PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Agenda melayu PAS-UMNO, siapa katak tua umno itu ?

albanjari
9.45 pm | Kota Kinabalu

'Agen katak tua UMNO' - itu gelar terkini untuk Hassan Ali. Dulu ada yang kata dia 'ibrahim Ali' versi Pakatan Rakyat. Bukan aku yang kata, tapi ada sebilangan orang Pakatan sendiri sebut macam itu. Perkara biasa tu bro ! Orang melayu kan kaya dengan gelarkan orang. Kiah Jonggang, cikgu bedah, Haji Tempirai, dan segala macam gelar. Sama juga dengan aku. Apa yang puak umngok tak gelar aku ? Dulu ada blogger umngok macam Parpu Kari, Gomo, Perak Bangkit dan ramai lagi, dok gelarkan aku dengan macam bagai. Ada aku kesah ? Jiwa kena besar bro !

Hassan Ali - Siapa yang tak kenal dia ? Tahun 1999, beliau menang kerusi Parlimen Parit Buntar dengan majoriti besar. Umno dan Barisan Nasional bungkus terus, langsung tak boleh bangkit !! Ia kemenangan paling gemilang dicapai oleh PAS Parit Buntar. Ia jadi satu sejarah. Untuk mencipta sejarah begitu gemilang, gerakan massa dan politiknya sudah mengakar kukuh setahun sebelum kemenangannya. Itulah hebatnya Hassan Ali mengepalai jentera PAS merasuk pengundi di seluruh Parit Buntar untuk menolak parti toghut UMNO ketika itu. Lawannya, Dato' Abdul Rahman Suliman, tergolek biawak, dan tewas teruk seterusnya membawa petaka kepada perpecahan UMNO Parit Buntar sehingga sekarang.

Hey wak ! Hassan Ali itu siapa dengan hang haa? Bodek lain macam saja. Sokong kuat nampak ? Atau hang memang orang 'Perpaduan'? macam One G ada bilang sama aku dulu, albanjari itu orang UG. Poodah yenadey...la tambi ! Sampai bergaduh bergadang berbulan-bulan hanya pasal MRK albanjari, gara-gara rakan sahabat aku hadir ke sidang media Hassan Ali dan Ustaz Nasa. Macam sial jer aku tengok masa tu..gelarkan orang main pakai 'borong' semua !! Asal tak kena dengan prinsip hangpa, suka suki hangpa borong maki hamun gelar mengelar semacam pundek !! Hmm..cerita dulu, dan aku pun dah lama tutup buku tu..! Titik.

Malam tadi, media sudah main lain macam. Aku percaya sangat, akan ada orang kampung yang tak tahu hujung pangkal, yang atas pagar, bawah pagar, hujung pagar..mesti ada yang percaya, itu Hassan Ali sudah jadi agen UMNO. Agen katak tua UMNO. Malah jika dilihat dari rentetan isu-isu yang sering ditimbulkan oleh Pakatan yang begitu anti dengan keislaman Hassan Ali yang sanggup membelakangkan kerjasama PKR dan DAP kononnya sebelum ini, maka besar kemungkinan akan ada mulut tempayan dari orang parti PAS sendiri akan bersetuju bahawa UMNO akan turut membantu Hassan Ali menang pada PRU13 akan datang dan kesannya maka gelar itu semakin tip top untuk Hassan Ali sekarang, iaitu "agen katak tua Umno".

Tapi betulkah Hassan Ali itu confirm bagai dikata? Dikata sebagai 'agen katak tua umno ? Ada mulut orang bilang dia tidak akan bertanding kerana disishkan oleh orang PAS sendiri ? Ada betul kaa bhai !! Tapi kalau dia bertanding..aku rasa bagus ! Bukan senang calon PAS dari Pakatan nak dapat undi dari orang Umno, lebih2 lagi turut membantu kemenangannya. Hah..! Okay la tu !! Kata mahu ke Putrajaya, so ini masa yang terbaik ! Masa terbaik untuk calon PAS Pakatan Rakyat diterima oleh orang umno sebagai pemimpin.

Strategi yang baik ku lihat. Kalau ada 66 orang macam hassan ali tu kan ker bagus. Dan 66 orang macam itu menang majoriti di kesemua 66 kawasan Parlimen yang ditandingi PAS diseluruh negara. Tak payah nak pening kepala. Tak ker hebat PAS ketika itu ? 66 kawasan, 66 menang Parlimen, mau sawan katak Najib bro !

Kalau pun mampu menawan Putrajaya, tak lah lekeh sangat PAS..bila dalam Parlimen sudah ada 66 orang MPnya yang menang bergaya mengalahkan BN. Jika diukur dari segi statistik yang dibuat selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu ketika tsunami politik melanda Malaysia dengan Pakatan Rakyat pertama kali dalam sejarah memenangi 82 kerusi parlimen, sasaran untuk menguasai parlimen kali ini dengan 100 kerusi bukan lagi dianggap satu misi yang mustahil tetapi mampu dilaksanakan. Apapun celaka untuk ahli parlimen PKR yang 'clear' menjadi katak bila ahli parlimennya keluar parti seorang demi seorang sehingga Pakatan Rakyat kehilangan tujuh kerusi menjadikan hanya tinggal 75 kerusi saja sekarang.

Apa yang menarik untuk disebut adalah, sebenarnya Pakatan Rakyat boleh menang sehingga 112 kerusi atau lebih jika konflik dalaman sesama pemimpin di dalam parti dan Pakatan Rakyat dapat diselesaikan dan diketepikan demi PRU13. Dan masa itu hangpa nak belagak pun belagak pi lahh..! Ada kami kesah..yang kami kesah, bila wujud konflik dan pergolakan sesama pemimpin untuk menegakkan prinsip masing2, hoi ! pi mampos la dengan hangpa punya prinsip..! Yang kami mahu, ABU ( Asal Bukan UMNO) yang memerintah Malaysia, itu saja !!

Adios !!

7 comments:

  1. Anonymous said...

    kalu ko melayu,memang ko sial..kalu ko bukan melayu tapi beragama islam..sumpah laknatlah ke atas kau..kalu nama banjar ni adalah rumpun melayu beragama islam..sepatutnya ko kena sokong/berikhtiar supaya org melayu/ islam bersatu..berpegang pada tali Allah..barulah kuat..katak apanya katak..cakap bapak ko sendiri pun mana yg baik ko kene ikut..yg maksiat tak blh ikut..ko kene berpaling tadah dengar ckp mak ko kalu mak ko yg betul..ke ko teringin sgt nak makan katak..aku risau ko ni menyamar nama banjari tapi sebenarnya kafir..kalu mcm tu ko mmg nak cetus perang salib

  2. Anonymous said...

    betol jugak tu...yg anti asan ali tu x pandang undi melayu umno...x sedar diri 2008 adalah undi protes melayu umno... patutnya mengekalkn & menambah momentum tersebut... gua kenal asan ali & gua rasa pengorbanan sblm pru 2008 yg dilakukn mungkin lebey dr org2 yg byk kritik dia... tp nk kata camner pengritik hanya melihat zahir & termakan hasutan org2 yg kecewa dgn nya....

  3. TaTJ said...

    Marah benar komen dr siapa ntah...xder nama wak...panas betul lah tu wak artikel yg wak terbitkan ni...kira berjayalah wak!ambo sokong hok mana patut, janji ISLAM akan tertegak di bumi msia ini...Takbirrrr!PAS ambo nak, b-end ambo toksir...yeleee..

  4. Anonymous said...

    Buduh. Mana ada orang melayu totok nak undi Hasan Ali. Itu dongeng saja. Nak bagi sedap cerita. Kalau berani pergi le bertanding tiket bebas kalau umno tak mahu jadi calon. Orang baik macam Paklah pun kena halau, apa yang Hasan Ali harap sangat kat suami rosmah tu.

  5. Anonymous said...

    Aku undi hassan ali kalau dia masuk UMNO....aku bersama UMNO (ABU)....kerana ALLAH BERsAMA UMNO (ABU)...dah lebih 50 tahun allah bersama umno meredhakan nnya...amin alhamdulillah....terbukti...

  6. Co Pilot Banjar said...

    Post yang pertama tu, sikit punya angin. Angin bukan satu badan je..Tapi angin satu rumah. Apa pulak sampai ke Perang Salib pulak? Lu kasi faham apa itu ABO tulis.. Apapun ABO, aku tabik spring sama lu. Itu worang bukan sokong sangat pun kat Asan Ali...saja je nak menangguk, jenis worang ini, UMNGOK bagi taik pun dia sebat. Apa lagi kalau bagi "RM500". Ini spesis mangkuk ayun. ABO, lu terus tulis yang panas2.
    Hal BANJAR2, lu apa tau tentang itu BANJAR ke? Lu yang BODOH KEPUNDEN MARANG KERAPU.
    Urang ka inik, mun lalu di rumah ku, ku balingkan tahik banar rai..Bungul banar. Kada suah tahagak urang.

  7. Anonymous said...

    kuang aja tul bdk co pilot banjar..suke ati kau tuduh aku mcm2..
    aku amat sokong asan ali dan lain2 yg nak umat melayu/islam bersatu/kuat..
    utk pengetahuan ko aku takde harap pe
    pun dr k'jaan melainkan gaji aku sbg peg. tinggi k'jaan..taklayak pun rm500 tu..mak aku banjar perak,ayah aku perlis..kalu ko tak ngaku/bkn melayu jgn ko rosakkan perpaduan melayu/islam..
    kalu ko tuduh aku pengampu bn/k'jaan,ko silap lagi sbb aku bekas pengundi/penyokong pas..
    aku pun pandai sgt carut tapi malasle nk ikut rentak layan bdk bodo mcm ko tu..

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |