PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(HOT) Kisah paling 'rare' dari cerita Amalina ni bro ! Huh !!

Malam ni wak nak berkisah tentang kisah silam wak paling 'rare'. Jarang orang dapat kisah betul macam wak ni ! Betul wak cakap. Kisah zaman rare, tentu ceritanya juga 'rare'. Kegemilangan hidup di zaman PM yang paling dict ! Seawal tahun '93 wak sudah punya kerjaya mantap. Kemantapan kerjaya jadi lebih luarbiasa apabila wak berhijrah meninggalkan kiblat industri jepun kepada Korea. 4 tahun bersama firma jepun, buat tengkuk wak jadi lemau, asal jumpa jepun tiap pagi, " Ohaiyo gozaimasu, hait ", dari pagi ke petang, ke malam, sampai tidur pun boleh speaking jepun pe hal ? 

Azab ! Azab bila jepun yg didatangkan lagi bangang dari Matloceh Meloceh ! Dah ler tak tahu sebutir habuk english, belagak dan sombong sebijik macam panglima ludah umnuuu..puihhh..puihhh ! Dan 1997 wak berhijrah ke firma industri Korea. Dari jurutera QC kepada Jurutera R&D. Perh !! Cukup ler setakat itu intronya yer, pasal bukan itu yg nak wak kisahkan. Benda lain, benda yang lagi 'rare' ! 

Petang jumaat yg terang. Gegas nak balik jumpa bini. Maklumlah jarak wak dengan bini wak buka dekat. Jauh bro ! Banyak tahun wak jadi weekend husband ! Yang tahu siksa dan azab tu faham laa...yg bangang tu terus la bangang tak faham-faham !

Kuala Ketil ketika itu hanya sebuah pekan kecil. Tapi sudah bercanak dengan aktiviti industri. Negeri dict katakan ! Disitulah bermula kisah. Bini dah call 3 kali. Lain macam tu ! maklum la suami dah tak balik 2 minggu beb ! Bini wak di Ipoh, wak pulak di Sg. Petani. Jauh tuu..! 

Kereta ? Hmm..! Masa tu wak dah pakai Accord 2.2i. Kalau lu punya basic takde RM4 ribu sebulan, jangan belagak boleh pegang itu kereta. Belagak..!! Huh !! Memang itu kereta dibuat untuk 'belagak' ponn..! Darah tengah muda tu !! Umur pon baru 26 jer time tu ! Apa macam ?

Status wak as a weekend husband, mestilaa..perlukan kenderaan yg betul2 boleh rempit dari Sg. Petani ke Ipoh,  2 jam mesti sampai. Nanti bini merajuk sapa susah? Wak juga..! Dan itu juga bukan cerita yang wak nak ceritakan. Cerita yang sangat 'rare' itu masih jauh bro..! Betul..itu bukan kisahnya. Okay..wak teruskan semula.

Jam 5.30 pm, seusai tamat waktu pejabat, wak gegas keluar dari tempat kerja wak di Kuala Ketil. Bini plak dah 3-4 kali call tanya nak sampai pukul berapa ? Perh..! Gelojoh..kalau yer pun sabo lerr !! Bukan tak tahu Kuala ketil punya jalan nak sampai ke Kulim, bukan macam jalan PLUS Highway..! Jalan zaman umnuu..mana ada yg besor kat situ.  

Dalam dok merempit, baru aja lalu pekan koboi Merbau Pulas, baru wak sedar, minyak keter wak dah lip lap lip lap..macam mana wak boleh tak perasan, minyak dalam tangki kereta dah nak kering. Adoi..! Hoi..belagak, mana lu nak perasan, lu pasang audio dalam kereta tu dah macam dalam disko, mana nak dengar lip lap lip lap..tu ! Hehehe...!!

Risau pulak wak kalo minyak habis tengah jalan. Dibuatnya pulak mati tengah jalan, konfem-konfem tercalar imej belagak wak dengan ini Accord..!! Gila gaban keter mahal, tapi sangkut tengah jalan..pasal minyak kering. Huh !! 

6.30 pm - Alhamdulillah, nampaknya kerungsingan itu tidak lama akhirnya sampai juga wak ke CALTEX Seberang Jaya, setelah gigil risaukan minyak yg macam tak berapa nak cukup. Dan wak dengan penuh belagak..terus ajer dgn lajunya belok dan berhenti mengejut betul-betul sebelah pump no 3. 

Wak bukak pintu dan terus ke kaunter. Dengan muka bangga wak hulur kad kredit Citybank GOLD, gold bro..gold, bukan gold buatan zullian tu, dan **&, 

" Tuh..aku punya jerung spesis mahal kat sana.., lima puluh ". 

