Rating for PAS is good but rating for UMNO is not good
:: PANAS BERAPI PAGI ISNIN ::
Aku tak tahu fakta ini dimana benarnya. Tapi jika ada begitu, ia sangat mengejutkan. Betulkah lakinya si bibik ni dalam simposium per ke jadah baru-baru ini dia menghalalkan rasuah? Bilangnya lagi, rasuah tu OK, kalau rasuah tak elok mesti Malaysia dah hancur lebur. Mohon pencerahan bro!
Jika benar dia ada kata gitu, patut sangat aku jerit Hoi..! Dah mabuk todi ker haper ? Skrew driver tumpul punya otak ! Gila beb..giler ! Tengok ler betapa gilanya pemimpin UMNO macam ini kalau diberikan lagi memimpin Malaysia. Lagi cepat ler Malaysia melingkup. Mabuk bau babi Bukit Pelandok ker? Tu la pasal..hari-hari sedut bau babi, sampai otak dan mulut pun cakap dah macam bau babi.
Fatwa yang dibawa oleh si lakinya bibik ni dah kira merbahaya der..boleh mengancam FELDA. Ingat bro ! Di DUN Kerdau ada 3 Felda dok tegap kat situ. Ingat , Rasuah itu halal disisi agama UMNO. Patut ler Daim kata,
RATING FOR PAS IS GOOD, BUT RATING FOR UMNO IS NO GOOD.
Dan aku semakin percaya. Macam Bob Lokman percaya kepada perjuangan PAS. Jahanam punya UMNO. Apa ? Bob Lokman artis Siam ? Blogger gigi jonggang mana yang sebut-sebut dia artis Siam nih ? mai sini aku nak tunjal dahi dia..biar jalan sikit urat biru kat otak dia tu sikit..! Cilakak lu..aku sumpah mulut mu yang cakap macam tu bau 'longkang' 5 keturunan.
"..Hari ini bila jiwa berada didalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menjadi ahli PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima utk bekerja oleh ALLAH. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yg fasiq.
Belum ramai yg menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama'. Masalahnya siapa yg Islam dalam orang Melayu? Untuk mereka yang mencari jawapan bacalah Sirah Rasulullah berulang kali, maka kita akan nampak siapa Abu Bakar, siapa Abu Jahal dan siapa Abdullah bin Ubai dalam bangsa Melayu. Kerana itulah aku memohon utk masuk parti Islam PAS.
Lepas ni kita akan baca ada yang marah dengan apa yang aku kata. Itu biasa, sebagaimana ada orang yg marahkan harimau membunuh lembu. Ini kerana kita tidak mengerti SUNNATULLAH. Kalau kita susah di dunia, kita lupa bahawa itu kehendak ALLAH, apatah lagi bila kita mewah.
Sudah berkali-kali PAS kalah dalam pilihanraya. Memang susah nak menang kerana ini bukan perang Badar dimana Malaikat juga turun berperang dengan perintah ALLAH. Janganlah mengharapkan Malaikat turun beratur dipusat2 mengundi yg diadakan oleh SPR yang tidak mengikut suruhan ALLAH.
Ini demokrasi omputeh yang memberikan peluang kemenangan kepada org yg mempunyai syahwat duniawi. Kerana itu perlunya kita memperkenalkan Islam adalah sistem terbaik utk mentadbir dunia kepada manusia Malaysia. Ini adalah kerana ramai manusia lupa bahawa ALLAH yg mencipta dunia dan hanya hukum ALLAH sahaja yg sesuai dilaksanakan.
Mereka yg menolak selalunya mereka yg tidak tahu apa hukum ALLAH. Selalunya mereka ditakutkan oleh yahudi yg memang mengetahui apa isi Al Quran dan mereka telah tahu lebih awal melalui Taurat bahawa Islam itu perfect dan mereka tidak mahu kita menjadi ummat Muhammad. Maka kita akan luput dari mendapatkan Syafaat Rasul dipadang Mahsyar nanti.
Dan kali ini aku bersedia utk berjuang dengan PAS, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat2 perjuangan. YA ALLAH, BERIKAN KEMENANGAN KEPADA PAS, SEKIRANYA MEREKA LAYAK UNTUK MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DARI MU, DEMI ISLAM BERKEMBANG SUBUR DI BUMI MALAYSIA YANG DULU TERIKAT DGN PERIKATAN DAN KINI KAKU DALAM BARISAN.." - Bob Lokman
0 comments:
Post a Comment