16. Bomba - DoS / Switched off
  17. TMNet - Up
  18. Perbendaharaan Malaysia - DoS / Switched off
  19. Kementerian Kerja Raya Malaysia -DoS / Switched off




" Tinjauan Malaysiakini sehingga jam 9 pagi ini mendapati tidak kurang sembilan laman web, termasuk portal rasmi kerajaan Malaysia MyGovernment (www.malaysia.gov.my), masih tidak dapat dilayari., " - MKini.
Kira dahsyat hacker-hacker nih. Jangan hacked blog wak lagi sudaa..! Tak larat nak buang masa , repair sana - sini ! - radens




Sejak awal pagi tadi, sekurang-kurangnya 10 laman web kerajaan dan agensinya tidak dapat dilayari kerana diserang oleh pengodam yang membalas tindakan sekatan ke atas beberapa laman sesawang perkongsian fail.

Bermula jam 3.30 pagi tadi pengodam yang menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, menyenaraikan 18 laman web kerajaan yang didakwa telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service) ataupun dipadamkan sementara oleh pentadbirnya.

Tinjauan Malaysiakini sehingga jam 9 pagi ini mendapati tidak kurang sembilan laman web, termasuk portal rasmi kerajaan Malaysia MyGovernment (www.malaysia.gov.my), masih tidak dapat dilayari. Antara laman web kerajaan dan agensinya yang tidak dapat dilayari:
  1. SabahTourism.com
  2. ASEAN connect
  3. Bomba
  4. Perbendaharaan Malaysia
  5. Parlimen Malaysia
  6. JobsMalaysia
  7. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
  8. Majlis Sukan Negara

Menurut beberapa pelayar yang sempat merakamkan laman web kerajaan yang digodamkan itu berkata kumpulan itu juga menukar kenyataan di laman-laman berkenaan.

“Salam Malaysia, kami telah menyaksikan penapisan internet yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang menyekat laman seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks. Malaysia adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling ketat mengenakan tapisan, hingga sanggup menghalang akses kepada filem dan rancangan televisyen.

“Tidak ada alasan bagi sebarang bentuk penapisan. Awak hanya cuba merampas hak asasi manusia. Internet diadakan untuk kebebasan dan tanpa rasa gentar kepada kerajaan mahupun campur tangannya. Jangan fikir tidak ada orang yang sedar apa yang awak lakukan,” petik kenyataan itu dalam bahasa Inggeris.

Tambahnya lagi, serangan itu sebagai tanda dan amaran serta peluang bagi mendengar idea pihak lain. Pengodam juga berkata mereka mempunyai tanggungjawab bertindak pantas dan tanpa belas kasihan.

Minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan bahawa 10 laman web termasuk Pirate Bay dan Megaupload telah disekat kerana mencabuli undang-undang hak cipta. (sumber : malaysiakini)

1 comments:

  1. mr edz said...

    hehe nasib baik laman web rosmah dah takder...

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |