PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Chedet - cakap serupa sampah !

Hari ini Doktor M membuat kenyataan,

"Wahai orang Melayu yang semuanya beragama Islam.Bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana PAS mempermainkan Islam.Bukan surah Al-Baqarah yang mendorong PAS menggugurkan negara Islamnya."

"Apakah Nik Aziz baru saja baca surah al-Baqarah dan sedar yang negara Islam PAS menimbul salah faham dan menakutkan pihak tertentu?"

"Jikalau kerana kesedaran ini akan menakutkan pihak tertentu (orang bukan Islam - Karpal Singh) maka PAS menggugur negara Islam PAS,maka benarlah yang pengguguran ini bertujuan untuk menghapuskan ketakutan mereka ini,supaya mereka akan sokong PAS dalam pilihan raya,dan bukan kerana agama membenarkan atau tidak."



Cuba telitikan bagaimana Doktor M juga telah membuat kenyataan sebagai berikut;

"…Sapa tau janggut Nabi macam mana?Sapa biasa tengok janggut nabi,ada gambar?Kita tak tau.Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi.Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut Nabi (ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke?, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak di padang pasir. Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai NAFSU yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain…”-2007

"Hukum rejam kepada penzina adalah primitif"-Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri,Kelantan Darul Naim

"Saya nak tahu siapakan di antara ahli ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan.Barangkali Nik Aziz akan melakukannya.Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti."-Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor

"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".-Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan

"Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah,hukum hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" –Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan

"Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik."-Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab,Nilam Puri,Kelantan.

“Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”-Tun Dr. Mahathir Mohamad,temubualnya dengan media massa,14 Julai 1992.

“Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”-Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO,1994.

“Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar,bukan mentadbir.”-Tun Dr. Mahathir Mohamad,ucapannya di Pasir Mas,Kelantan,14 Ogos 1994

“Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”-Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991.

“Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992

“Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi,bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi.Tak payah sapa pilih.”-Tun Dr. Mahathir Mohamad,Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan,1997.

Kenyataan beliau hari ini dan beberapa kenyataan terdahulu adalah cukup membuktikan Doktor M sudah tidak sedar dengan sebarang ucapan dan tindakan beliau sendiri.Sebaiknya beliau terus menerus menerima rawatan dan ada baiknya juga pemeriksaan khusus dilakukan terhadap kesihatan otaknya.Kita bimbang apa yang akan terus diperkatakan beliau selepas ini menjadi cemuhan sepanjang zaman.Sebagai bekas perdana menteri Malaysia,ia adalah sesuatu yang amat menjengkelkan.

Doktor,kami tidak pernah lupa.yang lupa itu kamu!Saya tidak suka membuka membuka balik satu persatu kenyataan kamu,namun pada mereka yang tidak di-era pemerintahan kamu (generasi baru),mereka mesti kenal siapa Doktor M/Mahafiraun.

(sumber : diangkat dari wall facebook)

2 comments:

  1. hassan said...

    Mahadir ni bukan macam, dah memang sampah tahap sarap pun.

  2. Anonymous said...

    Bagus lagi dia pada hangpa....

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |