PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

DHPP PAS Sarawak mahu PAS tanding d kawasan bandar



Sunday, June 12 -
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri Mahu PAS Bertanding Di Kawasan Bandar

Baru-baru ini PAS Miri telah menghantar perwakilannya ke Muktamar PAS ke-57 di Taman Melewar yang bermula pada Jumaat 3 Jun hingga Ahad 5 Jun bersama dengan SU Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) En Yeo KH. Inilah kali pertama En.Yeo bersama dengan rombongan PAS Miri menyertai
atau menghadiri muktamar PAS Pusat.

En Yeo telah diberi penghormatan untuk berjumpa dengan kepimpinan  tertinggi Pas pusat disamping beliau juga diberi ruang ke dalam dewan sebagai pemerhati bagi mewakili DHPP Sarawak.

Beliau juga rasa bangga dan terharu kerana pemimpin PAS pusat menghargai kaum bukan Melayu yang mewakili DHPP semasa muktamar tersebut. Beliau juga diberi peluang berjumpa dan bersalam dengan Tok guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kerana peluang begini memang selalu dicari-cari oleh ahli dan penyokong PAS. Harapan beliau agar PAS juga boleh diberi peluang untuk bertanding dalam kawasan Bandar dimana golongan majoritinya bukan Melayu dan bukan Islam seperti di Parliament Miri.

Kata beliau PAS boleh diterima baik di kalangan orang bukan Melayu sebab itu beliau yakin bahawa sekarang orang-orang bukan melayu dan bukan Islam sudah boleh menerima PAS dalam kawasan Bandar sebab kawasan Bandar penduduknya mudah mendapat maklumat tentang PAS melalui internet.

Diharap kepimpinan PAS Pusat keraplah datang ke Sarawak lebih-lebih lagi ke bandaraya Miri dimana penduduknya bersedia untuk menerima perubahan dalam PR13 nanti. Ini bukan sahaja harapan ahli PAS Miri
bahkan penduduk bukan Melayu sudah bersedia bersama PAS sebab mereka yakin PAS tidak mengamalkan rasuah dan penyelewengan kuasa sebab itulah antara sebab En.Yeo berjuang bersama PAS.

Sekarang konsep PAS untuk semua sudah menampakkan hasil berkat usaha kepimpinan PAS selama ini. Begitu juga kalau boleh kita mahu kepimpinan PAS dapat anjurkan majlis dialog antara agama dan antara kaum agar mereka ini betul-betul dapat memahami konsep dan perjuangan PAS yang selama ini telah diberi gambaran buruk oleh pihak musuh politik mereka.

Sekiranya PAS diberi peluang untuk bertanding dalam Bandaraya Miri ini akan menjadikan PAS dan Pakatan Rakyat dapat diterima oleh semua golongan masyarakat dan dengan sendirinya usaha musuh PAS akan musnah kerana tiada lagi isu PAS ini dianggap sebagai parti ekstirimis dan perkauman. Diharap rakan dalam Pakatan jangan berpecah belah dan berebut kerusi dan berilah peluang diantara satu sama lain untuk bertanding menentang BN yang penting Pakatan dapat mengambil alih kuasa dari BN dalam PR13 nanti.

Perjuangan PAS dan Pakatan untuk rakyat bukan untuk kepentingan peribadi. Diharap rakan dalam Pakatan boleh memberi kerjasama dengan PAS sekiranya diberi peluang bertanding dalam kawasan Bandar nanti. Kalau PAS menang Pakatan juga akan menang jadi jangan terlalu tamak dengan perebutan kerusi akhirnya harapan rakyat akan musnah seperti apa yang berlaku dalam pilihanraya umum Sarawak yang lalu. Marilah kita sama-sama berjuang untuk mendirikan sebuah Negara berkebajikan untuk semua rakyat. PAS untuk semua. (sumber:pasMIRI)

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |