PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

PANAS BERAPI - Asakan jentera PAS dan Pakatan Rakyat semakin hebat !



Malam terakhir kempen. Sudah takdirnya, hujan lebat sedang turun sekarang. Jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat masih belum goyah menghentikan jadual kempen yg padat malam ini. Seluruh pelusok DUN Tenang kini sedang diredah biarpun tubuh basah kuyup. kegelapan malam bukan penghalang untuk pasukan penceramah untuk tiba di kawasan paling jauh dan terpencil seperti di Kg. Sawah Baru. Jalan yang sempit dan gelap menjadi cabaran buat kami. 

Berbeza dengan kem BN yang dilihat sudah selesa dengan laporan kajian yg dimuntahkan dari analisa Ilham Centre yang menyatakan bahwa BN akan menang dengan majoriti 3 ribu undi. Hampir seluruh jentera BN kini dalam suasana kegembiraan. Kempen juga sudah dihentikan, apabila segala gula-gula sempurna  dijajan Wanita dan Puteri ke setiap rumah. Blogger haprak UMNO meramai bersidai di kedai2 kopi dan kopitiam. Menyedup sakaret sambil mengepul asap memenuhi ruang santapan. Duit upah fitnah juga sudah siap dibahagi. 

Biarkan luncai terus alpa sambil gelak gembira. Ilham Centre sudah kata, BN akan menang 3 ribu undi. Biarkan..biarkan..biarkan ! Biarkan mereka menikmati gembira malam ini, sambil bermain dengan air hujan. 

Hey..itu hanya kajian. Tempur hakiki 'peperangan' ini hanya akan terjawab esok. Dan aku tahu, esok aku bakal melihat satu perubahan yg hebat akan berlaku di Tenang. Andai kita menang dengan 1 undi, itu jua akan dikira kemenangan buat Pakatan Rakyat dan Islam. Teruskan berdoa kepada sahabat sekelian yg mendokong islam dalam perjuangan, agar kemenangan tetap ampuh milik PAS dan Islam. 

(*) Aku tetap percaya kepada kata hati bahawa kemenangan Normala diakhir peperangan ini akan menutup segala fitnah jahat BN di sini. Takbir !

4 comments:

  1. Anonymous said...

    Kami Sekalian jemaah pejuang keadilan sentiasa mendoakan kemenangan ke atas perjuangan islam... PAS pasti boleh...

  2. Anonymous said...

    Mudah-mudahan PAS menang di Tenang. Takbir!!!!

  3. nangome said...

    SELAMAT MAJU JAYA CIK GU MALA KEMENANGAN DITANGAN CIK GU (PAKATAN RAKYAT)

  4. Anonymous said...

    Ya Allah Ya Rabb. permudahkanlah kemenangan kepada Cikgu Mala dalam menghadapi ujian getir ini, Amiin

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |