Bersih 2.0 : Pencacai jilat habis, berlendir-lendir !!
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin yakin perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai depan akan bertukar menjadi rusuhan sekiranya dibenarkan berlangsung. Keyakinan itu katanya timbul berdasarkan pengalaman di mana kekecohan sememangnya sengaja diatur sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu ke mahkamah bagi mendepani setiap pertuduhan ke atasnya.
Selain itu, katanya, jangkaan itu dibuat berdasarkan kepada tindak-tanduk politik pembangkang yang disifatkan tidak mempunyai batasan kerana sanggup berbuat apa sahaja demi kelangsungan politik mereka.
"Politik tanpa batas inilah menyebabkan kami (bekas PKR) keluar parti di mana mereka berusaha bersungguh-sungguh mahu ke Putrajaya melalui dua kaedah iaitu menipu dan memutar belit seperti yang dilakukan sekarang.
"Saya dah biasa dengan mereka. Mereka akan timbulkan keresahan di kalangan rakyat sehingga berlaku tangkapan terhadap individu tertentu.
"Selepas itu rakyat akan marah dan ramai di antara mereka akan turun pada hari ditetapkan bagi merusuh. Kalau kita biasa dengan mereka, memang itulah taktiknya," kata beliau kepada pemberita di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Perhimpunan tersebut bakal diadakan tujuh hari sebelum Anwar dijadualkan perlu membela diri berhubung kes liwatnya ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, Anwar seboleh-bolehnya memang mengharapkan rusuhan tersebut berlaku kerana beliau tidak mahu hadir di mahkamah di mana isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail perlu menjadi saksi.
"Beliau tidak berani dengan semua itu dan sanggup ambil risiko agar berlaku rusuhan. Taktik sama juga digunakan pada 1998 di mana saya sendiri terlibat menimbulkan kekecohan sewaktu beliau mahu dihadapkan di mahkamah," ujarnya.
Justeru katanya, bagi menghalang perkara itu berlaku, kerajaan diminta tidak lagi bertolak ansur dengan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menjayakan perhimpunan haram tersebut.
"Kerajaan kita terlampau bertolak ansur. Orang tolak kita, kita terus beransur. Tak bolehlah begitu... Kita tidak boleh lagi bersikap defensif.
"Tindakan tegas perlu diambil di mana kita perlu bersikap menyerang. Puak pembangkang ini tidak faham bahasa diplomasi dan disebabkan itu kita perlu gunakan 'bahasa lain'," katanya. (sumber Karat E-jau)
June 28, 2011 at 8:32 AM
kata zul kulim "...pada 1998 di mana saya sendiri terlibat menimbulkan kekecohan...."
Kata aku " 1998 hang ada dlm PR utk buat kecoh tahu 2011 hang dah melingkup jadi dah tak dak lagi org nak buat kecoh. amanlah nanti perhimpunan BERSIH 2.0"
June 30, 2011 at 9:25 PM
dia ni bab klentong jauh lbih hebat dr kerjaya dia.org2 dlm PR dh lama tau tntang prangai dia ni.tu psal dia x ditrima oleh PAS.ingat dulu kes murtad.klau dngr kn cerita dia,dh hbis dah mlayu mnjadi murtad.ye juga le,krjaya ny tk dpat mnjamin dpt mmbri ksenangan pd kluarga dia.sape yg nk gunakn khidmat loyar yg merapu.hr ni mcm ni,esok dh lain.jd klau tk menipu tk mkn pulak ank bini dia.sape nk tanggung.aku dh tntu tidak,mampuih dia pun aku tk pduli.