PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

PRK TENANG : Mengalas misi bersama Cikgu Mala

Pagi ini suasana Pekan Labis tidak seperti kelmarin. Seperti di duga didalam posting saya di sini, hujan turun sejak malam tadi. Dan pagi ini pekan Labis sekali lagi direjam dengan air hujan. Suasana kempen BN dilihat semakin sejuk. Sesejuk suhu Pekan Labis pagi ini.

Mungkin andai ada 'Angelina Yam', pagi yang dingin boleh dipanas-panaskan. Mbak 'Tuty' tentu tahu bagaimana caranya.

Sejak awal pagi aku sudah bersedia dipintu masuk utama ke Felda Chempelak Barat. Sambil menanti tiba Cikgu Mala, masa yang ada diisi bersama petugas-petugas Polis yang berada di pondok bertugas. Ajakan untuk minum bersama tidak ditolak. Aku merasai kemesraan anggota Polis yg bertugas di sini.

Tidak disangka, sambil menhirup teh panas enak dipagi yang berembun, petugas polis yg ada disitu rupanya turut menjadi pengkagum Cikgu Mala, oh..hebatnya aura seorang wanita bernama Cikgu Normala. Hey..mereka penyokong PAS rupanya. Dari apa yg dibualkan beserta foto2 yg diambil bersama suami cikgu Mala di henfon masing-masing, aku yakin mereka bercakap ikhlas. Lebih-lebih lagi apabila bualan enak itu diisi bersama kata-kata bahwa, PAS itu membawa imej  islam, jika kita sayang islam, PAS itu wadah yg tepat untuk kita pilih. Yakin sungguh petugas itu berkata begitu. Aku tersenyum saja.

Sumpah..aku kata ! Selepas itu hirupan teh yg aku titip menjadi sangat enak., takpa..semua minuman sudah selesai aku bayarkan, berapa sangat nilai harga teh itu jika dibandingkan perubahan yg berlaku kepada petugas-petugas keselamatan yg sudah merindukan manisnya perjuangan PAS. Mereka telah berubah. Berubah dari menyokong Bn sebelum ini kepada penyokong parti PAS, sebuah parti gerakan islam terbesar di Malaysia. 


Pada pagi ini aku titipkan foto terbaik buat tatapan pembaca blog ku di DUN Tenang. Foto Cikgu Mala yang  sama-sama bersarapan bersama kami pagi tadi. Aku yakin, aura yg dimilikinya setanding aura yg pernah menupuk MB Nizar ketika di PRK Bukit Gantang dahulu. 

Kerana itu suka aku katakan, Cikgu Mala kini menjadi ikon terbaik Muslimat PAS dimata rakyat. Go Cikgu Mala..! Kami tetap bersama kamu. 

Seterusnya berita akan menyusul..

7 comments:

  1. pokku(putrajaya) said...

    Takbirrr!hanya doa kami megiringi perjuangan anta semua...Allah tetap bersama kita...InsyaAllah...Allahuakhbar!!

  2. Anonymous said...

    alahaii lawaa nya kau cikgu mala.. cantik luaran n dalaman. mmg bodolaa pengundi tenang klu x pilih kau..

  3. Anonymous said...

    Encik Al-Banjari,

    Saya tidak kenal Cikgu Mala, hati juga merasa ragu-ragu bila mendengar calon PAS ialah wanita tapi bila melihat youtube Cikgu Mala di TUKARTIUB terus saya jatuh cinta pandang pertama ! Hati terus merasa suka kepadanya. Adalah kerugian yang amat besar jika orang Tenang menolak Cikgu Mala.

    Saya orang Kluang menyeru warga Tenang pilihlah Cikgu Mala.Lihatlah wajahnya yang tulis suci dan penuh kredebiliti.

    Orang Kluang, Johor

  4. Melur Jelita said...

    InsyaALLAH..MENANG !

  5. muraisenja said...

    salam Wak... Selamat berjuang ... lepas ni boleh jumpa Wak kt Merlimau.

  6. Anonymous said...

    ..salam sejahtera,
    ...wahai pengundi2 DUN Tenang..pilihlah calon PR Cikgu Mala bg mewakili kami seluruh warga Malaysia untuk menyedarkan BN yang asyik naikkan harga barang2 keperluan saja...kami rakyat tidak tahan dengan kenaikan harga barang2...Takbirrr!!!!

  7. mantaro said...

    Wak tunjukkan gambar bersama sasaran(Pengundi),takut nanti orang ingat petugas je yang lebih ramai.pengundi sasaran tiada.TK>

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |