PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Bersih 2.0 : We will never surrender !! BERSIH must stand firm.



MENGAPA PERLU JOIN BERSIH ?

Perkara PERTAMA dalam 8 tuntuan BERSIH ialah membersihkan Daftar Pemilih. Mengapa yang ini dijadikan perkara utama? Mengapa tidak “menghapuskan rasuah”, “keadilan dan kesaksamaan” ?

Daftar Pemilih adalah kitab suci pilihanraya. Bila tiba pilihanraya, Daftar Pemilih lah yang paling berkuasa. Kalau nama hangpa tak ada dalam Daftar Pemilih, hangpa cakap la apa pun…tak ada sapa nak dengar. Kalau Bibik yang baru tiga tahun duduk kat Malaysia pun boleh mengundi…hangpa pun tak boleh nak kata apa?

Bila tiba pilihanraya..kita selalunya menang dalam banyak perkara. Ceramah kita menang. Bendera dan poster kita menang. Nak angkut pengundi pun kita boleh menang. Tapi bila tang undi…kita kalah. Pasai apa?

Pasai benda ni kita jarang tengok. Bila nak mengundi baru bising. Bila SPR memecahbelahkan daerah mengundi pada Jun 2009…masa tu masing-masing buat bodoh. SPR pindah pengundi ke DUN lain pun kita buat bodoh. Tahun 2011 baru kita bising. Pasai dah nak mengundi.

Tahun ni..baru masing-masing beli Daftar Pemilih. Bila dah beli..apa yang SPR bagi? Sampah. Kebiasaannya, bila tiba waktu pilihanraya, SPR akan bagi statistic. Melayu berapa, Cina berapa, India berapa. Kita pun terima saja. Malah apa kata SPR adalah rasmi dan sah. Tapi ada sapa-sapa yang memerhatikan Daftar Pemilih secara detail?

Apabila kita mengisi borang untuk menjadi pengundi, semua maklumat kita bagi. Nama, Kad pengenalan, alamat, bangsa, ugama. Tapi bila kita beli daftar Pemilih, pasai apa SPR tak mau bagi semua maklumat tersebut? Kita bukan minta…tapi beli.

Pasai apa Umno boleh dapat maklumat lengkap…termasuk siapa suami atau isteri!! Jangan salahkan SPR. Itu memang kerja dia. Kerja SPR ialah untuk memastikan BN menang, Kalau depa kena menipu…depa akan tipu. Kalau depa boleh sorok, depa akan sorok. Tapi apa kita kena buat?

Pertamanya..kita kena pantau apa yang SPR buat. Tapi kosnya tinggi. Lagipun..parti politk bukan minat sangat. Depa sanggup buat ceramah tiap-tiap bulan, tapi nak beli daftar pemilih setahun sekali pun tak ada duit.

Sebaik saja PRU 2008 berakhir, SPR terus buat kerja. Pada masa tu, kita sibuk dengan sapa nak jadi Ahli Majlis dan Ketua Kampung.

Nak tambah kerusi tak boleh, sebab tahun 2003 dah buat. Jadi depa sebut “belah bahagi kawasan”. Kalau sebelum itu, ada pengundi dari satu kampong, tapi mengundi didua DUN, kali ini SPR letakkan dalam satu DUN. Contoh, Taman Anggerik di Kuala Kangsar. Tahun 2004, 192 orang di Taman Anggerik mengundi di Kuala Kangsar manakala selebihnya mengundi di Padang Rengas. Kali ini, 192 pengundi yang mengundi di Kuala Kangsar itu dipindahkan ke Padang Rengas. Sebabnya? ADUN Pas Cuma menang 72 undi.

Tapi SPR bukan bodoh. Depa pindahkan pengundi dikawasan dimana melibatkan kerusi yang dimenangi oleh PR. Yang mana BN menang, tak ada perubahan. Di Teluk Intan, pengundi polis dari IPD Teluk Intan dipindahkan dari mengundi di Pasir Berdamar ke Cangkat Jong. Sebabnya? ADUN PAS menang sikit saja. 899 undi.

Kat Selangor lagi teruk. Di Taman Medan, kalau pada tahun 2008 ada 11 Daerah Mengundi, tapi pada 2009 sudah jadi 19 Daerah Mengundi. Dan semuanya ini dilakukan oleh SPR secara senyap-senyap. Dan orang Pakatan pun tak ambil pot.

Dalam statistic SPR, bangsa-bangsa dibahagikan kepada 4 saja. Melayu, Cina, India dan lain-lain. Tapi dalam Daftar Pemilih SPR, macam-macam bangsa ada. Terdapat 96 suku bangsa di kalangan pengundi di Perak!!!

Hari ni aku gatai tangan lagi. Kalau hari Sabtu lepas aku bagi tau terdapat 428 orang Melayu yang bukan Islam, hari aku tambah lagi. Hari tu, aku cuma sort mereka yang berbangsa “Melayu”. Tapi ada juga yang mengkategorikan bangsa depa sebagai Banjar, Boyan, Bugis, Jawa, Indonesia dan Bajau. Jadi semuanya aku kategorikan sebagai “Melayu”.

Apa yang aku dapat?

Terdapat 7303 orang-orang Melayu yang bukan berugama Islam di Perak. Dari jumlah itu, seramai 6872 dikategorikan sebagai Atheis atau tak ada ugama. Dari jumlah besar, terdapat seramai 197 orang Melayu yang berugama Buddha. 53 orang berugama Hindu. 7 orang berugama Sikh. Dan 174 berugama Kristian. Itu belum teruk lagi!!

Terdapat 418 orang-orang Cina yang dikategorikan sebagai Melayu ! Terdapat 114 orang India juga dikategorikan sebagai Melayu ! Ada Orang Asli yang dikategorikan sebagai Banjar!!  Tak pasal-pasal jadi kulaan Albanjari.

Hey…aku bukan auta!! Kalau hangpa nak maklumat siapa depa dan dimana depa,,,aku boleh bagi. Nak publish kat sini banyak sangat. Macam mana pulak dengan mereka yang berumur 100 tahun keatas? Ini boleh masuk Guiness Books of Records!!

Terdapat 1538 orang yang berumur lebih 100 tahun keatas masih menjadi pengundi di Perak. Aku nak publish kat sini pun panjang sangat. Kalau nak tengok siapa depa, aku boleh bagi. Mana tau..kot-kot Tok Wan hangpa mai balik mengundi nanti.

Ini cuma statistic remeh. Pasai apa aku kata remeh? Pasai Daftar Pemilih SPR macam sampah. Tapi ada banyak perkara besar yang aku masih belum buat. Tu pasai aku minta tolong. Takat ni, ada member sorang yang nak bantu. T.A.N sedang mencuba sesuatu. Kalau ada sapa-sapa yang pandai Microsoft Access, dan bersedia nak bantu..aku alu-alukan. Terima kasih daun keladi.

Berapa ramaikah pengundi yang telah berpindah tempat mengundi? Sama ada berpindah secara sukarela ataupun dipindahkan tanpa pengetahuan?

Berapa ramaikah pengundi baru yang didaftarkan di Perak? Siapa mereka dan dimana mereka?

Berapa ramaikah pengundi yang bertukar alamat? Berapa ramai pengundi yang telah mati? Berapa ramai pengundi yang telah mati, tapi nama depa masih ada dalam senarai pengundi?

Berapa ramai pengundi pos yang berkemungkinan juga mengundi sebagai pengundi biasa? 

Ini baru Perak. Macam mana nak menjejak pengundi hantu? Semasa PRK Hulu Selangor, ada polis yang mengundi dua kali. Sekali sebagai pengundi pos…sekali lagi sebagai pengundi biasa. Sebab sekarang polis sudah ada Mykad. Macam mana nak check pengundi yang didaftarkan lebih dari satu tempat?

Aku tau ada pengundi yang mengundi lebih dari sekali. Pukul 9 pagi dia mengundi di Nibong Tebal. Pukul 12 mengundi di Parit Buntar. Pukul 3 petang mengundi di Kulim/Bandar Baharu. Kalau nak trace sapa depa, kena ada 3 set Daftar Pemilih. Penang, Perak dan Kedah!! Kalau nak buat query pakai laptop cokia aku, satu satu query akan mengambil masa 4-5 jam. Nak beli Daftar Pemilih tiga negeri kena cari lebih kurang 7 ribu ringgit. Sapa nak bagi? (Ini satu topik menarik yang aku akan tulis kemudian)

Bila kita semak online kat SPR, setiap kali kita semak, hanya rekod yang pertama keluar. Rekod kedua dan ketiga tak keluar. SPR pun macam orang berniaga. Satu akaun untuk Income tax, satu akaun untuk ROC.

Dalam pilihanraya, ada tiga perkara utama. Maklumat, Strategi dan Gerakkerja. Bila ada maklumat, baru boleh mengatur strategi. Kemudian baru boleh atur gerak kerja. Kalau maklumat tak ada…tak payah bertanding la. Bila dah kalah…salahkan SPR. Sedangkan kita tahu Daftar Pemilih SPR itu macam sampah. (sumber : MalaysiaTimes)

1 comments:

  1. sheikh teluk intan said...

    Salam sahabatku,

    Terima kasih menjadikan komen Pak Sheikh sebagai tajuk n3 ini. N3 yang baik dan memberi pencerahan kepada teman dan rakyat terbanyak.

    Teruskan menulis yang 'berapi', Pak Sheikh tak pernah berhenti membaca setiap n3 terbaru Raden .

    Walaubagaimanapun , rasanya inilah pertama kali untuk sekian lama , Pak Sheikh menulis komen di blog ini kerana Pak Sheikh berpendapat tak perlu dikomen kerana kesemua yang Raden tulis sentiasa yang terbaik.

    Salam buat sahabat dan famili. Moga dirahmati Allah , dunia dan akhirat.Ameen.

    Takbir!!!!

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |