PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

KL yang 'GILA' - (22) Keberanian kamu mengerunkan UMNO ! MESTI BACA !!

Alhamdulillah, terburai jua spekulasi aksi yang ditohmah akhbar celaka kelmarin. Baru sebentar tadi wak dihubungi oleh sahabat dari Pahang, bahawa aksi berani yang menunjukkan peserta melontar objek itu sebenarnya bukan batu atau pisau, tetapi tin bom asap yg ditembak polis kearah peserta BERSIH., dan dia memulangkannya semula. Sahabat itu memaklumkan bahwa peserta itu adalah rakan baiknya di dalam Unit Amal. Bukan SB atau provocator sebagaimana yang digembar-gembur oleh ramai facebooker dan blog. Alhamdulillah. Hebatnya dia, bilamana tin bom asap yg panas berasap itu dilontarkan semula olehnya kepada polis yang menembak mereka ke tepi rumput. Ini baru buku bertemu ruas ! 

Tahniah kepada Pemuda Unit Amal  yang sungguh berani ini ! Anda adalah HERO kami ! Takbir !!

KISAH BOX OFFICE tentang HERO ini - KLIK DI SINI.



TEMERLOH, 11 Julai: Seorang Pemuda Amal PAS kawasan ini mengecam tindakan sebuah akhbar harian semalam yang menyiarkan gambarnya dengan imej “pemuda bertopeng” semasa perhimpunan Bersih Sabtu lalu yang telah diubah suai bagi menggambarkan keganasan.

(Gambar yang disiarkan oleh sebuah akhbar yang tidak membayangkan hal sebenarnya)

Sebaliknya beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana mahu digambarkan akhbar berkenaan.

Serentak dengan itu, beliau yang menganggap akhbar kawalan Umno itu berniat jahat dan menipu rakyat negara ini menggesa jurufoto yang menggambil gambarnya itu menyiarkan gambar yang sebenar atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Saya turun ke Kuala Lumpur sebagai anggota Amal PAS yang mengawal keselamatan dan saya berada di hadapan Maybank bersama puluhan ribu rakyat ketika itu dan saya berada di depan sekali. Antara pimpinan yang ada ialah Dr Mohamad Hatta Ramli.

“Pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, saya sempat mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis,” ujarnya.

Tambahnya, gambar yang masih disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan membaling kelongsong gas kosong ke tepi.

Katanya, anggota Amal diajar dengan disiplin yang tinggi dan jika beliau memiliki pisau sudah lama ditangkap polis kerana perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur terpaksa menempuh banyak sekatan polis. Malangnya gambar tersebut telah diubah suai dengan niat jahat, menipu dan mengaibkan peserta himpunan menuntut pembaikan proses pilihan raya itu.

“Kenapa keluar gambar saya seorang, mana puluhan ribu lagi rakyat yang berarak dari Jalan Pudu hingga ke Maybank itu? Saya cabar akhbar itu siarkan gambar sebenar,” katanya. Mengenai pemakaian topeng, beliau berkata itu bagi mengelakkan terhidu gas berasid yang boleh memudaratkan kerana beliau sudah bepengalaman acap kali menyertai demonstrasi.

Dalam pada itu beliau sedang berbincang dengan seorang peguam terkenal di sini bagi membawa kesnya itu ke mahkamah kerana beliau sudah mula menjadi tumpuan umum akibat gambar yang mengaibkannya disiarkan secara berleluasa. - Harakah

4 comments:

  1. Anonymous said...

    BERANI AMENDE POLIS SEMBUR JA LARI MACAM SETAN

    NAPA TAK LAWAN - LAWANLAH KALAU BERANI

    KAMI TENGOK NAK TERGELAK SIKIT PUN TAK GERUN - CAKAP BESOR NAK BERJUANG TAK SEDAR JADI ANJING KAFIR

    TAIK KUCING

    HAHAHAAHAH

  2. Anonymous said...

    kepala hotak ko la anon atas nih! meh aku simbah kepala ko ngan air kimia FRU tuh, takpon aku kasi sumbat mulut busuk celaka ko tuh ngan air "picirin" br boleh cuci sket otak goblok ko tuh!

    -the Helix-

  3. Anonymous said...

    Untuk anon July 11,2011 11:08

    Polis bukan sembur dengan air biasa tetapi sembur dengan air berasid. Kalau aku ada kat sana masa tu, aku pun lari. Setan tak lari sebab kena sembur dengan air tapi setan lari apabila dengar bunyi azan. Bukan tak mahu lawan polis tetapi nanti media putar belit berita dengan menyatakan bahawa peserta demonstrasi ganas. Kalau betul-betul nak lawan aku pun tak tahu apa yang akan terjadi. Bayangkan nisbah polis dengan peserta demo 1:10. Lu fikirlah sendiri! Buat apa nak gerun dengan peserta demo kerana mereka cuma bawa garam dan air mineral sahaja. Walau bagaimanapun aku cukup kagum dengan keberanian mereka untuk hadir di dalam demo itu walaupun berbagai-bagai tekanan dikenakan oleh kerajaan UBN. Aku yakin bahawa bagi orang-orang yang beriman mereka hanya meletakkan kebesaran Allah di dalam hati mereka dan menganggap cabaran yang lain kecil sahaja. Berbeza dengan sikap segelintir manusia yang mengaku beriman tetapi meletakkan makhluk lebih besar daripada Allah s.w.t. s.w.t.

  4. Anonymous said...

    ko tu yg kafir! bodoh punya melayu, dh skolah pon bodoh!

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |