PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

AMARAN UNTUK GURU - 'makan pasir korang nanti..!'

Apa barang bro ! Kalau mamat ni jenis muka brahim katak kembang..aku tak kisah. Tapi bro..mamat ni taraf timbalan menteri bro ! Diulangi, timbalan menteri tapi dia jaga cikgu-cikgu ! Boleh dia ugut anak buah dia bro, akan gantung tugas dan tahan gaji guru yang menyertai Himpunan Bersih 2, 9 Julai ini. Aku ingat Dafi lagi cun kepala hotak dia. Walaupun perangai tetap ber'seypah' ! Cara cakap dalam hati dan sanubari, aku ngerti sangat, bahawa dia nak kata, " kalau lu join Bersih, makan pasir korang nanti ! " gitu gamaknya.

Takpa..cikgu-cikgu dok diam-diam terutamanya cikgu Din, cikgu Sengat, cikgu Gopeng dan cikgu-cikgu lain. Tak dapat join Bersih tak bermakna tak boleh HASUT semua anak-anak murid korang kan..? So..hasut semua budak-budak tu, dah besar nanti...jangan lupa join BERSIH dan jahanamkan terus BN ! Ingat pesan aku, jangan ajar, tapi hasut terusss..bebudak tu ! Wakakaka..!! - radens 



AMARAN UNTUK GURU-GURU - 'makan pasir korang nanti..!'

Bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmud menyelar Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang mengugut untuk menggantung tugas dan gaji guru yang menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

“Penglibatan guru dalam himpunan itu, wajar dan haknya sebagaimana individu lain yang dijamin dalam Perlembagaan. Guru perlu turut sama bagi memeriahkan lagi sistem demokrasi negara,” katanya.

“Dakwaan himpunan itu menimbulkan kekacauan hanya ramalan kerana ia berlaku jika penentang Bersih dari kumpulan tertentu menimbulkan huru-hara,” katanya yang menyifatkan kenyataan Puad itu bakal merudumkan lagi indeks demokrasi negara. Nordin berkata, kenyataan Puad tidak profesional kerana perjuangan Bersih wajar dan tepat pada masanya.

“Kita sedia maklum, institusi pendidikan negara adalah antara tapak pengembangan sistem demokrasi melalui pendidikan di peringkat rendah. Pastinya, murid dididik oleh guru.

“Dua komponen ini penting ke arah pemahaman sistem demokrasi negara,” katanya kepada suara Keadilan.

“Bersih sejak beberapa tahun lalu, sudah melakukan pelbagai cara termasuk mengadakan rundingan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak berkaitan. Malangnya, ia ditolak. Maka, wajar mereka mengadakan himpunan aman,” katanya.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |