PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Muhyiddin: Himpunan Bersih tak relevan, motifkan politik !

TERKINI @ 08:01:32 PM 25-06-2011
Oleh Melissa Chi June 25, 2011
KUALA LUMPUR, 25 Jun – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bermotifkan politik dan akan memberi ancaman kepada keselamatan negara serta reputasi negara.

Polis sebelum ini menegaskan tidak akan mengeluarkan sebarang permit kepada tiga perhimpunan selain akan memanggil penganjur minggu depan.

“Kami sudah buat keputusan dan kami merasakan perhimpunan ini menyalahi undang-undang dan akan memberi mesej yang bercanggah bahawa cadangan mereka seperti mahu SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) melaksanakan tuntutan mereka, ada proses dan prosedur untuk melakukannya.

“Oleh sebab itu, kami merasakan apa yang dikatakan Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) untuk menganjurkan perhimpunan ini tidak relevan. Sebab itu saya katakan perhimpunan ini bermotifkan politik,” kata Timbalan Perdana Menteri (gambar) kepada pemberita selepas melawat Hari Terbuka GLC 2011 di di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Bersih memutuskan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 9 Julai di ibu negara untuk mendesak SPR melakukan transformasi dalam sistem pilihan raya.

Selain Bersih, Pemuda Umno dan Perkasa juga akan mengadakan perhimpunan balas pada hari yang sama.

Muhyiddin mempertahankan perhimpunan balas itu dan menyifatkan ia “normal” untuk menghalang mana-mana perhimpunan termasuk Himpunan Bersih 2.0.

“Mengapa kumpulan lain selain Bersih mengambil bahagian, ia normal untuk membalas. Ia reaksi balas.

“Sama ada ia salah atau tidak, ia terpulang kepada tafsiran kami tetapi kami lihat situasi ini tidak akan menguntungkan negara, akan merosakkan imej negara dan dalam konteks untuk membangunkan negara, untuk menarik pelabur, membina imej negara di peringkat global sebagai negara maju dan aman,” katanya.

Pihak berkuasa bertegas tidak akan mengeluarkan sebarang permit kepada kesemua penganjur.

Muhyiddin juga menyokong perhimpunan anjuran Pemuda Umno tetapi pada masa sama mengulangi kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pihak berkuasa mempunyai hak untuk bertindak terhadap sesiapa yang menyertai perhimpunan haram itu.

“Jadi kami serahkan ia kepada kebijaksaan Pemuda Umno dan pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk menentukan sama ada ia satu keputusan betul atau tindakan lain harus diambil,” katanya.

Tegas beliau, sekiranya perhimpunan 9 Julai benar-benar berlaku akan ada laporan dan video yang menunjukkan suasana itu, yang bukan gambaran sebenarnya di Malaysia.

“Kami di Malaysia tahu selepas sedekad bahawa ia bukan budaya kita. Jadi saya tahu muslihat mereka, kami tidak bodoh, kami juga pakar dalam politik dan faham niat mereka.

“Jadi ini berniat jahat. Mereka lakukannya secara sengaja supaya rakyat akan ketakutan dan ia akan menjadi kejadian yang sepatutnya tidak berlaku. Malaysia akan dilihat sebuah negara yang tidak selamat, pelancong-pelancong tidak akan datang, pelabur-pelabur tidak akan melabur kerana pergolakan ini, ia memang niat mereka,” katanya.

Himpunan Bersih kali pertama diadakan pada 2007 dan berjaya menggerakkan kira-kira 50,000 orang sebelum disuraikan oleh polis dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.


1 comments:

  1. Putra IJ80 said...

    Quote"kami tidak bodoh, kami juga pakar dalam politik dan faham niat mereka."Unquote.

    Kami tidak Bodoh.

    KERANA ITU KAMI MAHU RAKYAT TERUS BODOH.

    kami juga Pakar Dlm Politik,

    KERANA ITU TANPA MENIPU KAMI TIDAK AKAN MENANG LAGI.

    kami faham niat mereka.

    MEREKA AKAN MENGHALANG KAMI DARI MENGUMPUL HARTA UTK ANAK KELUARGA KRONI KAMI.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |