Bencana Amarah Tuhan ? Angka 2012 dalam Al-Quran
PENYELIDIKKAN DALAM SURAH AR-RAHMAN MENEMUKAN TARIKH 1433H (2012M) DAN RAKAMAN SESUATU YANG BAKAL BERLAKU.
Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hubungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999.
Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.
Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession".
Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.
Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.
Penemuan 2012 dalam al-Quran
Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;
13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77
dan jumlahnya
13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433
merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!
Dan paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada pada 1433H dan apakah Allah mahu menunjukkan suatu kejadian pada tahun ini (2012M) ? Kejadian yang tak tergambar dalam otak manusia, akan dahsyatnya ? sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Quran.
Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);
30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days
sumber: http://www.islamicfinder.org/H cal/hdate_year.php?year=1433&base=h
Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).
Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.
Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.
Apakah Peristiwa Itu ? Apakah peristiwa penting itu ?
Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.
"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:
بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟
فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ
But if you don’t do it, and you shall never do it,
then beware The Fire for which Men and stones are its fuel; it is prepared for the unbelievers.
"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:
بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ
فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ
These are they who buy the life of this world for the hereafter,
so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.
" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]
بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ
Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ILMU; dari sisi Kami.
( سورة الكهف , Al-Kahf, Chapter #18, Verse #65)
Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ILMU mengenainya.
( سورة النازعات , An-Naziat, Chapter #79, Verse #44)
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
Wallahua'lam.
January 21, 2012 at 12:27 AM
Hanya ramalan jer.. Akan terbukti nanti itu adalah tidak benar belaka..
January 21, 2012 at 11:46 AM
1433: juzuk ke 14 ayat 33, adalah dalam surah al-hijr bermaksud 'BATU' - ayat berbaikatan Iblis bongkak tidak mahu sujud kepada Adam.
1433: Surah ke 14, ayat 33, dalam surah Ibrahim berkenaan ciptaan bumi, bulan, malam dan siang.
1433: Juzuk 1, Ain yg ke 4, Selepas huruf yg ke 33 terdapat perkataan 'al-Hajar' bermaksud BATU.
Jadi BATU - kejadian alam - BATU ?
atau BATU - Api/bongkak - BATU?
Wallu 'Alam.
January 22, 2012 at 1:46 AM
2012...tahun kebangkitan...tahun bermulanya konspirasi yahudi /nasara secara global dan terang terangan untuk memusnahkan islam ... tahun bermulanya penyatuan umat islam diseluruh dunia... tahun jatuhnya pengkhinat2 dalam islam...bermula kebangkitan semula islam... TUNGGU!
January 25, 2012 at 5:39 PM
Kebelakangan ini di seluruh dunia heboh berkenaan BUNYI yang amat kuat dan nyaring dari langit...yg terbaru di Kota Samarahan Sarawak...
Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 July hari Jumaat,jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat.Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas di bumi)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui.. ......... ..cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012
Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".
UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES
2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012
January 28, 2012 at 8:23 PM
Tuan
Maaf. Tak jumpa ayat 2:24 dan 2:86. Dah puas cari tak jumpa... boleh bagi petunjuk?
Salam
dnightcaller@gmail.com