PRK TENANG - Secangkir kopi bersama Ringgo (Arrow)
Aku tahu dia itu Ringgo. Aku juga suka lentok dan cara dia menyanyi. Lagunya jua banyak menyimpan kenangan indah masa aku belajar di Shah Alam dahulu.
(foto - Ringgo ditengah, kiri tu aku dan kanan tu jurufoto yg aku beri tugas di PRK Tenang)
Zaman aku bujang. Zaman aku yang nakal. Zaman seluar yg besar jadi ketat, dan senten'(kata orang Parit). Zaman jiwang rock kapak pun betul juga. Zaman tulis surat letak bedak bagi wangi-wangi kat awek, tak suci kalau setiap surat tak letak senikata lagu. Dan aku melalui zaman yang begitu.
Zaman aku bujang. Zaman aku yang nakal. Zaman seluar yg besar jadi ketat, dan senten'(kata orang Parit). Zaman jiwang rock kapak pun betul juga. Zaman tulis surat letak bedak bagi wangi-wangi kat awek, tak suci kalau setiap surat tak letak senikata lagu. Dan aku melalui zaman yang begitu.
Zaman itu mana ada email. Mana ada fesbuk. Mana ada MP3 atau MP4. Zaman itu juga tidak ada henfon. SMS jangan mimpi. Jangan buat lawak pulak nak cakap benda pelik macam MMS atau Twitter. Zaman aku itu semua belum ada. Zaman dimana UMNO sangat selesa dengan RTM. Bukak tv tengok RTM. Bukak radio ,bukak radio RTM. Jangan nak mengada-ngada nak cari Era, HotFM dan bagai lagi..tu semua bukan wujud dizaman aku. Tapi Ringgo dizaman itu sudah lunak melayan hati dan jiwa anak2 muda macam aku. Lagu-lagu dia leleh beb!
Jangan pula fikir bila dengar lagu Ringgo ketika itu air liur leleh berjurai-jurai. Tak betul tu, macam UMNO sekarang yg banyak jadi tak betul..sampai Chua Soi Lek pun jadi bangang sama. Pelik sungguh aku, kalau 'kote' tu dok kulop..jangan la bercakap mcm kote orang yg tak kulop. Jahanam ler jadinyer.
Pagi semalam lama aku berbual dengan Ringgo. Dari secawan teh..jadik 3 cawan. Dari sepinggan nasi blogger MS makan, jadi 2 pinggan dia telan. Macam-macam aku bual dengan dia. Hidup dia, family dia. dan kerier dia.
Rupanya dia lahir di Semanggol, Perak. Ibunya banjar. Tapi ayahnya berdarah Arab. Cuma bezanya dia dibesarkan di Pahang. Dijaga oleh keluarga angkat yg cukup baik kepadanya. Dia tahu semua itu ketika dia dah besar. Bila dia besar dan sudah tahu susur galur siapa dirinya, dia carik keluarga kandungnya semula.
Seronok jadi macam dia, dia bilang. Pasal org lain cuma ada 1 emak dan 1 ayah, tapi dia ada double. Dia juga cerita macamana dia layan jamming masa muda-muda. Dia jadi budak band sejak dari tahun 1986. Dan tempat jamming dia tu rupanya aku juga tahu. Bro..! Tempat dirahsiakan okay..takut ada tokey kedai jamming perasan plak lepas ni.
Aku tanya dia, macamana dia terlibat dengan PAS. Dia bilang dia join PAS sezaman dengan Amy Search. Tapi dalam ramai2 artis yg join PAS, hanya dia yg berani isytihar sebagai ahli PAS. yang lain, harap muka jer ganas..tapi teloqq..haluih(kecik)..takutt ! Takut miss soru..! Tu masing2 punya kuat la mahu declare bab2 parti ni bro..! dia bilang sama aku.
Rupanya memang betoi, lepas dia declare dia ahli PAS, semua show dia dgn tv, pentas dan apa bana lagi..all closed forever. Tu diaaa..! Hangpa nak tau..! Punya la takut tv1,2,3 dengan artis yg ada wadah PAS. Tapi dia pasrah, dia tahu rezeki bukan ditangan manusia, rezeki dia ditangan Allah swt. Dan sejak dia join PAS..show dia lagi sibuk dari dia jadi artis gelandangan dulu. Dia makin yakin dengan rezeki Allah. Tapi kena ingat..lagu dia sekarang banyak kepada menyeru manusia untuk ingat Allah. Bukan dok leleh dok ingat kekasih atau awek fesbuk. Tu dah berlalu katanya.
Album terbaru dia, Renggo " Raja Syahdu" baru seminggu di pasaran. Ada 7 lagu dalam album tu. Semua best-best belaka. Nak rasa feel sentuhan Ringgo, kena la beli. Selama dia berada di Pekan Labis dan DUN Tenang, ribu2 keping jugak dah jalan beb ! Pak Aji pun suka layan lagu dia. Lentuk beb..lentuk ! Lentuk yg menginsafkan. Sekeping pra-pelancaran ini album dijual dengan harga RM10 hinggit jer. Sama nilai dengan sekotak rokok "Gunung Dun" tu. Dari dok beli "Gunung Dun" baik lagi beli album ni. Album Ringgo dijamin tidak mengeluarkan asap penyebab kanser. betoi !
Ada perkara yg seronok dan sedih dia cerita kongsikan bersama dengan aku. Bila dia cerita seronok, seronokla kita..tapi bila dia bukak bab citer sedih..leleh beb..leleh.., aku yg kental ni pun boleh leleh..! Takpa..masa masih panjang, aku akan kisahkan suka duka hidup dia di blog ini nanti. Kena mohon izin dulu pak..! Baru gratis hasilnya..ehekk..! bersambung..
(*) Ole2 pagi yang segar dari Pekan Labis, DUN Tenang, Johor untuk pembaca blog albanjari online.
January 30, 2011 at 10:09 AM
Macam gurupencen juga, dah pencen baru berani istihar. Bukan nya takut, periuk nasi kena jaga juga.
Berperang dalam senyap2 lebih banyak kesan nya. Sebenarnya hampir 70% puak2 guru yang masih bertugas melakan peperangan secara senyap2.