PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

PANAS BERAPI - Asmuni, AJK Pas Pusat dilempar selipar ?



BANYAK betul isu ditimbul dalam Blog Kapak Jangak (Blog yang dikendalikan oleh Ramli Abdul Halim pemilik Mingguan Wasilah - Editor) yang tak berjawab. Satunya menyangkut hal Pembangunan Bandar Peranginan Sigar di kawasan seluas 943.80 ekar (381.94 hektar) tanah di Lojing, dalam Mukim Ulu Nenggiri, Daerah Bertam, Gua Musang.

Saya dah semak sendiri untuk tahu kebenaran cerita. Dalam Harakah 16-30 April 2007 bahagian Fikrah muka surat 2 dan 3 tulisan Dato' Husam Musa ada menyebut hal ini.

Lampiran 3 menyebut projek ini dimohon oleh Sikada Sdn Bhd pada 27/05/2004 dan kelulusan dasar projek diberi kepada Sikada Sdn Bhd pada 06/05/2005 (ambil masa setahun untuk lulus, lewat 4 bulan dari yang disebut penyampai.

Keluasan sebenar yang disebut Dato' Husam Musa ialah 414.5 hektar atau menyamai 1011.38 ekar (lebih luas dari yang disebut penyampai).

Sesudah menyemak di tempat lain didapati betul juga pemegang syer Sikada Sdn Bhd ini ialah:
1. Asmuni Awi: 1,150,000 syer.
2. Frances Liew Sze Mee: 562,500 syer
3. Teh Kim Eng: 562,500 syer
4. Rossitah Mohd Yusoff: 125,000 syer
5. Henry Sik Woo Lien: 50,000 syer
6. Khoo Chooi Thuan: 50,000 syer

Dan Ahli Lembaga Pengarah Sikada Sdn Bhd ini juga seperti disebut iaitu:
1. Henry Sik Woo Lien
2. Khoo Chooi Thuan
3. Asmuni Awi
4. Rossitah Mohd Yusoff

Kebetulan pula, dalam Harakah 16-30 April 2007 itu juga (nasional, muka surat 3) ada temubual dengan Asmuni Awi dalam ruangan personaliti tajuk "Asmuni pernah dilempar selipar ketika jadi hakim".

Asmuni Awi menyebut, "mengahwini Rossitah Mohd Yusoff, dikurniakan empat anak, semuanya lelaki, dua sedang belajar di luar negara, seorang di sini, yang bongsu empat tahun".

Jadi betullah Rossitah Mohd Yusoff itu isteri Asmuni Awi. Begitupun, walau sedikit terkejut kerana tak menyangka mereka banyak wang untuk beli syer-syer tersebut, saya masih tak nampak apa cacat cela mereka menjadi pemegang syer dan pengarah Sikada Sdn Bhd sehingga perlu dijadi isu?

Nota Editor: Komen diatas ditulis oleh Anonymous (tidak bernama) dalam komen no. 7 pada 30 Dis 2007 jam 8.38 AM dan direspon oleh Ramli Abdul Halim dalam Blog Kapak Jangak pada 30 Dis 2007 pada Respon 95.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |