PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

PANAS BERAPI - Pekida saman David Teoh ? lu langsi lu mati !






PEKIDA SAMAN TOKEY FILEM KONGSI ?
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.

"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.

Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.

"Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.

"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.

Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.

"Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.

"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang. - mStar

9 comments:

  1. otaklunyai said...

    2 x 5 lah lu... selauny yg pakai kod2 rahsia ni memang gangster...

  2. mr edz said...

    PEKIDA ni kelab ganster ker?

  3. serenity9260 said...

    Pekida??apa depa taw?duit da abes,g saman orang.tu memang ayat org zaman skang la,sebal!!

    Ni best bro!!!
    Android Smartphone 3D Terbaik Setakat 09/06/2011 7:13 AM

  4. Diyana said...

    Spesel sngt ke pekida ni sampai perasan filem tu nk mempermainkan pertubuhan tu? kod rahsia, kata kunci mengarut ape, hanya org yg tahu je tahu bende tu, kalo david teo tak tahu pun dia pakai dh nk wat canne. ade copyright ke perkataan tu sume? Seriously, diorng ni nk cari publisiti ke apa? masa sy tgk kongsi, x pernah terpikir pun dalam kepala otak ni pasal pekida. unless, of course, pekida claim diri sendiri sebagai kumpulan gangster la kan. org yg mkn cili je rasa pedas. xde sepatah pun dlm kongsi tu sebut psl 3line ke, pekida ke, ape ke, so kenapa nk timbulkan bende ni? adakah sebab pak maliki tu berimej cam org warak, maka diorng pun perasan cam pekida?
    gangster ada di mana-mana x kira negara la....kenapa nk kecikkan skop di malaysia ni? utk kumpulan cina n india dlm filem kongsi tu sape plak nk saman david teoh? hindraf ngan mca ke? Kenapa la sempit sngt fikiran org melayu ni...pelik tul la....

  5. ciken said...

    whattttt.....!!!!! nak buat filem gangster nak kena mintak pandangan dari pukida....eh...ehhh pekida dulu.....peerggghhhhh bagus sangat ke diaorg......sudah2 lah tu puak2 pukida....eh..ehhhh pekida niiii.....cariklah duit cara halal....jgn carik cara haram...paw sana...paw sini pastu bagi anak bini makan....patut lah family diaorg perangai mcm lahanat

  6. mosabit said...

    aku tak tau lah..samada nak terkencing atau nak terkentut bila dengar komen pukida ni....

    sakit perut aku daaa..

    kah kah kah kah kah kah ....

  7. NGO BERKEBAJIKAN said...

    PEKIDA,apasal kau orang sanggup membocorkan rahsia pertubuhan sendiri!selama ni kami ingatkan pekida tu adalah suatu pertubuhan kebajikan,yg menjaga kebajikan setiap ahli2nya! TETIBA LEH MENGAKU PULAK SEBAGAI GENG ALA2 GENGSTER?

  8. Anonymous said...

    pekida,pekida,ngapa bocor rahsia pulak,,,,selama ni kami ingatkan pekida ni ialah sebuah pertubuhan kebajikan je,,,,tetiba leh mengaku sebgai geng ala2 samseng lak! malu melayu weh!

  9. wildan@WELDON said...

    PERTUBUHAN KEBAJIKKAN DAKWAH ISLAMIAH,KONON,CIS MEMALUKAN ISLAM JE!Belajarlah malu,tak banyak sikit pun jadilah kat ALLAH!,woi pekida!

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |