PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Ikut kalender bunian 4 hari sama tempoh 26 hari di alam nyata ?

Memang magik. Betul bro..! gua bikin fan page FB free bro..tapi kerajaan bikin 8 fan page RM1.8 juta habis bro ! Magik..magik..memang magik. Macam cerita dibawah, dia hilang 26 hari bro tapi rasa dia baru hilang 4 hari, magik..magik...! 26 hari ikut kalender Masihi, 4 hari dia ikut kalender mana pulak tu? Ada siapa boleh beri pencerahan dan murnikan bab-bab kalender ghaib nih? - radens


Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my

Saya terkejut diberitahu telah hilang sejak 26 hari lalu sedangkan saya rasa baru empat hari hilang

JITRA – Seorang doktor pelatih Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dekat sini yang hilang selama hampir sebulan didakwa akibat dipukau ditemui selamat di pusat beli-belah Berjaya Mega Mall di Kuantan, Pahang pada Sabtu lalu iaitu pada hari dia sepatutnya melangsungkan majlis pertunangan..
Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, ditemui oleh ketua pengawal keselamatan di pusat beli-belah tersebut apabila dia ditahan kerana tidak membayar bil makanan sushi RM70 di sebuah restoran pada pukul 5 petang.

Ketika ditemui, Noor Noor mengenakan baju T putih dan seluar sukan sambil membawa sebuah beg galas mengandungi pakaian yang dipakainya pada hari dia dilaporkan hilang iaitu kemeja, kasut dan tali pinggang.

Turut disimpan dalam beg sama beberapa barangan lain antaranya kain pelikat, kopiah, berus sabut dan berus gigi.

Bagaimanapun, telefon bimbit dan beg kerjanya berwarna hitam yang mengandungi beberapa dokumen penting hilang.

Mengimbas kehilangannya, Noor Azam berkata, dia tidak menyedari apa yang berlaku pada dirinya sepanjang dilaporkan hilang sejak 26 hari lalu sehinggalah pengawal keselamatan membuka dompetnya untuk mengambil kad pengenalan.

“Pengawal itu bertanya sama ada saya Dr. Mohd. Noor Azam yang hilang selepas melihat kad pengenalan dan kad pekerja saya tetapi saya masih tidak ingat sehingga saya melihat gambar bakal tunang di dalam dompet.

“Saya tersedar dan terus menangis lalu bertanya kepada pengawal itu tarikh dan tempat saya berada pada ketika itu,” kata doktor itu ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Bunga Raya di sini semalam.

2 comments:

  1. serenity9260 said...

    kesian nya,huhu


    Ni best bro!!!
    Cool Aje:Pejuang Libya Menggunakan Barang Buangan Untuk Mencipta Mesin Perang Seperti Machine Guns!!

    Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

  2. jebon said...

    bahaya ni jangan jadi doktor...kang diberi ubat terlebih bius ke..minta kementerian kesihatan cx balik mental mamat ni takut mudarat pada pesakit yg beurusan dengan dia

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |