PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Menjelang 26hb. di Merlimau : Wanita UMNO bertelagah dgn beruk ?

(update) Sok sek sok sek tepi telinga menjelang malam di Merlimau bukanlah satu suasana yang syiokk bagi gedebe. Apatah lagi esok adalah hari penamaan calon bagi parti yang bertanding. Pandiran luka kecewa wanita UMNO Jasin masih berdarah bro.

Biarpun Pak Pandir Melaka bilang Melaka ini negeri UMNO, letak tunggul kayu yang dicat warna biru pun UMNO boleh menang, apa lagi nak dirisaukan. Kemenangan BN dalam genggaman. Benar..! Benar sungguh kata itu, macam juga kita pakaikan tiang letrik tepi jalan dengan bra dan seluar dalam, kita tahu akan ada yang datang memeloknya nanti.

Oh ya, bukan Pak Pandir Melaka saja yang kata begitu, malah ada YB UMNO juga kata jika UMNO letak beruk sekalipun yang bertanding esok, beruk tu juga boleh menang! Hebat sungguh Melaka Darul UMNO nih. Rupanya bukan saja tunggul kayu, beruk, monyet juga boleh jadi wakil rakyat. Dunggu apa yg melanda rakyat UMNO di Melaka, aku pun tak tahu.

Itu kata si dunggu. Berbeza pula dengan apa yang dikatakan oleh Wanita UMNO Bahagian Jasin sendiri di facebook mereka, ada jua benarnya, bahawa UMNO sekarang bukan macam dulu-dulu, janji dacing jer melayu akan pangkah, tetapi sekarang kalau calun tak sesuai, naya ler jawabnyer. Bukan seorang yang terkilan, nampaknya sayap wanita UMNO berbalah lagi. Baca apa yang dipandirkan di facebook mereka malam tadi,

Akak bukan sorang sahaja yang terkilan. Ramai rakan2 yang menjangkakan Pak Mir adalah calon favorite. Org media pun berfikiran begitu. Sehinggakan ade org kampung yg ingin mengutip derma utk memberi peluang Pak Mir bertanding.

Mereka kata jika org yg banyak membantu masyarakat tidak diiktiraf oleh parti sendiri, maka sebenarnya parti tidak jujur mencari calon mesra-rakyat. Nak buat apa penat-penat? Muka pun sudah macam terbakar duk berjemur tengah panas. Tiada siapa yg hargai.

Yang berlaku di Tenang, berjangkit semula di Merlimau. Silap hitung..mau banjir pulak DUN ini seperti yang berlaku di DUN Tenang bulan lalu. Fitnah akan jadi pandiran rancak untuk dikugirkan di Merlimau. Tunggu saja..jika ada yang tak percaya baca sebahagian pandiran kaum ibu UMNO di Jasin kat bawah..!

:: TAPAK IKLAN BERBAYAR DI SETIAP POST. HUBUNGI ALBANJARI UNTUK MELANGGAN ::




4 comments:

  1. dollahyankee said...

    Tunggoi kayu cat kaler biru..??Kah..Kah..Kah..

  2. garagaikareng said...

    Kalau letak beruk pun beruk boleh menang ini dahsyat ni, tentu yg pilih tu pun beruk, mungkin keturunan beruk (teori darwin), cayalah BN.

  3. Anonymous said...

    dengar citer calon bn tu berkelulusan iploma maktab sains adabi muar... siasat wak.... macam mana boleh jadi pengarah politeknik....hahahahaha

  4. leekonyou said...

    KITA GONGXI-KONGSI BERSAMA......Pas Letak Calon ?Main-main?, Kita Letak Calon Boleh Berkhidmat Pada Rakyat ? Ali
    26/02/2011 15:33 UMNO Online 5
    JASIN, 26 Feb ? ?Pas letak calon main-main tapi kita letak calon yang boleh berkhidmat kepada rakyat? biarkan pengundi buat penilaian?, demikian jawapan bersahaja Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam tentang calon Pas, Yuhaizad Abdullah yang akan menentang calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 [...]


    JASIN, 26 Feb ? ?Pas letak calon main-main tapi kita letak calon yang boleh berkhidmat kepada rakyat? biarkan pengundi buat penilaian?, demikian jawapan bersahaja Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam tentang calon Pas, Yuhaizad Abdullah yang akan menentang calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.

    Kata beliau lagi calon Pas itu juga bukan saja tidak dikenali masyarakat di Merlimau malah di kalangan ahli Pas juga ramai yang tidak mengenali siapa Yuhaizad ini.

    ?Ini calon yang dipergunakan Pas untuk mereka buat latihan di sini. Pas kata mereka nak kurang majority saja. Itu dia kata tapi kita tak akan bersikap sombong dan takbur sebaliknya kita akan pastikan calon kita mendekati pengundi seramai mungkin.

    ?Calon kita ada pengalaman dan latar belakang yang cukup baik yang boleh membawa kawasan Merlimau ini lebih maju lagi. Kita dah ingatkan jentera kita untuk terus kerja kuat hingga hari pengundian?, katanya selepas mengiringi calon BN di pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau di sini, hari ini.

    Mengenai latar belakang calon Pas yang banyak diperkatakan di internet, beliau berkata itu masalah Pas dan BN tidak berminat untuk masuk campur.

    ?Serangan peribadi kerja pembangkang. Kita tahu apa pun benda buruk lama kelamaan orang akan tahu?, katanya.

    Sementara itu, calon BN Roslan Ahmad, 44, yakin dapat menjadi wakil rakyat yang baik dengan keupayaan dan kebolehan peribadinya sendiri.

    Beliau menegaskan, pemilihannya bukan bersandarkan kekuatan latar belakang politik arwah bapanya, Datuk Ahmad Ithnin dan bapa saudaranya yang juga bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Abu Zahar Isnin.

    “Saya mempunyai kekuatan sendiri untuk menjadi wakil rakyat yang baik,” katanya.

    Beliau juga berkata bahawa beliau kini siap sedia berdepan dengan serangan peribadi parti pembangkang dan tidak akan mudah melatah dengan permainan taktik kotor pembangkang.

    Malah beliau turut bersedia untuk menangkis apa juga serangan daripada pembangkang dalam usaha mereka untuk meraih simpati pengundi di Merlimau.

    ”Mulai hari ini saya akan mula berjumpa dengan seberapa ramai pengundi di DUN Merlimau tanpa mengira bangsa, kaum atau agama.

    ”Bagi saya itu amat penting untuk menyakinkan rakyat di Merlimau pentingnya mereka memilih BN?, ujarnya. -MediaUMNO




    Source: UMNO Online

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |