PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

JAHANAM UMNO : Seruan buat soldadu-soldadu PR 'berani mati' !

SPR sudah menetapkan bahawa Kerdau dan Merlimau, hari penamaan calon dan hari mengundi akan dijalankan serentak. Wow ! Laju sungguh SPR tonjolkan kejutan. Jangan buat selalu kejutan macam ni SPR oi, nanti ada lagi Adun BN yg terkejut, kejang..pastu mati. PRK lagi..!

Kerja gila yang dimainkan oleh SPR ni memang betul2 menyusahkan rakyat. Semua petugas kempen terpaksa berpusing 360 darjah bro! Mahu tak mahu, kitaran tugas sebahagian petugas parti yang bertugas akan jadi 50:50, bertugas di Kerdau separuh seterusnya mengakhirinya di Merlimau dan yang di Merlimau akan mengakhirinya pula di Kerdau, itu terpaksa dilaksanakan.

Tidak mengapa, kita lupakan sejenak parti SPR itu, dah memang kerja dia, kalau tak menyusahkan rakyat bukan SPR namanya. Cuma di Kerdau tidak ada undang2 baru dibuat seperti yg selalu dibuat oleh SPR. Macam-macam laa..hang SPR oi !

N.27: Merlimau
Merlimau ini satu kawasan di Jasin Melaka. Merlimau satu kawasan melayu. Umno menang di kawasan melayu. Sebut aje melayu sekarang, pasti menakutkan pembangkang. Kapunden punya melayu !

Bukankah selama ini PAS menang pun dengan undi melayu ? Bukit Gantang, Permatang Pasir, Penanti..tu tempat sapa ? Bukankah melayu yang beri kemenangan kepada pembangkang.

Jangan dilayan sangat tulisan blogger macam pak katib, yang mengatakan melayu sukar berubah. Menulis dan bekerja dilapangan adalah satu benda yang berbeza, berkempen dari rumah ke rumah, kedai ke kedai, kebun ke kebun, bukan aksi yang menyeronokan dan se'best' berkempen dengan hanya duduk di depan pc sambil kunyah 'kacang' Ngu Yin dan menaip tup tap tup tap itu tak betul, ini tak betul kepada petugas-petugas parti. Jangan jadi pundek laa..!

Itu belum lagi, tengok mamat-mamat 'saiko' konon 'blogger' power yang datang ke PRK sambil mengusung menggalas tripod video cam besar2 lengan Nora Danish, sambil sengih-sengih mengalahkan krew CNN dan Aljazeera. Kadang-kadang aku tengok pulak gelak bagai. Tak letih ker usung tripod ke hulu ke hilir, tapi tak nampak pun video klip tu kat mana-mana saluran?

YouTube pun takde, FB pun takde, TV3 lagi jangan harap. Datang mengusung sambil cari makan. PRK kan 'lubuk' duit bagi setengah orang. Itu belum lagi yang datang PRK untuk menyusahkan jemaah. Berwatak warak tapi menyusahkan pertugas. Semua nak tahu macamlah hebat sangat. kalau aku maki nanti ada orang marah plak.

Sudah le penat ikut berkempen, tak kebah lagi...datang pulak macam celaka, ajar macam-macam bagai dan teori. Kenapa tak buat ? Kalau rasa hebat sangat !

Ada sumber luar mengatakan PAS datang hanya untuk mempertahankan undi yang sedia ada saja. Untuk nak menambah 'undi' baru, kata susah sangat. Hoi..! Susah ke senang ke, kena buat dulu der..baru puashati ! PAS Jasin dah bersemangat gila, kenapa orang lain takut nak datang berperang disini?

Blogger Mutarligat, pagi-pagi hari mengundi di Tenang dah angkat kaki balik ke Melaka, untuk uruskan logistik PRK kat sana. Semangat yang cukup tinggi bro ! Itu tanda PAS Jasin dah bersiap sedia. Banyak hal di Tenang yang tak sempat dipraktiskan akan dibawa dan telah siap sedia untuk bertempur dengan ali rostam.

Ini kerana PAS Jasin nampak apa yang petugas PAS lain tak nampak. PAS diluar susah nampak, apa isu isu yang boleh dimainkan..tetapi PAS Jasin sudah kumpul peluru dan senjata canggih yang tak nampak dimata umum.

Kat sini aku suka menyeru, "pendemo-pendemo" yang berhati waja, yang berani bertempur dengan polis FRU, yang berani pacak bendera atas perut dan baring atas jalan, yang berani mandi air kimia, tolong lah datang ke Merlimau.

Di situlah pentas 'tempur' paling hebat. Kalau tak hebat, SRK tak datang ke Melaka bro ! Sampai tak sempat sempat nak pakai baju, serabai bulu ketiak der.., menyalam ali rostam. Perhh..! Dan segalanya itu akan digaul menjadi satu suasana dan pengalaman yang tak pernah digambarkan dikepala.

Ayuh kita  gerakkan 'semangat' Pemuda PAS dan himpunkan 100 ribu pemuda yang 'berani mati' bagi membantu PAS Jasin menang di Merlimau. Kita bantu mereka, bantu  agar sejarah kemenangan PAS berlaku disini tanpa MUSTAHIL. InsyaAllah..! Takbir..!

(*) Seruan ke DUN Kerdau akan diterbitkan malam ini..!

2 comments:

  1. Lagenda Buaya said...

    bagus lu punya tulisan..kasi semngat lagi....lawan sampai rebah

  2. Besi Sejuk said...

    terbaekkk bro

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |