PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(1) PANAS BERAPI - UMNO jelas racist, tapi mengapa PAS nak ikut sama ?

radens albanjari
Rabu, 15 Jun 2011 | 9.45 pm

Setiausaha Agong Keadilan, seorang YB. Setiausaha Agong DAP juga seorang YB. Lim Guan Eng, ahli Parlimen Bagan manakala Saifuddin Nasution, ahli Parlimen Macang. Jawatan SU Agong bukan jawatan kecik anak ! Hati mau kering..bro ! Hebatnya barisan Setiausaha-setiausaha Agong dalam Pakatan Rakyat. Cuma sikit saja yang terkucil, SU Agong PAS. Beliau bukan dari kalangan YB-YB.

Ikut sembang kedai kopi, nampak macam lekeh pulak PAS, pasal PAS hanya ada SU Agong tanpa title YB. Tak kisah laaa..! Rezeki Stopa Ali tu. Siapa kita nak pertikai. Macam juga Haji Asmuni Awi tetap dilantik untuk penggal yang ke-5 walaupun kalah 5 kali dalam pertandingan jawatan AJK Kerja PAS Pusat, beliau tetap terus dilantik sebagai AJK Pusat secara lantikan. Hebat mereka-mereka ini, itu sembang kedai kopi.

Kalau di kopitiam pula, lain nadanya. Macam lekeh sungguh pemimpin PAS di Perak ni. Selain dari Hj. Asmuni, tak dak orang lain kaa yg lagi sesuai nak duduk di kerusi tu? Nak fikir Hj. Asmuni ni cemerlang di peringkat pusat, mungkin ada kot? tapi macam ada yang tak kena saja aku tengok ? Ikut calon yang tanding AJK, ada nama Ustaz Azli Taliban, ada nama Khalil Idham Lim, ada nama Misbahul Munir.Tapi semua tersipu-sipu ke tepi. Agaknya calon lain tu ter ke tepi pasal tak berduit kot? Hmmm..sekadar mungkin saja ! Siapa kita nak atur calon-calon AJK lantikan yer dak ? Kalau dalam poket hanya boleh bayaq kopi harga RM3 hinggit kat kopitiam baik ler diam. Lain la kalau syer hang ada juta-juta macam AJK lantikan tu..dan boleh minum kopi RM25 secawan..baru laa..hoo-hoo liaw..!

Kepada Jawatankuasa yang pilih AJK lantikan ni, alert ler sikit, bagi ler peluang pada orang lain sama menyumbang idea kepada parti. Ada AJK yang baru dilantik baru-baru ini, sudah duduk kat situ dah 4 penggal sebagai AJK lantikan, lama tu bro? Entah laa..! Dalam ceramah, bersembor air lior suruh penyokong praktis slogan 'JOM UBAH', Tapi setakat ini, setakat suruh sokong berani ..UBAH saja. Tapi di peringkat tertinggi, tak berani nak ubah walaupun ada AJK dah sampai tahap ubat luput tarikh, tapi terus disimpan dalam freeze..ker jadah nyer?

Ada blog yang pertikai cerita pasal Presiden terus lantik Stopa Ali sebagai SU Agong parti. Hairan ker buat-buat hairan ? Tak perlu hairan, macam juga macam Hj. Asmuni Awi terus dilantik 5 penggal berturut-turut. Tak perlu nak hairan sangat. Mungkin apa yang komenter PuakPAS tulis dibawah boleh menjawab soalan tersebut.



tampalan ini diangkat dari komen dari artikel DI SINI dari blog cenangau,
" adakah pembaharuan bererti kita membuang semua yang lama dan digantikan dengan yang baru, atau memperbaharui yang lama ?

Kesombongan yang menyebabkan kita merasakan setiap ijtihad siasi yang dibuat oleh orang adalah suatu kesilapan. Bertambah parah bila prasangka buruk sedang berada ditahap yang tertinggi. Ahli PAS telah menjalani pemilihan 2011 dengan jayanya, keputusan pemilihan diterima dengan penuh kerehaan dan telah dianggap sebagai kehendaki parti, walaupun terdapat mereka yang dipilih bukan merupakan calun yang disokong, atau seorang calun dianggap yang sepatutnya terpilih.

Beginilah latihan yang diajar oleh masyarakat awal Islam yang diwarisi oleh umat Islam semasa. Walaupun sesetengah pihak berpendapat Khalid al-Walid tidak sepatutnya dikeluarkan dari memimpin tentera Islam, dalam menghadapi saat genting menentang musuh Islam, namun mereka akur dan redha kepada tidakan Umar bin al-Khatab, walaupun tidak menepati kehendak selera mereka.

Apabila Rasulullah SAW wafat, Abu Bakar dipilih sebagai khalifah, umat Islam semasa menerimanya dengan penuh redha. Namun terdapat segelintir yang tidak menyetujuinya dan golongan ini terpinggir dari masyarakat umum Islam. Lihatlah kesannya negatifnya, setelah 1400 tahun Abu Bakar dan Ali mati, pelantikan tersebut masih diungkit, dan terdapat yang menjadikannya modal untuk memecah belah umat Islam.

Haji Hadi telah dilantik presiden PAS sebulat suara oleh ahli PAS, beliau dikenali sebagai seorang ulamak memiliki ilmu dan kebolehan menyampaikan ceramah dengan baik. Telah diperakui sebagai seorang muslim yang soleh, dan tidak mempunyai sifat yang membawa kepada kefasikan. Telah menghabiskan sebahagian dari hidupnya berjuang mendaulatkan Islam dan memperkasakan parti PAS.

Semoga persoalan ini boleh dijadikan pertimbangan kita bersama, dibuat berasaskan kepada keadilan bukan berasakan kepada nafsu. Dengan sifat dan pengalaman yang dimiliki, adakah Hj. Hadi tidak layak dan tidak mampu untuk melakukan itijad siasi?

Adakah setiap tindakan dan ijtihad Hj. Hadi boleh membawa kepada kehancuran parti PAS? Adakah Hj. Hadi seorang yang diragui kesetiaannya kepada parti dan bersifat menyanyangi musuh (UMNO) lebih dari menyanyangi parti sendiri?.

Adakah Hj. Hadi seorang diktator yang menguruskan parti secara kuku besi, dimana setiap tindakannya melantik mana-mana jawatan parti tidak dibuat secara syura?

(*) Yang musykhilnya, sudah 2 penggal aku lihat, tiada lantikan AJK Kerja PAS Pusat diberikan kepada calon bukan melayu. Kata PAS FOR ALL ? Tunggu artikel seterusnya : PAS Racist ? Apakah jawatan dalam PAS hanya untuk melayu islam sahaja ? Jika begitu buang saja slogan PAS FOR ALL..nampak macam mengarut ! - radens albanjari


PAS Racist ? Terbitan ini adalah terbitan pertama dari 3 siri.

2 comments:

  1. ibnmustaffa said...

    Wak, kome dah jadi Man Saman Kati dan Cenangau ke? Asyik tembak kawan jo.

    Bior le sapa2 pun yg pegang jawatan kat atas tu. Dema pegang amanah.

    Hamba memang tak suka Mat Sabu jadi TP, tapi dah Mat Sabu menang namun bukan majoriti, hamba tetap wala' pada Mat Sabu. Dah dia dipilih, kena ikut je lah.

    Pelik bebenor dgn perangai puok2 PAS Perak nih, adeee je yg tak kene. Patut Allah tarik balik kuasa. Ke guane?

  2. serenity9260 said...

    PAS,umno tu buruk,takyah la ikot.nape le mesti ikot yang burok??


    Ni best bro!!!
    Giler Aje!Burger Yang Diperbuat Daripada Najis
    Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |