PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

PANAS BERAPI - siapa lempar 'selipar' ke muka Ustaz Nasha haa ?

Kenapa Ustaz Nasharudin Tidak Hadir Mesyuarat Pusat? Dan Dato' Mustafa Ali pernah membangkitkan tentang Ustaz Nasharudin tak pergi mesyuarat. Apabila tuduhan ini, adalah lanjutan daripada isu tuduhan beliau diperangkap oleh UMNO, khalayak awam seolah-oleh memahami betapa buruk dan teruknya Ustaz Nasharudin. Adakah benar begitu? Baca ada jawapan di bawah.



UN-CUT SERIES - PENDEDAHAN BERAPI

Jawapannya ialah tidak!!! 

Ustaz Nasharudin tidak hadir ke mesyuarat PAS Pusat kerana dari awal lagi beliau telah menolak tawaran sebagai AJK dilantik dengan tujuan untuk memberi laluan kepada orang lain. Wajar atau tidak beliau tidak menerima jawatan tidak timbul kerana isu utama ialah, beliau tidak mendapat apa-apa respond daripada S/U Agong sama ada penolakannya diterima atau tidak. Apabila tiada jawapan rasmi terhadap surat rasmi tersebut, maka beliau menganggap perletakan jawatannya adalah diterima.

Di sana sememangnya terlalu banyak isu-isu teknikal yang boleh ditimbulkan tetapi ia adalah perkara remeh temeh yang terlalu kecil. Apa yang penting ialah, kenapa isu beliau tidak pergi mesyuarat, isu yang terlalu peribadi ditimbulkan oleh lidah rasmi parti? Kesannya menjatuhkan maruah ustaz Nasharudin, seterusnya memalukan keluarga beliau sendiri.

Seperti saya telah terangkan, strategi "Character Assassination" ialah strategi dengan menimbulkan keburukan peribadi jika ada, atau mencipta fitnah jika tiada keburukan peribadi, atau menimbulkan wasangka buruk jika fitnah susah direka. Ini adalah cara kebiasaan strategi ini dilaksanakan. Saya melihat, inilah juga yang telah dilakukan ke atas Ustaz Nasharudin, iaitu cuba menimbulkan isu-isu keperibadian yang negatif dan lain-lain. Walhal, kehadiran ustaz Nasharudin sebelum pemilihan sangat baik berbanding lain-lain.

Mangsa strategi "Character Assassination"

Kenapa AJK lain seperti Husam yang mempunyai rekod buruk kehadiran selepas kekalahan dahulu yang juga dalam masa yang sama membuat perjumpaan dengan UMNO, berunding dengan UMNO tanpa pengetahuan pemimpin atasan.

Di dalam Al-Quran, Hadis dan sirah sendiri, golongan parasit boleh dikategorikan sebagai golongan munafik, iaitu golongan asing yang infiltrate (meresap masuk) di dalam umat islam di Madinah bagi tujuan merosakkan umat Islam dari dalam. Dalam Al-Quran juga menyebut, di samping golongan ini, di sana terdapat satu lagi golongan yang menimbulkan masalah, kesan dari sikap golongan munafik, iaitu golongan yang disebut di dalam surah At-Taubah: 47 bermaksud: "sedang di antara kamu ada golongan yang suka mendengar hasutan mereka."

Sebab itulah biasa kita dengar di kalangan pimpinan-pimpinan kategori ini: "saya diberitahu oleh SB yang saya percayai.....". Saya diberitahu oleh informer saya...." dan lain-lain perkataan seumpamanya. Sehingga timbulnya: "saya yakin dengan berita tersebut".

Cikgu Pa, mangsa penipuan parasit

Suka saya tegaskan, Dato Mustafa Ali bukanlah parasit, tetapi dengan perasaan sangat sedih dan terharu, saya melihat Dato' Mustafa telah termakan maklumat rekaan yang selalu dibisik-bisikkan ke telinganya oleh parasit-parasit yang bermaharajalela di dalam Pas Pusat.

Antara orang yang suka "feed information" kepada Dato Mustafa ialah Zul Sulong sendiri, antara orang yang banyak merosakkan Dato Mustafa di belakang tabir. Sebab itu anda mesti bekerja keras pastikan parasit Zul Sulong nyah dari Harakahdaily dan Harakah.

Zul Sulong
Kesian Ustaz Nasha, kesian Cg. Pa, kesian seluruh ahli PAS yang ikhlas dan bekerja keras. Saya rasa sangat terguris, sedih dan sebak bila melihat keikhlasan ahli-ahli jemaah parti bekerja keras, tetapi tanpa mereka sedari mereka ditunggang oleh parasit-parasit jahat.

Kesannya, kita bergaduh tanpa kesudahan, khususnya apabila arahan Presiden dianggap sebagai tak ada makna.

* Nanti saya akan terangkan siapa informer jahat yang telah 'feed information" atau menghasut mahfuz, dan kenapa Mahfuz Omar sehingga dilihat kebudak-budakan.

sumber - email

3 comments:

  1. Telok Bakong said...

    cam artikel dari gang UG je..
    x kan S/U PAS tak tahu beliau menolak tawaran dari PAS Pusat.Kalau ya kenapa Nasha tidak tolak secara rasmi (bersurat) sebab Nasha kan bekas pimpinan PAS Pusat..xde displin ke dalam Jemaah atau memang PAS ni huru-hara pentadbiran nya.

    Husam berkawan dan berunding dengan orang UMNO bukan pasal UG...

  2. albakri said...

    mana tahu husam berunding dengan UMNo bukan pasal UG? persepsi beb!!!
    mana tahu ust nasha tak bagi surat? mana tahu ust nasha takde displin?

  3. Anonymous said...

    telok bakong bodoh

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |