PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

RM350 ribu, Os kekal jadi pemandu teksi, dan tak masuk umnuu..!

Pelakon dan pelawak, Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Os akan terus menjadi pemandu teksi walaupun telah diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega (MLM) pada Jumaat lalu. Os berkata, dia tidak akan berhenti daripada memandu teksi hanya kerana telah bergelar juara disebabkan kerjaya itu telah sebati dengannya.

"Saya akan tetap memandu teksi sebagai punca pendapatan tambahan kerana saya masih mempunyai permit memandu teksi sehingga tahun 2015," ujarnya.

Tambahnya, dia tidak mahu mengharap kepada tawaran berlakon kerana ia tidak memberi jaminan kepadanya dan perlu menampung keluarga dan anak-anaknya yang masih tidak bekerja. Bagaimanapun Os berkata, dia tidak menolak jika ada tawaran berlakon atau untuk membuat pertunjukan pentas pada masa akan datang.

"Cinta pada dunia lakonan dan melawak masih ada kerana saya sudah terlibat dalam industri hiburan selama 27 tahun dan jika ada tawaran sesuai saya tidak menolak untuk terima sebagai kerja sampingan," ujarnya. Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai wang kemenangannya pada MLM, Os berkata dia bercadang untuk menggunakan sebahagian hasil kemenangan tersebut bagi menaik taraf keadaan teksinya supaya lebih selesa buat penumpang.

Os berkata, dia tidak bercadang untuk membeli teksi baru kerana kenderaannya sekarang masih dalam keadaan baik.

"Saya tidak bercadang untuk membazirkan duit tersebut kepada perkara yang tidak berfaedah sebaliknya ingin membaik pulih keadaan teksi untuk keselesaan penumpang," ujarnya. Terdahulu, kumpulan Osbon yang dianggotai oleh Os dan Sharizan Ahmad (Abon) menjadi juara MLM selepas sembilan minggu bertanding. Mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro. MLM disiarkan menerusi saluran Astro Prima.

sumber : http://www.akushare.com/2012/01/menang-mlm-os-tetap-pandu-teksi.html

1 comments:

  1. Anonymous said...

    betul tu Os dunia hiburan tidak
    menjanjikan apa-apa

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |