PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Imelda marcos II - Kejatuhan regim yang menanti masa..!

Ingatkah kalian pada sejarah Imelda Marcos, Iron Lady No.1 Filipina ? Satu masa dahulu negara itu sama tarafnya khusus dalam bidang ekonomi dengan kebanyakan negara rantau ini termasuk Malaysia. Namun negara itu hancur kerana rasuah yang tak terbendung. Kehancuran negara itu menjadi 'laju' bila wujudnya wanita pertama Imelda yang begitu rakus,  maka negara tersebut seperti tak mampu lagi bangkit hingga kini.

Ketika rakyat susah Imelda berbelanja mewah. Namun bila rakyat bangkit beliau dan suaminya terpaksa hidup dalam buangan. Apakah sejarah ini bakal akan berlaku di dalam negara kita Malaysia ? Sejarah Imelda Marcos yang melambangkan kejatuhan, kini sinonimnya telahpun beralih dari bumi Filipina ke bumi Malaysia tanpa kita sedari. Salah satu tanda besarnya adalah Imelda Marcos.

Kenapa Imelda Marcos II harus berlaku di bumi Malaysia dan tidak ke atas isteri pemimpin-pemimpin di Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia mahupun pemimpin negara maju? Tepuk meja nak tanya siapa ? Braheng Ali, Najib, Rosmah, Polis ? Jawapannya sudah ada dihadapan mata. 

Sara hidup rakyat kian membeban 
Sejujurnya senario sebahagian besar rakyat sudah tidak tahan lagi dengan beban kehidupan seharian yang amat berat dan serba mahal. Nilai wang RM sudah begitu menyusut. Kuasa beli rakyat makin mengecil. Bawa RM50 apa benda yang mampu dibawa pulang ? Zaman ini bukan zaman duit 'kupang-kupang' bro ! Gaji RM2 ribu sebulan lu ingat dah besar sangat ker ?

20 tahun dahulu, gaji RM2 ribu sudah dikira 'orang kaya'. Jalan serupa 'gangster', kaya maa !! Sekarang gaji lu RM2 ribu, lu masih tahap 'merempat' bro !  Masih 'kayap' !! 20 tahun dulu, beras 18 kg harga baru RM16.50 sen satu kampit, sekarang itu nilai lu boleh bawa balik beras hancur 5 kg jer bro !! Itu tanda rakyat hidup makin susah dan terhimpit.

Penganiayaan dan penguasa yang zalim
Kini rakyat sudah tidak merasa selamat di bumi sendiri. Jenayah makin tinggi. Pengangguran tok sah cerita ! Rasuah sudah macam 'roti canai' mamak KIMMA, mana-mana boleh nampak. Minggu lepas, ramai yang kena 'hantam' FRU dapat makan 'bufet' FREE di Pulapol, tapi itu kos RM25 hinggit satu kepala 'rakyat' yang tanggung. Bukan duit UMNO bro ! Tapi itu duit dari cukai yang dikutp dari rakyat.

Kasi makan itu sudah baik, kerja mulia maa..! Aku pun sanjung. Tapi itu sebutharga apasal manyak mahal? Zalim sungguh katerer yg sediakan makanan tu. Soror pun kapitalis, tapi ini kapitalis lagi cilaka maa !! Paling logik pun kalau ambik kira harga ayam yang mahal sekarang dan lain barang, RM15 satu kepala itu harga yang sudah kira katerer pun sudah ada untung ! Lebih tu mana pergi ? Hangpa 'make up' harga  kaa ? Haiyaa..! Manyak zalim, sudah aniaya rakyat lorr !! Rakyat bukan bodoh !

Jika perkara begini terus berlaku dan leluasa, memang akan SEGERA gelombang BERSIH, kebangkitan rakyat akan berlaku dengan lebih cepat : Lihat bagaimana kejayaan rally Bersih 2.0 yang disambut oleh rahmat hujan seketika sebagai bukti tanda kebesaran yang Maha Esa. 


Sebelum ini kehadiran jerebu yang melanda teruk negara telah memberi isyarat terhadap kekalutan pemerintahan semasa pemerintaha TDM. 


Ikan dugong mati mendamparkan diri di Johor menandakan terlepasnya Pulau Batu Putih dan diikuti kepentingan pertahanan TLDM di Woodland dirapuhkan. Bukti terakhirnya adalah apabila tanah KTMB pula tergadai.

Bukti seterusnya, Bersih 2.0 yang secara aman telah dimanipulasi secara tidak adil oleh semua pihak yang diamanahkan membela dan menjaga keselamatan serta kepentingan rakyat. Tak habis-habis membohongi rakyat. Jika sekali kena bohong takpa, ini dah hari-hari kena bohong..rakyat pun sudah tak tahan maaa !!

Ucapan bangang dan kalut para penguasa tho'gut yang berkuasa boleh pula berkata dengan sombong di hadapan gerombolannya dengan ucapan "Ini Bumi Kita" tanpa berlapik langsung mengucapkannya. Lu nak jadi 'firaun' kaa ? Hanya firaun saja yang berani cakap begitu.  Alangkah moleknya jika cakap sebegini, "Ini Bumi Allah, yang saya percaya Allah amanahkan kepada kita..." Mungkin fikir thogut itu apa yang dicakapkannya tidak dicatit oleh para Malaikat ? mampus lu..!!

Natijah dari apa yang berlaku dan akan berlaku, suka atau tidak suka, tanda-tanda yang terang lagi bersuluh ini telah diqodarkan oleh Allah untuk berlaku di bumi ini. Hanya manusia yang celik dan mahu berfikir sahaja yang akan diberikan Allah petunjuk dan bersiaga.


2 comments:

  1. hydran said...

    pak ajib berjaya pesongkan ramai manusia


    PALING SENSASI ABAD INI!!:
    LADY GAGA PAKAI.....KONDOM!!
    ISU MAKCIK HINA ISLAM!!

  2. "Hamba Tafakkur" said...

    Alhamdulillah, sebarkanlah apa jua yang baik. Mudah2an Rakyat Malaysia mendapat kesedaran mendalam.

    "Hamba Tafakkur"

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |