PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Tsunami@Japan - Andai jawapan bik.mama sehebat ini !

Update foto terkini 14.3.2011

Kematian dan kemusnahan melahirkan rasa insaf kepada manusia yang masih hidup. Sesungguhnya manusia, seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Anas menyatakan anak Adam itu akhirnya akan tua, tetapi ada dua perkara yang kekal, iaitu nafsu dan kehendak yang keras.

Dalam sebuah hadis dari Abu Darda' pula dinyatakan bahawa sekiranya tidak ada tiga perkara, tidak ada anak Adam yang akan menundukkan kepalanya, iaitu kefakiran, sakit dan kematian. Di sebalik tiga perkara itu ada balasan ataupun hikmahnya.

Kematian dan kemusnahan sewajarnya menjadi renungan kepada manusia yang masih hidup. Setiap orang perlu mengambil iktibar daripadanya. Rasulullah menyuruh agar setiap orang yang beriman itu menziarahi kubur-kubur. Dengan berbuat demikian, ia akan memberi peringatan akan kehidupan di akhirat.


A Japanese woman breaks down in tears after her relative died in a Japanese Red Cross hospital after being evacuated from the area hit by tsunami in Ishinomaki March 13, 2011







Baginda juga menyuruh agar setiap orang itu mengendalikan mayat, mandi, mengkafan dan juga mengurus jenazah di kubur, kerana sesungguhnya mengurus jasad orang yang mati itu merupakan nasihat atau peringatan yang mendalam.

Sembahyangkan jenazah kerana dengan berbuat demikian ia akan melahirkan rasa insaf diri. Orang yang sedih itu sentiasa dalam naungan Allah dan akan memperoleh kebajikan.

Memikiri tentang kematian dan kemusnahan itu melahirkan rasa insaf diri. Membuktikan bahawa setiap yang hidup itu akan musnah dan mati. Hanya masa sahaja yang menentukan. Setiap sesuatu yang berada di muka bumi ini akan binasa. Yang kekal hanya zat Allah, Yang Maha Agung lagi Mulia (ar-Rahman: 26).

Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, biarpun kamu berada dalam benteng yang kuat dan begitu kukuh. (An-Nisa': 78).

Hasil daripada pemerhati kemusnahan dan kematian, apatah lagi dengan merenung kemusnahan tsunami baru-baru ini manusia yang berakal dan berupaya menggunakannya untuk berfikir akan mengingsafi bahawa Allah itu adalah zat yang agung lagi perkasa yang tidak ditandingi oleh sesuatu, Dialah Pencipta yang menghidupkan lagi mematikan.

Urusan Allah itu, apabila Ia hendak sesuatu itu berlaku, Ia memerintahkan dengan firmannya: Jadilah! Maka akan berlakulah. Dalam keadaan seumpama ini, setiap orang perlu sentiasa berwaspada, bahawa semuanya boleh berlaku di luar dugaan atau jangkaan manusia.




People are given first aid at a Japanese Red Cross hospital after being evacuated from the area hit by tsunami in Ishinomaki March 13.


Rescue workers check the remains of a tsunami devestated house for people in Natori in Miyage prefecture on March 13.



Rescue workers recover a victim's body from rubble in Rikuzentakata.


A ferry tossed by the surging water ended up on top of a building in Otsuchi, Iwate Prefecture.


A woman sits amid debris in the city of Ofunato, Iwate Prefecture


A soldier carries a woman out of a flooded area in Ishimaki, Miyagi Prefecture.



earching for her missing husband, Shizue Yamauchi looks inside an overturned vehicle in the town of Minamisanriku, Miyagi Prefecture.

Kerana itu manusia perlu insaf. Kalau kematian dan kemusnahan itu boleh meranapkan segala-galanya, maka bukan sesuatu yang mustahil bahawa kejadian yang sama akan berlaku pada diri setiap orang.

Kemusnahan boleh berlaku kepada setiap objek di dunia ini. Tidak kira kepada mereka yang kaya, berkuasa, ternama, bangsawan dan sebagainya.

Kemusnahan mengajar dan memberi amaran kepada manusia agar jangan mendabik dada. Jangan menghendak bumi untuk memperlihatkan bahawa dialah yang paling berkuasa, yang paling cantik rupa, yang paling merdu alunan suara, yang paling disanjung ramai dan sebagainya.

Bagi mereka yang kaya, yang merasakan bahawa segala-galanya boleh dibeli dengan harta benda, boleh menundukkan manusia dengan pangkat dan nama perlu insaf bahawa Allah berkuasa memusnahkan segala kekayaan atau bintang-bintang yang tersemat di dada sekelip mata, boleh hilang tidak dapat memiliki.

Menurut ahli sains, ahli kaji bumi dan sebagainya, kerana setiap sesuatu itu mempunyai sebab musabab yang akhirnya mencetuskan akibat, lalu akhirnya dikaitkan dengan qadak dan qadar Allah.

Analisis yang dikemukakan oleh mereka yang ahli, lumrahnya dapat difikiri akal manusia. Hujah-hujah yang dikemukakan berdasarkan fakta dan kajian. Biarpun hujah-hujah kajian itu menyakinkan, lagi boleh dijadikan panduan, masih terdapat peristiwa alam yang tidak dapat dijangka oleh akal manusia atau kajian saintifik.

Semakin banyak manusia mengkaji dan mengurus, semakin maju cara manusia bertindak, akan lebih terserlah lagi betapa banyaknya kejadian alam yang masih tidak dimaklumi oleh akal manusia.

Hal demikian membuktikan bahawa ilmu yang dimiliki oleh manusia itu terlalu sedikit. Kerana itu manusia tidak sewajarnya mendabik dada berasa bahawa dia adalah seorang yang paling pakar, paling bijak dan berilmu, kerana pada hakikatnya, zat yang berilmu itu hanya Allah jua.

Qadak dan qadar Allah, terutamanya qadak yang merupakan kecelakaan ada kalanya diturunkan merupakan kafarah daripada Allah terhadap hambaNya yang melakukan dosa, iaitu balasan Allah diturunkan ketika manusia hidup di dunia sebagai balasan dosa-dosa yang dilakukan.

Rasulullah menyatakan bahawa apabila seorang hamba itu melakukan dosa, lalu ia ditimpa kesusahan atau bala ketika di dunia, maka Maha Suci Allah daripada menyeksa hamba-Nya buat kali kedua di akhirat kelak.

Sesungguhnya, Allah apabila mahukan sesuatu yang baik itu berlaku ke atas hamba-Nya yang melakukan dosa, maka Allah akan mempercepatkan balasan dosa yang dilakukan itu ketika dia masih hidup di dunia. Demikianlah di antara rahsia qadak dan qadar Ilahi yang tidak mudah dimaklumi oleh manusia.

Berbanding dengan azab akhirat, azab di dunia begitu ringan. Sesungguhnya azab akhirat yang paling ringan itu ialah apabila batu neraka itu diletakkan di bawah telapak kaki seseorang, nescaya menggelegak jua otak orang yang berkenaan.

Sesungguhnya Allah apabila hendak menyeksa hamba-Nya, Allah akan memasukkan hamba berkenaan ke dalam neraka, lalu hamba berkenaan terbakar dengan penuh seksaan, kemudian Allah gantikan kulit yang terbakar tadi dan terus diseksa, sehinggalah seksaan itu menepati kadar balasan akibat dosa-dosa yang dilakukan.

Hal ini berbeza dengan seksaan Allah ketika seseorang itu hidup di dunia. Manusia akan pengsan akibat penderitaan yang dialami. Apabila ini berlaku, orang yang terlibat tidak akan berasa sakit lagi. Hal demikian tidak berlaku ketika seseorang itu diseksa di neraka kelak.

Kematian yang berlaku, sama ada ia berlaku secara beramai-ramai seperti yang berlaku dalam peristiwa tsunami atau kematian yang berlaku seperti biasa adalah sama. Kematian bererti berakhirnya hidup di alam fana ini, lalu kehidupan seseorang itu berpindah ke alam arwah atau alam baqa iaitu alam yang kekal buat selama-lamanya.

Sesungguhnya jangkauan hidup manusia itu terlalu pendek. Baginda menyatakan bahawa umur umatnya adalah di antara 60 hingga 70 tahun. Dan hanya sebahagian kecil sahaja manusia yang umurnya melebihi had umur berkenaan.

Kalaulah manusia itu tidak mati kerana bencana alam, kemalangan atau sebagainya, apabila tiba waktunya iaitu had umur seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah, manusia tetap akan mati juga.

Sesungguhnya Allah banyak memberi petanda tentang kekalnya kehidupan di akhirat tersebut. Hidup di dunia ini hanya sementara sahaja. Allah seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah mahukan manusia itu menjadikan kehidupan di dunia ini sebagai tempat jambatan kehidupan ke akhirat. Jadikan kehidupan di dunia ini sebagai semaian, bakal dituai hasilnya di akhirat kelak.

Walaupun demikian, manusia sering terpesona dengan kehidupan atau apa yang dirasakan sebagai nikmat hidup di dunia dengan merendah dan mengabaikan had-had hukum Allah, padahal nikmat dunia ini penuh dengan tipu daya belaka.

Berbanding dengan nikmat di akhirat, nikmat dunia ini tidak ubah seperti orang yang memasukkan jarinya dalam air laut. Air yang lekat di jari itulah nikmat dunia, padahal nikmat akhirat itu digambarkan seperti air di lautan banyaknya di mana luas lautan itu melebihi kadar bumi tempat berpijak manusia.

1 comments:

  1. pokku(putrajaya) said...

    Assalamualaikum &salam Perjuangan...

    best jugak artikel wak kali ni...minta copy deh, nak buat renungan pada diri sendiri&shbt2 yang lain serta shbt2 yg masih be-end totok...

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |