Bersih 2.0 : Polis kata, jangan datang KL 9 julai..!!
Orang ramai dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada Kuala Lumpur menjelang 9 Julai ini, kata pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh. Menurut beliau dengan ibu negara pada hari berkenaan dijadikan lokasi bagi tiga perhimpunan besar, beliau menjangkakan kesesakan lalu lintas yang teruk.
“Saya ingin nasihatkan orang ramai supaya jauhkan diri dari Kuala Lumpur. Cuma untuk sehari. Pergilah mana-mana. Akan terdapat kesesakan lalu lintas,” katanya.
Namun, beliau enggan mengesahkan atau juga menafikan bahawa seluruh ibu negara akan lumpuh menjelang 9 Julai kerana perhimpunan berkenaan.
“Mungkin khabar angin, mungkin tidak. Saya tidak boleh beritahu secara khusus apa yang kami akan lakukan kecuali akan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk,” katanya kepada Malaysiakini.
Amar Singh berkata beberapa jalan utama akan ditutup tetapi beliau memberi jaminan polis telah mempunyai rancangan untuk mengatasi perkara berkenaan.
Menurut spekulasi jalan-jalan sekitar lingkungan 10 km dari pusat bandar akan ditutup dengan pihak polis membuat sekatan jalan sehari sebelum tarikh berkenaan.
Pada Sabtu itu, KL akan menyaksikan tiga demonstrasi berasingan dengan yang terbesar anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.
Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA juga telah menyatakan hasrat mereka untuk berhimpun bagi membantah tindakan BERSIH.
Pada perhimpunan BERSIH pada tahun 2007, tidak kurang 40,000 rakyat turun ke jalanan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.
Meskipun perhimpunan itu lebih seminggu lagi, namun pihak polis terus menekan penyokong BERSIH dan mereka yang dikaitkan dengan perhimpunan berkenaan.
Setakat ini, hampir 100 orang ditangkap dan kenyataaan mereka telah dirakamkan oleh pihak polis sejak seminggu lalu. - MKini
June 30, 2011 at 10:33 AM
polis kata jangan....(nada pak lah)
hahahaha
Ni best bro!!!
Cool Aje : 2 Siri Xperia Baru,Xperia Ray Dan Xperia Active