Wak beri arahan sambil kontrol nada suara wak kat makwe cun yang jaga kaunter, dan wak sedaya upaya kawal suara agar lebih seimbang supaya tak kedengaran akan feel menggelabah, lebih-lebih lagi bila berdepan dengan makwe cun macam minah kaunter tu. 

Dahsyat !! Sampai mamat sebelah yang nak isi minyak kapcai tu pun ushar lain macam ! Belagak ..!! Tapi dalam hati wak, maybe mamat tu agak respect dengan gaya percakapan wak yang cool tadi kot, hahahah...agak wak !  Mantap !!

Lalu, awek cun tu minta wak pergi isi minyak dulu kat luar, sementara dia uruskan GOLD Citybank wak, dulu punya stesyen minyak, yg nak guna kredit kad kena gores kad kat kaunter. Bukan macam sekarang, goreng kat dinding pump tu jer ! Zaman dict katakan !!

Arahan mudah dan simple, tak perlu nak stress..lagipun awek tu cun ! Wak cakap sendiri dalam hati. Wak angkat pump, bukak 'cap' tangki, masuk kan pump. Zassszz..pengisian minyak pon bermula. Blurpp..blurpp..blurppp !! Laju dan lama. Argh..mungkin sekadar perasaan ! 

Tapi yang hairan apa pasal Mat Bangla yang cuci cermin keta sebelah dok pandang-pandang ni ! Brader motor kapcai tadi pun sama tengok wak atas bawah tak lepas. Ehh..penampilan bergaya wak nih mendapat perhatian sangat ke ?, memang la dressing wak mantap itu hari, dengan brand baju dan seluar jenama PLAYBOY Ori.., memang mau terbeliak mata awek ! Huh ! Busuk-busuk pon kalau kena samun, mau menangis wak..itu baju dan seluar jer harga sudah dekat RM600 hinggit bro..kasut ? Malas wak nak tuliskan brand dia, kang mengelupor plak wak radenjowo, sapa yang susah ! 

 Dasat kan wak ? Belagak !! Dan wak balas dengan senyum-senyum kambing. Kontrol.. kontrol..bisik hati wak. Dan dari jauh dibalik cermin, wak nampak makwe kaunter yang cun tadi dok lambai-lambai kat wak macam nak bagitau 'something'. Apa barang main lambai-lambai dengan wak plak ni..kontrol.. kontrol, wak tak mau tunjuk gelabah. Setakat lambai - lambai dengan awek cun jaga kaunter , apa wak nak goyah beb ! Belagak !! Dan wak buat-buat pandang tempat lain.

Dan pandangan wak itu jatuh kepada mat bangla yang cuci cermin keta sebelah yang memang dari tadi dok tengok dengan muka kelat. Laaa...tak abis-abi lagi ker dia pandang-pandang, nak ikutkan sikap emosi dan belagak wak ni, mau aja aku tempeleng si bangla ni. Huh !! Dengan muka tersengih-sengih pulut ubi si mat bangla ni tanya wak, 

"Abang punya kereta ada pakai "diesel" ka ?" <--pelat bangla dia ni betul-betul tak reti wak nak gayakan. Dan wak balas: "Lu nak kene tempeleng..lu ingat gua bawak lori balak ? ", terperonyok terus muka mat bangla kena satu das semburan berapi dari mulut wak. Terkedu-kedu dia bro !

Dengan muka takut-takut dia tanya lagi sambil tunjuk ke tangki dan pump minyak yang wak pegang,

 " Itu...,apa pasal abang isi pump hitam?? " 

CILAKAKKKK...! Wak pun dah lupa apa yang jadi lepas tue....malas nak ingat..yang wak tahu, wak tiba kat Ipoh dah larut malam, Medan Kidd pun dah lengang. Teksi pun dah tak dak. Seb baik ada kereta sapu. Ahh...! Busannnn gilaa..! Hambekk lu !! 

4 comments:

  1. Anonymous said...

    penat baca sampai habis

    takde apa yg rarenya

    biasa latu

    ko mmg buhsan la wakk

  2. radens albanjari said...

    hahahhaa..busannn..? tu baru rare bro !

  3. HjMisaiKontot :الدليل السياحي said...

    wallawey... lansung kena naik bas ekspres turun kat Medan Kidd... wakaka

  4. Harimau-Menaip said...

    terasa aku...aku dah la bawak 4x4..pakai diesel...rupanya standard lori balak je...

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |