PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Yang kena telanjang itu SAYA ! Puihhh !!



Zaman kebangkitan Rakyat. Bila rakyat sudah bangun, duit ringgit kamu(BN) sudah tidak berguna lagi. Puihh !!

BLOGGER HAPRAK UMNO DESAK AG FAILKAN RAYUAN DEMI SAYFOOL.
KUALA LUMPUR 14 Jan. - Beberapa orang blogger mendesak Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya mengemukakan rayuan selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Blogger House PK antaranya melahirkan harapan agar Abdul Gani mengambil kira semua aspek kerana ia melibatkan keadilan untuk mangsa seperti Mohd. Saiful.

Jelas blogger berkenaan, beliau perlu meneruskan proses rayuan dan jangan gentar dengan pendapat pihak yang menolak usaha tersebut.

"Apa nak takut? Selama ini pun, kalangan pembangkang dah kata macam-macam pasal hakim dan mahkamah. Apa nak hairan? Bila keputusan menyebelahi mereka, mereka suka, kalau tak, mereka akan bikin (buat) kecoh. Kalau nak layan dengan gelagat depa (mereka) ni, alamatnya hancurlah negara kita.

"Apa pun, Mohd. Saiful wajib diberi keadilan. Peguam Negara, ramai rakyat sedang memerhati. Ramai yang tidak berpuas hati. Masih ada peluang buat Mohd. Saiful. Jadi, tolong jangan hampakan kami, kami mahukan keadilan untuk Mohd. Saiful," katanya dalam entri bertajuk 'AG kena teruskan dengan rayuan dalam kes Anwar liwat Saiful'.

Hal sama turut disuarakan blogger Blog MIK .Dalam entri bertajuk 'Blog MIK sertai desakan rakan-rakan blogger... Peguam Negara failkan rayuan kes liwat Saiful', blogger berkenaan menjelaskan Mohd. Saiful layak untuk mendapat pembelaan dan keadilan buat dirinya.

"Kita menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang diputuskan oleh Hakim Datuk Zabidin Mohd. Diah. Pihak pendakwaraya sudah membuat keputusan untuk merayu dan kini segala-galanya terletak di tangan Peguam Negara untuk meneruskan proses keadilan buat Mohd. Saiful," tegasnya.

Sementara itu, blogger Papa Gomo pula berkata, dalam undang-undang, hanya Peguam Negara yang mempunyai kuasa untuk mendakwa, merayu atau menarik balik pendakwaan.

"Justeru, keputusan kini hanya terletak pada Peguam Negara sama ada untuk merayu atau tidak. Kepada beliau, buktikanlah bahawa anda juga seorang 'anak jantan'. Berani kerana benar dan takut kerana salah," katanya.

Dalam pada itu, blogger The Unspinners  mempersoalkan tindakan Majlis Peguam yang menuntut pihak pendakwaraya supaya tidak membuat rayuan dalam kes berkenaan. (Utusan Malaysia)

KARPAL MINTA AG TIDAK FAILKAN RAYUAN.
Peguam utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh menggesa Peguam Negara (AG) tidak memfail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membebas dan melepaskan ketua pembangkang itu dari tuduhan liwat.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata sebagai peguambela beliau juga berhak, berdasarkan keterangan, menggesa AG agar tidak membuat rayuan.

"Perbicaraan ini dipanggil ibu segala perbicaraan di Malaysia dan saya kira tiga tahun (perbicaraan) adalah cukup lama dan ia perlu dihentikan demi kebaikan semua," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya semasa pesta Pongal di George Town hari ini.

Pada 9 Januari, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari.

Sekalipun rayuan dibuat bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim supaya AG mengemukakan rayuan, Karpal Singh berkata sebagai peguambela beliau juga mempunyai hak menggesa AG supaya tidak berbuat demikian.

"Cukup malang perkara berkenaan telah berlarutan hingga ke peringkat ini buat Saiful, tetapi sebaiknya negara dan semua terlibat menghentikan penghinaan terhadap Anwar dan keluarganya dan terus bergerak menangani isu-isu politik yang lebih penting yang menyentuh setiap orang," katanya.

1 comments:

  1. Anonymous said...

    kalau jubor hang yang kena tutuh baru hang tak sokong nuar...apa pun tahniah...le coz lu memang masuk syurga..pasal.sokong penutuh jubor luth dan penzina...kalau ditakdirkan anak hang yang kena tutuh jubor hang diam je lah yeeeeeee...

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |