PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Tsunami@Japan - Angka ini akan jadi 'sejarah'. Ilmu alam untuk flom?


3,371 - Jumlah rakyat yang disahkan terkorban
15,000 - Jumlah orang hilang
550,000 - Dipindahkan sejak gempa bumi
2 - Jumlah mangsa yang masih hidup dan ditemui dibawah runtuhan selepas 4 hari
RM490 billion - Jangkaan kos baikpulih selepas bencana
4 - Jumlah letupan di loji nuklear Fukushima
30 km - Kawsan larangan zon terbang di sekeliling loji Fukushima
5 juta - rumah kediaman terputus bekalan elektrik
1.5 juta - penduduk terputus bekalan air
76,000 - Jumlah bangunan yang ranap dan rosak
6,300 - Jumlah bangunan yang musnah sama sekali
9.0 - Kekuatan gempa yang membadai Jepun
8.2 - Kekuatan gempa bumi maksimum yang dapat ditahan oleh loji nuklear Fukushima
RM 70 juta - kos renovasi yg dicadangkan untuk rumah ro$mah di putrajaya.*

(*) Eh..macamana aku leh merepek masuk data yang langsung tak der kaitan dengan jepun nih? Ker aku dah sama bangang dengan 'kenyataan' si'flom' ni? (skrol cerita dibawah) Sekadar kebetulan..agaknya ! 




KERANA MULUT :
Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor hari ini membuat kejutan apabila membayangkan tragedi tsunami dan gempa bumi di Jepun adalah akibat kelalaian negara itu melaksanakan pembangunan mesra alam.

Ketika pemimpin kerajaan lain termasuk suaminya menyampaikan takziah kepada Tokyo, stesen televisyen AWANI memetik Rosmah sebagai berkata malapetaka itu memberi pengajaran penting kepada Jepun dan negara-negara lain.

Beliau mengaitkan gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun kepada pembangunan pesat dan perubahan iklim dunia.

"Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan perubahan iklim dan teknologi hijau, " kata Rosmah.

"Ini termasuk juga negara kita,'' tambah beliau.

AKIBAT MULUT :
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor digesa meminta maaf kepada rakyat serta kerajaan Jepun kerana kerana mengeluarkan kenyataan dangkal berkenaan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun hingga menjadi tajuk utama portal berita antarabangsa, CNN.

Dalam satu sidang media di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata Rosmah juga perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana memalukan nama negara di mata masyarakat antarabangsa.

"Akibat komennya yang dangkal, seluruh Malaysia diketawakan dan dicemuh dunia. Ini lebih teruk kerana ia berlaku selepas kontroversi kartun yang menghina sensitiviti rakyat Jepun dan seluruh dunia," kata beliau.

2 comments:

  1. perjalanan pulang said...

    gatai sangat

  2. toyolkiut said...

    mentang2 mulut pm, ikut suka ia je nk kata..
    x blaja geografi ke? mana pulak pmbngunan d kaitkn gempa bumi..

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |