PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

PANAS BERAPI - Tok Ai makin sasau selepas menang !

dun tenang dalam kawasan parlimen labis. pas kalah. umno bergembira dalam kelat. umno mahu meraikan kemenangan mereka tapi bala jua yang mendatang. hampir 60 ribu mangsa banjir dipindah. belum sempat tokai merasai kehebatan menjadi yb tenang. hidup dia tak tenang sudah. malam pertama menjadi yb sudah merasa azab sengsara ditenang. umno tak buat apa apa ditenang walaupun dah 53 tahun memerintah. umno sangat selesa disini, pengundi tegar ada bersama umno. busuk umno pun tekup hidung pun berbau masih disokong oleh pengundi tenang. begitulah hebatnya umno dalam urat darah pengundi dijohor. kalau darah yang mengalir tu boleh menjelma menjadi huruf pasti darah akan berwarna biru dan membentuk perkataan umno. begitulah sinonimnya umno dan pengundi diseluruh johor. umno jahat dan kejam, mereka biarkan pengundi mereka hampir lemas kerana kegagalan umno menyediakan prasarana yang baik untuk menghadapi banjir.

setelah 4 hari berlalu. umno terus membiarkan penduduk johor berada dalam keadaan berair. aku nak tanya kepada pengundi umno yang dapat habuan baru baru ini. jangan tipu tuhan nampak. untung secuit kuku rugi sebanyaknya. dapat duit tunai hasil mengundi umno dalam prk tenang, balik tengok rumah ratusan ribu ringgit malaysia alkepuk ranap ditelan banjir. apakah dengan duit seposen yang dibagi dapat mengembalikan rumah yang ranap. alat elektronik mampus dihantam banjir. rumah penuh kotoran selut, sampah sarap, najis manusia bercampur najis haiwan penuh dalam rumah akibat banjir. beribu kerugian ditanggung oleh penduduk tenang yang memilih umno. nanti ada pencacai umno tanya kalau undi pas banjir tak ada ke? bukan tak ada sekurangnya umno akan baiki sistem prasarana perparitan. laluan air akan dibina secepat mungkin untuk meraih kembali sokongan kepada umno. tapi penduduk tenang tak berapa nak cerdik jadi mereka kena tanggung akibatnya.

wang yang diperolehi tak setimpal dengan apa yang diperolehi. dapat duit mengundi rumah kelemasan. kereta maut dalam banjir. bumbung kena ganti, silling kapur kena ganti, mesin basuh jadi mesin angkut sampah sarap. semua kena ganti akibat kerosakan yang terjadi semasa banjir. wang mengundi tak mampu menampung semua itu. umno dah cabut lari tinggal pengundi dalam kesedihan. operasi menyelamat dianaktirikan. kroni selamat dulu yang kurang kroni diselamatkan kemudian. duit bawah bantal diangkut sekali oleh air, duit menoreh pun hilang, getah yang ditoreh telah hilang, kelapa sawit tak dapat dikait dan dihantar kekilang. peneroka terus menjadi mangsa felda. pokok pisang mampus dibaham air banjir. buku sekolah anak anak terpaksa dibeli baru, semua tak boleh dipakai. ada umno peduli, kalau mereka peduli dah lama mereka bina semua demi menyelamatkan pengundi yang menyokong mereka selama ini. kasihan pengundi umno. tak apa pru akan menjelma, tukar aje umno kepada pas, semoga pemerintahan baru dapat memberikan kesejahteraan dunia dan akhirat. tunisia dah dpt kerajaan baru, mesir menyusul apakah malaysia tak mahu kepada pemerintahan baru? tepuk dahi tanya otak.(FZT)

9 comments:

  1. Anonymous said...

    apa punya bangang orang yang tulis artikel ni. Janganlah taksub sangat, percaya lah kepada Allah, ini semua adalah ketentuaannya.Saya bukan ahli UMNO dan tidak mengundi BN masa pilihanraya lepas.

  2. Anonymous said...

    astagfirullah.. beruntunglah orang yang menabur budi kerana Allah.. dan rugilah orang yang mencela orang yang berbuat kebajikan kerana tuhannya.. adapun kejadian yang menimpa itu atas kehendak Allah.. apapun alasan hanya allah yang mengetahui.. kalaulah orang itu menakwilkan bahawa kejadian ini sebab bala sudah tentu orang itu sudah mencapai tahap wali.. dan sesungguhnya wali-wali itu tidak sesekali mengaku mereka wali.. sebab kemuliaan mereka itu terjadi secara spontan.. bersudah2lah mengadu domba.. berbuat cela.. jikalau hendak menang.. tunjukkanlah diri boleh berbudi dan rakyat boleh menumpang dan berlindung di bawah wakil rakyatnya.. bukan memecahbelahkan masyarakat.. yang mana sekarang ini perlu diperbaiki bukan dimomokkan dengan isu-isu yang tiada berfaedah.. setakat mencari aib orang.. tidak kemana.. lihatlah diri sendiri.. muhasabah diri dan munajat kepada allah.. mudah2an mendapat jua apa yang dicita..

  3. RABUN said...

    Semua ini ketentuan Allah ya, untuk menolak bala bencana begini kita mesti memilih ISLAM. Dan Pasti Islam itu akan tertegak, masa jer akan menentukan

  4. wak jowo said...

    wahai anonymous 8:31 PM dan 9.04 PM

    kamulah yg paling malang dan sebangang2 manusia. dah lah tak mengundi tak mengaku pulak ahli umno

    kamu nak jadi apa? jadi pak turut tumpang seposen dari umno?

  5. mat said...

    xde bangang..tp artikel yg kritikal..kene kaitkan dgn kuasa bn yg selama ni duk perintah kt situ..

  6. Anonymous said...

    kemungkinan ini adalah ingatan daripada Allah kepada manusia suoaya jangan menghina dan main2 dengan hukum Allah seperti mana umno dan sekutunya mempermainkan hukum bersalam antara lelaki dan wanita yang bukan mahram...WALLAH HUALAM

  7. Anonymous said...

    umno dengan mca sepakat menghina Islam di Tenang....masih lagi bukan bala Allah? Adakah umno berfikir Allah nak mengangkat makam penduduk Tenang kerana bersama dengan mca menghina Islam.

    Bala yang diturun oleh Allah samada kifarah atau mengangkat makam seseorang bergantung dengan niat perbuatan. Lagi satu istidroh...sentiasa lepas atau selamat walau pun sentiasa berbuat maksiat atau menghina Islam. Species ini kena tunggu diakhirat nanti. Spesis ini banyak dikalangan pemerintah.

  8. Anonymous said...

    kelantan banjir bukan bala juga ke..? Alahai...

  9. Anonymous said...

    sy lihat dr sudut ni pulak...ada makhluk Allah tu mengajak org ramai beriman dgn dia tetapi org dikawasan tersebut tidak menerima ajakan makhluk tersebut...lalu kawasan tersebut ditimpa bencana banjir yg dahsyat...makhluk dan pengikut nyer penuh dgn berita fitnah..apakah makhluk tersebut ya....

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |