PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Lanyak Bersih 2 : Silat Gayong beri kata dua pada Mahaguru Omar Din !

" mana-mana pengamal silat yang dengan sengaja menakut-nakutkan orang lain untuk menunjukkan kekuatan, pasti akan menerima balasan daripada Allah, " - huh ? 

Tunggu respon geng 'parang terbang'(klik) sg. manik pulak. Risau bro..! Kalo ini geng sudah 'bunyi', lain macam.. bro ! Aku takut nanti tak pasal-pasal ada kipas heli putus kat atas tu, dilibas parang yang terbang macam bertih punya banyak. Gayat..yeop !!



Kenyataan Pertubuhan Seni Silat Lincah Lincah Malaysia (PSSLM) Mahaguru Tan Sri Omar Din Mauju mengancam 300,000 rakyat yang dijangka menyertai perhimpunan aman pada 9 Julai di ibu negara ditegur sendiri oleh rakannya

Pengasas dan Guru Utama Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa(gambar) berkata, pengamal silat yang sebenar tidak akan bermegah-megah dengan ilmunya dan mengancam keselamatan orang lain, sebaliknya hanya mempergunakan ilmu yang dipelajari untuk manfaat agama, bangsa dan negara.

Malah, mana-mana pengamal silat yang dengan sengaja menakut-nakutkan orang lain untuk menunjukkan kekuatan, pasti akan menerima balasan daripada Allah.

"Orang yang hendak buat kacau kita tidak galakkan. Kalau mereka hendak tunjuk megah, Allah Taala akan bagi balasannya," ujarnya, dipetik dari blog Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Omardin berkata, "Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh memberikan jaminan kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut."

Penangdaily difahamkan, Omardin mengeluarkan ugutan kepada Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan supaya menghentikan hasrat mengadakan perhimpunan aman tersebut kerana khuatir tidak dapat mengawal 'emosi' anak-anak didiknya jika mereka 'bertembung' pada perhimpunan itu nanti.

Kenyataan Omardin itu disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia beberapa hari lalu.

Bercakap lebih lanjut, Cikgu Majid berpendapat tujuan Bersih adalah berhimpun secara aman untuk menuntut keadilan, justeru tidak ada sebab mana-mana pertubuhan silat memusuhi peserta himpunan itu.

"Kita tak berfikir yang mereka (Bersih) akan menimbulkan masalah. Kita tak anggap begitu. "Apa-apa tindakan yang kita mahu ambil hendaklah berpaksikan keadilan yang sebenarnya," kata Cikgu Majid.

Cikgu Majid juga memberi jaminan bahawa penuntut Silat Gayung Pusaka sendiri tidak akan mengancam dan menakut-nakutkan orang lain daripada menyertai mahupun menghindari perhimpunan tersebut.

"Saya pun tak akan izinkan anak-anak Gayung buat kacau pada perhimpunan begini," kata Cikgu Majid.

Cikgu Majid adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia dan masih mengekalkan gelaran 'Cikgu" walaupun beliau sendiri sebenarnya bertaraf seorang mahaguru dalam dunia persilatan.

Cikgu Majid adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman dan menuntut seni silat Melayu itu di Woodlands, Singapura. PD

4 comments:

  1. Gopenghagen said...

    gua mahaGaru silat Lucah bro..silap-silap nanti bukan parang yg terbang tetapi spender Rosmah yang terbang..

  2. Anonymous said...

    ha,jawab2!org da sowh jawab tu jawab le,nyorok watpe

    Ninja Glock,Dari Casing Handset Jadi Pistol Sebenar!!

  3. perjalanan pulang said...

    silat sama silatlah... cikgu sekolah memandu pun cikgu jugak.... bukannya cikgu tsunami

  4. Ayah Yeop said...

    Teman teringat dalam taun 71-72. Mase tu teman masih ngaji kat Kolej Pertanian, Serdang (Sekarang ni UPM).

    Mase tu memang dah ade kelab silat lincah.

    Suatu hari Omar Din sebagai mahaguru silat lincah, datang ke situ memberi ceramah pase silat.

    Sewaktu soal jawab, sorang pelajar telah bertanya, dan soalannya mungin sensitif sikit.

    Omar Din kata apa tau?

    '.....Nanti aku sumpah kamu jadi katak, mau?....'

    Itulah perwatakan Omar Din.

    Sebagai menyiinkap balik cerita lama, Omar Din pernah di tahan di Pulau Jerjak!!!.

    Inilah perwatakan Omar Din!!!

    Teman sempat belajo selangkah dua je dari Mahaguru Mior A Rahman....

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |