PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

MESTI BACA - ' pergi jahanam la " Melayu mesti Bersatu ", ini malekk..maaa !! '

" MELAYU MESTI BERSATU ! ya betul..!! umat melayu mesti bersatu, tapi bukan bersatu di bawah parti yang sekian lama menipu melayu "

Sejak aku terbitkan "Layan isu KOTOQ sama Wak Radens" di Wall FB aku, aku mula berfikir, padang yang aku sediakan disitu tak cukup rata ker ? Ini kerana ada macai bunyi sama aku terus ke kotak message FB aku, apasal tak mahu add geng gerombolan sama-sama 'bergasak' di situ.

Hoi..mangkuk ! Kalau hang cakap macam tu kat bos pak'turot, okay..tapi lu cakap macam tu sama aku ! Sebelum lu mintak macam-macam, lebih baik lu, tanya sama lu punya 'taiko' dalam lu punya Umno yang lu bilang 'kerajaan' islam tu. itu Umno/BN 'main' politik atas padang yang 'sama rata' kaa? Hang cakap kat aku sekarang ?


Sorry brader ! Pasal intro lain macam malam ni. Apapun terima kasih kepada YB Khalid Samad yang sama-sama join di Wall itu lawan hujah pencacai. Macam ni ler facebooker mahu ! Bukan YB bukak fb, bukak blog, tapi syok sendiri. Asyik kira 'trafik' masuk siang malam apa barang bro ? Sesekali join sama laa..komuniti macam YB Khalid Samad buat. Orang muda banyak sukaa..maa !!

Hello macai..lu mari sini ! Lu ingat lu sudah pegang Malaysia 50 tahun, kitaorang sudah goyang ? Lu ingat sudah 50 tahun lu jadi 'kerajaan', kitaorang sudah 'takut' ? Kalau jadi kerajaan tapi hari-hari bikin bohong sama rakyat, tipu sana tipu sini guna jentera kerajaan ikut suka mak bapak lu, apa barang ? Dragon baca pun malu bro ! King ? Asal aku cakap macam tu sama dia, dia mesti jatuh longkang..dia manyak malu bro ! Malu..!!

Lu mari sini ! Lu cakap koat, lu cakap kencang, lu tau kaa? Tak tau ! Memang lu tak tau..pasat aku belum cakap la mangkuk ! Lu ingat lu jerit koat dalam wall aku tu, lu sudah rasa besar kaa ? Hello !! Nak tahu pasal apa aku hangin, sila jengah wall FB aku bawah tajuk tu. Tapi aku syok bila YB Khalid 'tui' sama ini mangkuk. YB cakap,

Kamu baca kitab Seerah mana Alpacino? Baca betul2 baru cakap. Di Medina Ar-Rasul mewujudkan tahaaluf siyaasi dgn Yahudi dan Musyrikin Medina. Jangan main cakap tanpa ilmu. Gitu juga bila tentera Islam datang ke Sepanyol. Di bantu tentera Kristian yang menolak raja Sepanyol yang zalim(macam UMNO). Tulah, orang suruh ngaji, malas !

Kami sokong BERSIH pasal kami nakkan proses pilihanraya yang lebih adil.Kami sudah 'letih' main "police sentry" dengan SPR brader ! 1 nama buleh undi banyak tempat tu apa hal ? Bahasa sopannya bermakna ada orang yangg telah/akan mengundi lebih dari sekali..Ini yangg kita mintak untuk diBERSIHkan !

Kami semua turun berhimpun secara aman sabtu lalu ikut apa yang disebut dalam perlembagaan persekutuan bahagian 2 perkara 10. Itu hak asasi bagi rakyat. Ini kerana kami sedar berlaku penipuan dan kekotoran ini dalam sistem pilihanraya, lu macai tu pasal lu tak tahu !

Untuk pengetahuan lu macai, yang paling banyak yang turun berhimpun adalah orang-orang yang ada kesedaran, mereka dan kami ini ada kesedaran politik, dan memang buat kerja-kerja politik, dan kami sedar ada yang tak kena dalam sistem ini..

Sorry to say, kami bukan keluar untuk maki hamun polis, kami keluar untuk tunjukkan kepada rakyat dan pimpinan, kami nakkan perubahan, kami hanya bahawa garam dan air mineral. Kami tak bawa molotov cocktail, jauh sekali nak bawa apa-apa senjata, yang buat kerja pukul memukul itu adalah polis, bukan kami.  Polis pukul kami tahan, bukan polis jerkah..kami duduk belakang bontot polis. Bahlul !!

MELAYU MESTI BERSATU ! ya betul..!! umat melayu mesti bersatu, Tapi bukan bersatu di bawah parti yang sekian lama menipu melayu. Betul kita wajib bersatu tetapi mesti bersatu untuk ubah keadaan, mesti bersatu untuk pastikan pimpinan buat tindakan dan laksana dasar yang adil dan telus.

Jika lu nilai  'orang hebat' bukan orang yang bikin rally tengah jalan, lu silap banyak bro ! Hoi..kalau lu setakat level wartawan suratkhabar UMNO, jangan rasa sudah besar..nak 'sekolah'kan aku plak! Jika lu cakap macam tu, Mahatma Gandi jugak bukan orang hebat, Nelson Mandela jugak tidak hebat..bahkan kita berkumpul di padang arafah untuk tujukkan rasa benci kita pada syaitan dan kejahatan tu pun lu rasa apakah juga tidak hebat ? Kita berkumpul beramai melontar jamrah sambil membaca doa yang bermaksud benci syaitan dan pengikutnya di kira tidak hebat ?

Jika berhimpun secara aman dikira tidak hebat..elok saja perkara 10(b) perlembagaan persekutuan dimansuhkan. Buat menyemak saja. Kasi usul la sama lu punya menteri, usul di Parlimen, kasi mansuh ! Ptuihh..!! Lagi lu langsi cakap, apa sumbangan besar rakyat untuk negara ? Lu punya mulut memang kunyah tahi ker hari -hari ?

" Sumbangan sebenar rakyat yang sah disisi perlembagaan sebagai rakyat malaysia adalah memenuhi kehendak dan tuntutan perlembagaan termasuklah membayar cukai dan cukai yang dikumpulkan itu pula diguna untuk melaksanakan dasar-dasar untuk rakyat " - rujukan

Apakah rakyat tidak ada hak untuk minta dibetulkan apa-apa dasar dan penjelasan tentang apa, berapa dan untuk apa dibelanjakan kesemua hasil negara itu ? Sepatutnya kalau pemerintah boleh tanya rakyat, apa jasa rakyat untuk negara, rakyat juga berhak untuk tanya pemerintah, apa yg pemerintah buat untuk rakyat..kita bukan hidup dalam zaman feudal.

Belanja untuk bikin Fesbuk Kementerian RM1.8 juta. Kejadah apa tu ? Bil air rumah PM di Putrajaya sampai RM32 ribu sebulan, orang ker mandi, rumah yang mandi ? Itu kat bawah tu promosi 1Malaysia, berjuta-juta duit rakyat jahanam, itu semua rakyat wajar tanya dna kerajaan wajib jawab !

Kepada pembaca, maaf kalau tulisan aku malam ini agak kasar..tapi ini suara hati aku yang jugak rakyat malaysia yg sah seperti yg termaktub dalam bahagian 3 perkara 14 perlembagaan persekutuan.




Bahagian 2 : AMARAH RAKYAT !!


Hari ini merupakan hari keempat selepas perhimpunan BERSIH 2.0. Gambaran terhadap perhimpunan tersebut semestinya masih segar dalam minda kebanyakan rakyat Malaysia.

Secara kasarnya, terdapat dua kumpulan yang berbeza pendapat terhadap perhimpunan yang menuntut piliha nraya yang bersih dan adil, yakni kumpulan yang menyokong tuntutan BERSIH 2.0, sama ada yang telah melaungkan “Hidup, hidup; hidup Bersih” dengan bersemangat dalam perhimpunan itu ataupun mereka yang menyambut baik tuntutan tersebut namun tidak dapat menyertai perhimpunan itu kerana sebab tertentu.

Manakala satu lagi kumpulan yang memihak kepada pihak berkuasa yang telah memburukkan perjuangan BERSIH 2.0 dengan mengaitkannya dengan pelbagai dakwaan yang tidak masuk akal - BERSIH 2.0 didalangi oleh ideologi komunis dan Kristian untuk memecah-belahkan orang Melayu dan ketidak-tenteraman akibat daripada perhimpunan BERSIH 2.0 sehingga menyebabkan peniaga dan pemandu teksi mengalami kerugian.

Saya cukup yakin bahawa ramai pembaca tidak memahami dengan mendalam akan semua tuntutan BERSIH 2.0. Hal ini boleh dijelaskan dengan usaha memburukkan gabungan BERSIH 2.0 yang secara langsung telah mengaburkan tuntutan mereka.

Semua dakwaan yang dilontarkan ke atas gabungan dan perhimpunan BERSIH 2.0 sememangnya perlu dikaji satu per satu agar lapan tuntutan BERSIH 2.0 tidak dilenyapkan oleh mereka yang mempunyai tujuan tertentu.

Semestinya mereka ini tidak dapat terlari daripada media arus perdana dan pihak-pihak yang tersembunyi daripada “misi” tersebut.

Perpaduan Melayu

Dakwaan bahawa gabungan BERSIH 2.0 mempunyai niat untuk memisahkan masyarakat Melayu cukup merunsingkan saya. Saya cuba mencari kebenaran akan dakwaan tersebut. Antara perkara yang muncul dalam minda saya ialah, kenapakah kaum Melayu akan menjadi pecah-belah ekoran daripada menuntut pilihan raya yang adil? Apakah definisi dan konteks perpaduan Melayu dalam dakwaan tersebut?

Sesungguhnya, perpaduan kaum Melayu buat sekian lama ini telah diletakkan dalam konteks Umno/BN. Sebarang usaha untuk menyatukan kaum Melayu yang bukan berasaskan konteks Umno akan dikaitkan dengan usaha memecah-belahkan kaum Melayu.

Seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, semua rakyat Malaysia, termasuk kaum Melayu, bebas untuk memilih parti dan ideologi politik mereka tanpa sebarang sekatan daripada apa jua pihak.

Maka, adalah cukup jahil sekali apabila adanya pihak tertentu yang mengkaitkan sokongan kaum Melayu terhadap parti politik selain Umno dengan tindakan memecah-belahkan kaum Melayu lalu menafikan hak kaum Melayu yang ingin memilih parti selain daripada Umno.

Perhimpunan BERSIH 2.0 ancam ketenteraman negara?

Persoalan di sini - kenapa orang Melayu perlu menyahut modul perpaduan yang dibentuk oleh Umno? Tidak mampukah masyarakat Melayu bersatu di bawah pimpinan parti lain yang mungkin jauh lebih berwibawa daripada parti yang kian hari kian cenderong memainkan politik kotor?

Oleh itu, orang Melayu perlu menyoal diri lalu mencari perpaduan yang mereka mahukan. Saya yakin bahawa ia semestinya akan bertambah baik sekiranya perpaduan orang Melayu yang dibentuk itu turut membantu untuk membentuk perpaduan sesama kaum di Malaysia.

Usaha ini semestinya dapat dijalankan dengan penerimaan secara terbuka terhadap kepelbagaian budaya dan etnik yang wujud di tanah air yang kita cintai ini. Selain itu, pandangan bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 telah mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara turut merunsingkan diri saya.

Melalui bukti gambar dan video yang boleh didapati melalui laman sesawang dan diri saya yang turut menjadi saksi kerana menyertai perhimpunan berkenaan, adalah menjadi tanggungjawab kepada saya untuk menjelaskan betapa amannya perhimpunan BERSIH 2.0.

Jadi mangsa

Namun begitu ketenteraman perhimpunan berhenti ketika pihak polis memulakan serangan mereka terhadap peserta perhimpunan yang hanya mampu melaungkan pelbagai slogan yang menuntut pilihanraya yang adil.


Serangan air berkimia dan gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan menyebabkan mereka berlari bagaikan kambing keluar daripada kandang demi mengelak serangan yang dimulakan oleh pihak polis.

Berapa ramai orang yang akan berdiri pegun untuk didedahkan dengan bahan pemedih mata?

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa terdapat sebilangan kecil yang cuba untuk menahan serangan tersebut, namun ramai yang lari bertempiaran akibat daripada serangan yang tidak sewajarnya dilakukan. Inilah ketidaktenteraman (lari untuk mendapat perlindungan) yang digambarkan dalam media arus perdana kita.

Bukan itu sahaja, adalah perlu kita sedar bahawa terdapat ramai peserta perhimpunan yang sudah meningkat usia, antaranya seorang “makcik bunga daisi” dan beberapa orang kelainan upaya (OKU) yang turut menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

Mereka menyertai perhimpunan tersebut dengan niat yang cukup naif, yakni menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Oleh itu, mereka yang berfikiran rasional akan faham bahawa peserta perhimpunan tidak akan mengancam keselamatan negara apatah lagi membawa kerugian kepada peniaga dan pemandu teksi.

Perlu disedarkan bahawa, perhimpunan BERSIH 2.0 hanyalah sehari maka kerugian (sekiranya ada) yang dialami hanyalah dalam masa yang cukup singkat.

Namun, pentadbiran negara (ekonomi khususnya) yang kian lemah akan mengambil masa yang panjang untuk dipulihkan. Dalam keadaan sedemikian rupa, kerugian dan bebanan rakyat ekoran daripada pentadbiran negara yang kian hari kian kurang kopetitif semestinya jauh lebih lama sekiranya tiada penawar yang mujarab.

Siapa ganas?

Sementara itu, ada juga segolongan pihak yang mempersoalkan tindakan peserta perhimpunan BERSIH 2.0. Pada hemat mereka, sekiranya peserta perhimpunan tidak menyertai perhimpunan tersebut, maka tidak terdedahlah kepada tindakan ganas pihak polis.

Pandangan ini kelihatan logik pada luarannya, namum, secara tidak langsung pandangan tersebut telah menghalalkan serangan polis terhadap mereka yang ingin mempertahankan perkara yang mereka yakin betul – menyuarakan ketidakpuasan mereka secara aman terhadap sistem pilihan raya sudah kurang menyakinkan.

Persoalan yang tidak harus dipadamkan di sini ialah penyalahgunaan kuasa polis dan bukannya terus memburukkan peserta perhimpunan BERSIH 2.0.

Selain itu, perlulah kita kaji sebab-sebab mereka menyertai perhimpunan aman itu. Barangkali mereka sudah hilang keyakinan terhadap kesungguhan dan keikhlasan kerajaan mahupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan pilihan raya yang adil.

Sekiranya sistem pilihan raya di negara kita berada dalam keadaan yang terurus, semestinya tiada gabungan BERSIH 2.0 dan apatah lagi perhimpunan yang telah menggugat satu nyawa itu.

Kenangan manis

Sebaik sahaja tamatnya perhimpunan BERSIH 2.0, pelbagai kenangan manis yang seringkali muncul dalam ingatan saya. Antaranya, perpaduan dan tali persaudaraan yang terbentuk semasa perhimpunan tersebut.

Ramai peserta menghulurkan bantuan dan bahan-bahan pelega pedih mata seperti ubat gigi dan garam kepada peserta yang mereka langsung tidak kenali. Mereka berbuat demikian tanpa membezakan warna kulit dan kepercayaan mereka.

Inilah “1Malaysia” sebenar yang dapat dirasai dan bukannya melalui laungan bersifat munafik dan kurang keikhlasan itu.

Adalah diharapkan bahawa, kerajaan BN sedar akan mesej yang cuba disampaikan oleh peserta perhimpunan. Selain daripada lapan tuntutan BERSIH 2.0, pada pendapat saya, kerajaan BN perlu sedar bahawa mereka perlu membuat perubahan mendadak terhadap kelemahan dan kekurangan mereka.

Sesungguhnya, tindakan mereka perlulah lebih bertanggungjawab dan telus dan bukannya terus terjebak dalam politik kotor yang akan menjauhkan rakyat (pengundi).

Akhir kata, dengan menyangkal bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan tuntutan dan kebangkitan rakyat secara tidak langsung telah mendedahkan betapa tidak yakinnya pihak kerajaan akan masa depan mereka yang mungkin kehilangan mandat untuk terus mentadbir negara yang rakyatnya makin mendahagakan perubahan dan demokrasi sebenar.

Namun, perlu kita ingat bahawa perjuangan untuk membentuk kerajaan yang lebih bertanggungjawab dan demokrasi sebenar masih jauh perjalanannya dan ia tidak terhenti dengan perhimpunan BERSIH 2.0 sahaja.

Jadikanlah perjuangan dan penyertaan perhimpunan ini sebagai kenangan manis yang akan kita kongsikan bersama anak cucu kita kelak.

*-sumber asal dipetik : blog MimpiSenja@stone

4 comments:

  1. Anonymous said...

    Salam Wak !
    Fuyoo! Tak salah gua angkat lu jadi gua punya sifu !!!

  2. gathort said...

    macam dah dok di Palestin

    TERBAIK SAAT INI!!:
    ABANG SHAHEIZY SAM KENA PENJARA DAN SEBAT!!
    VIDEO JARINGAN MALAYSIA VS ARSENAL!!

  3. Anonymous said...

    bersih jangan dicampur dengan kotor.xde benda yang bersih kekal bersih bila campur dengan benda kotor

    1.Rumah Untuk Para Skater Skateboard
    2.Pendedahan Bagaimana Ahli Yoga Duduk Terapung Di Udara(Video)
    3.Pedang Terbaru Dari Cold Steel,Mungkinkah Pedang Armaegeddon?

  4. Anonymous said...

    MINTA JALANKAN P/RAYA DGN BERSIH..yee

    MINTA DAFTAR PENGUNDI DGN BERSIH..yee

    MINTA KAWALAN UNDI DGN BERSIH..yee

    DAN MINTAKLAH APA2 LAGI..

    TAPI, YG MENGGILA GI UNDI..ORG MELAYU ATAU PARIA/APEK??

    ADA DAYA KE ORG MELAYU BUANG MASA DAN BUANG DUIT MINYAK GI UNDI SAMPAI 3 ATAU 4 TEMPAT??

    ORG MELAYU NI DAYANYA MENGAMOK, MEROYAN, TUNJUK PERASAAN AJA KAN?

    PANDAI SIKIT DLM AGAMA KELENTONG SANA KELENTONG SINI..IKUT SUKA HUKUM AKAL DAN LEBIH PANDAI LAGI..PANDAI BERDRAMA..perghhhh!

    PYAN HABIB TU PEKAK TAPI PUISI DIA ADALAH BUNYI MCM NI..

    "org melayu kata melayu bodoh..
    biarkannnnn..
    org melayu kata melayu malas..
    biarkan...
    ..........
    .........."

    KALAU HARUN TAIB BERCAKAP BOLEH AKU DENGAR, TAPI KALAU KHALID GEREJA BERCAKAP..biarkannnnn

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |